Selasa, 27 Januari 2026 - Saya sudah selamat sampai di rumah Manjung semalam lagi. Tapi biasalah, lepas selesai travelling, banyak kerja tertunggak nak kena buat, contohnya basuh baju, kemas rumah, dan lain-lain. Nanti saya cuba blogwalking slow-slow ke blog kawan-kawan bila sudah free sikit, ya. Rindulah, nak baca cerita terbaru teman bloggers semua.
Semalam masa sampai rumah Manjung, ada perasan air sedikit di dinding bilik atas. Ini masalah berulang. Selagi ada kucing suka naik atas siling rumah, memang akan jadi begini.
Biasanya tidak berlaku. Tapi kalau kucing ganas, langgar paip dekat atas tu, bocor la. Yang ini, bukan dari tangki. Banyak saluran paip dekat atas bumbung.
![]() |
| Air turun melalui plaster ceiling |
Suami saya yang baiki. Dia ada belajar plumbing dulu, semasa di IKM. Masa dia pergi kedai hardware pagi tadi nak beli connector paip, dia kata nipis benor paip orang jual sekarang. Paip sekarang, tak sama macam paip zaman dulu. Kualiti sangat rendah. Rumah kami ni tepi laut, banyak benda mudah mereput. Kalau baldi letak luar, memang senang jadi nipis dan bocor. Macam itulah paip atas bumbung rumah. Lagilah atas tu, sangat panas, ya. Semua benda mudah mereput.
Saya pun tak tahulah. Nak teruskan jaga rumah arwah mama saya ini, maintenance tinggi juga. Tapi terus bertahan, Insya-Allah, sampai habis waktu kami jaga rumah ini, sebelum adik beradik lain pula take over jaga.
So macamana pendapat anda? Punca kucing. Bukan kucing kami. Rumah kami sudah tiada kucing. Kucing jiran tetangga. Itulah, papa saya pun buat awning keliling rumah. Patutnya, tak perlu sampai keliling. Ia memudahkan kucing untuk naik dari tembok pagar keliling rumah. Dulu masa awal masuk rumah ni, geram rasa nak cabut awning tepi dan belakang rumah.
Itulah besar tanggungjawab bela kucing ni. Belum masuk pokok bunga mati kena berak dek kucing jiran. Yang itu, saya tak pernah berkira. Sebab pokok adalah pokok. Bila mati, boleh beli baru. Tapi kos buruh lebih mahal dari kos sparepart kena beli dalam kes bocor ni. Kesian suami, kena panjat atas tu. Ia bukan kerja seorang. Saya pun terlibat sama, bila dia duduk atas, saya kena jaga tutup dan buka paip utama luar rumah. Kadang kena buka air dalam bilik air, nak tengok air dari luar boleh naik ke tangki tanpa bocor lain pula. Begitulah.
Kalau nak cerita pasal kucing ni, memang panjang jadinya. Saya percaya, teman bloggers semua yang ada bela kucing semua ok. Cuma jiran kami ni la. Boleh datang rumah kita untuk berak, lepas tu balik rumah dia. Boleh la rujuk ceramah ustaz mana-mana, apa hukumnya. Contohnya pokok yang mati akibat diberak oleh kucing kita, kira hutang tu, nanti di akhirat, kena bayar. Dekat dunia, tuan kucing buat dek je. Kami pernah cakap sebab kucing punya angkara, siling bocor pada jiran belakang, siap beri bukti gambar kucing dia atas siling, tapi dia cakap balik, kucing mana ada akal. Betul, kucing tak de akal. Tapi awak tuan kucing ada akai ka... takdaq? Hahaha... baiklah. Dah bagitahu. Kalau tak nak ambil apa-apa tindakan jaga kucing, masih lepas buat onar rumah kami, jangan lah marah pula kalau kami buat operasi catch and release semula, demi kemakmuran rumah arwah peninggalan mama saya ini.
Kome rasa camana? Syukur Alhamdulillah, sudah baiki. Nasib baik juga air turun tidak banyak, setakat meleleh di dinding. Nasib baik juga kami sudah berada di rumah, sudah balik dari roadtrip.
Sekian drama sebab hari ini. Harap hari anda semua baik-baik dan ceria belaka.
Jumpa lagi, ya. 💗

Buat sementara waktu ni repair and jaga dulu la rumah arwah mama sampai masa turn adik beradik Nur...Nur x tengok lagi rumah SA especially bilik bawah tu bocor macam mana time hujan lebat..dah banyak kali tampal atap..atap ruamh SA bukan atap genting tapi jenis simen guna batu block mcm tu la..rumah bukan batu bata...sebab tu senang bocor...ni bulan 5 nanti nak buat renovation atap plak...ngat nak pasang zink atau asbestos yang tebal tu...
ReplyDeleteYe, SA. Susah ya, SA, bila bocor ni. Semoga berjalan lancar persiapan nak buat renovation rumah SA nanti ya. Berapalah pula kosnya tu.
DeleteBab bocor ni, memang lah stress..moga yang baik² je untuk kak Nur.. balik travel memang penat..kdg² Linda pilih untuk basuh baju dekat dobi segera je
ReplyDeleteAmin... terima kasih, Linda.
DeleteAkak kurang suka hantar dobi layan diri tu, Linda, sebab baju jadi banyak kedut. Huhu..
Kucing memang tak berakal tapi tuan kucing tu ada akal. Ke tua kucing pun tak berakal jugak. Susah jiran takde common sense ni.
ReplyDeleteTuan kucing tak mahu ambil tanggungjawab, Cie. Sabor jer la.
DeletePayah jugak jiran tu, dah bagitau siap bukti pun tak mau tanggung kos dan usahakan sesuatu. Agaknya kucing tu belum dimandulkan, itu yang rajin merayau.
ReplyDeleteSaya pun agak begitu, Ujie. Tak tahulah nak cakap apa lagi. Kena sabor banyak-banyak.
DeleteKalau memang kucing dia, janganlah dilepaskan. Kucing² sy semua sy kurung dalam rumah. Nak berak ke, kencing ke, biar dalam rumah tuan. Mujurlah suami Nur ada belajar plumbing dan nak buat sendiri, kalau tak, besar jugak belanjanya tu. Aaa... Sy boleh bayang la kerja jaga paip tu nak tengok dah okey ke tak, penat jugak tu, hihi..
ReplyDeleteTak buat pun, SK. Dulu ya, buat. Sekarang dah tak buat dah operasi catch and release tu. Baguslah SK, jaga kucing elok-elok. Ha ah, Alhamdulillah, bolehlah nak repair rumah sendiri. Kalau panggil orang, memang beratus kos.
DeleteLama-lama boleh rosak. Pelik jugak tuan haiwan tu tak ngaku kucingnya yang buat walaupun ada bukti.
ReplyDeleteDia mengaku kucingnya, cuma tak mahu tanggungjawab.
DeleteKena baiki cpt2 tu sis..Nmpk dkt sgt nk aircond...
ReplyDeleteSudah baiki hari yang sama, Alhamdulillah.
Deletekualiti paip zaman sekarang makin kurang, tpi harganya maintain sama. atau lagi mahal.
ReplyDeletesemoga masalah siling bocor ni dpt settle
Betul, Mazni. Sudah settle, Alhamdulillah.
DeleteSama ada kucing orang datang sini buat bising. Itulah kena sabar dengan jiran begini. Penting sudah tegur.
ReplyDeleteBetul cakap NA. Ye, sudah beritahu. Terpulang pada tuannya, nak ambil tindakan atau sebaliknya.
DeleteSetujuuuu. Urusan pet, memang tanggung jawab owner lah. Di luar negeri macam jepang , yg begini bisa digugat, dan ada penaltynya. Sayangnya di Indonesia pun hukum yg related pet rasanya belum ada.
ReplyDeleteOwner msh seenaknya lepas pet dia, mengotori rumah tetangga.
Makanya saat saya commit pelihara kucing, saya 100% buat mereka indoor. Tak ada boleh keluar. Batasan nya hanya loteng rumah saya. Dan untungnya mereka pun paham.
Bagus Fanny, jaga kucing elok-elok. 👍
DeleteJiran tahu bela tapi dibiarkan emm memang mengundang maki hamun jiran tetangga. yang geram tu boleh pulak berak rumah jiran ko pergilah berak rumah ko sendiri. grrrrr.
ReplyDeleteItulah masalahnya, kak. Sabor jer laa...
Deletekena setelkan kucing dulu baru betulkan balik yg bocor..mungkin boleh maklum kan ke jiran pasal kucing selalu naik atas atap..semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteKalau setel kucing dulu, memang banjir la bilik, Sha. Malas nak ber-konflik dengan jiran tetangga, Sha.
DeleteSemoga dipermudahkan urusan Tot dan keluarga di dalam menjaga rumah arwah mak Tot. Maintenance rumah/bangunan dekat kawasan dekat pantai memang tinggi sebab angin, air masin, dsb. Kalau cerita bab kucing yang dibela deka jiran tetapi kurang kesedaran sivik ni bisa mengundang rasukan abalasa Tot😂.
ReplyDeleteAminn... terima kasih, KSarie. Betul sangat! Hanya mampu bersabor je, banyak-banyak.
Delete