Ahad, 11 Januari 2026 - Saya tidak keluar jalan pagi. Lepas subuh, masuk dapur. Saya sediakan sarapan. Disebabkan roti bun hotdog beli hari tu untuk buat roti hamlet masih ada, saya ulang buat roti hamlet kali kedua.
![]() |
| Roti hotdog sudah tampal telur |
Kali ini, saya habiskan tampal roti dengan telur dadar dulu, barulah saya sapu kaya dan butter.
![]() |
| Sudah disapu kaya dan butter |
Butter cair bila disapu kerana telur pada roti masih panas. Jadilah roti hamlet. Alhamdulillah.
Selain sarapan roti hamlet, nasi tidak habis ada disimpan dalam peti ais. Saya panaskan nasi dalam rice cooker. Ada dua biji telur goreng juga dalam peti ais. Saya goreng lagi dua biji telur mata.
![]() |
| Telur goreng masak sos |
Saya tumis bawang merah dan cili api sebiji. Bila bawang sudah layu, masukkan sesudu cili kisar. Kacau seketika, kemudian masukkan sos tomato dan sos cili. Tambah air sikit jika terlalu pekat. Masukkan empat biji telur goreng. Jadilah, telur masak sos. Buat lauk makan dengan nasi. Alhamdulillah. Tidak perlu beli makan di luar. Masak simple saja di rumah.
![]() |
| Siri the Walking Dead |
Sarapan sambil layan siri the Walking Dead. Sudah masuk musim keenam, marathon siri ini. Saya sudah ikuti siri ini sejak masih langgan Astro beberapa tahun lepas. Tapi sudah berhenti tengok. Tawar hati selepas Carl mati. Sedangkan dalam komik Walking Dead, Carl adalah pencerita. Tambah tawar hati selepas Glenn mati, kena bunuh oleh Negan. Berhenti tengok lepas the Whisperers keluar. Manusia pakai kulit muka orang yang sudah mati. Sekarang, saya tengok semula. Slow-slow layan bila ada waktu free. Cerita zaman zombie. Teringat cerita Zombie Kampung Pisang arahan arwah Mamat Khalid. Zomba katik. 😁
Seronok bersenang-lenang di hari Ahad. Hujung minggu Sabtu atau Ahad, rasa lebih seronok lepak di rumah. Masak benda yang simple-simple dan mudah siap. Layan TV. Salam Israk Mikraj kepada semua pembaca sekalian. Kome pergi jalan-jalan ke, atau lepak rumah saja?
Jumpa lagi, ye. 💗





Keluar sarapan dari pagi sampai tengahari terus tapau makanan lunch. Banyak urusan hujung minggu.
ReplyDeleteKita menjenguk anak di asrama la Nur :)
ReplyDeleteUtk dinner malam ni, sy baru selesai masak sambal telur rebus. Simple² cukup la :)
Simple2 macam ni best kan?
ReplyDelete