Blogger Ujie ada umumkan yang saya adalah antara top commentators di blog beliau untuk tahun 2025.
![]() |
| Dari blog Titian Perjalanan |
Hadiah dari Ujie selamat sampai petang Ahad. Rajin courier J&T, hari Ahad pun dia orang kerja. Jadi, jomlah kita unboxing. Sebelum itu, saya nak bagitahu yang saya edit entri ini menggunakan handphone. Nak biasakan diri buat semua benda menggunakan handphone, termasuk update blog dan mengaji dengan ustazah. Sebab pertengahan minggu ini, saya ada roadtrip, Insya-Allah.
![]() |
| Kotak yang agak besar |
Semalam balik dari Lotus, cari barang untuk Hafizan. Dari jauh boleh perasan ada kotak atas tembok pagar saya. Saya tahu dari Ujie, sebab Ujie sudah maklumkan pada saya menerusi email yang hadiah on the way.
![]() |
| Apakah itu...? |
Hadiah dibalut dengan bubble wrap untuk keselamatan. Saya sudah ternampak tulisan naelofar. Bapak! 😍
![]() |
| Tadaa.. |
Sepasang stokin Naelofar. Wow! Ini adalah sangat bagus. Sebab saya tak tahu pun naelofar juga ada keluarkan stokin. Tudung dia memang tersohor la, ye. Saiz betul pula tu, M. Camana Ujie boleh tahu saya selalu pakai saiz M? Hehehe.. mekacih! 🤗
Turut kelihatan sebuah beg tangan dari Gugu Closet. Nice sangat! Nampak sungguh premium. Juga, sebuah beg yang saya kira, boleh digunakan sebagai shopping beg yang bahagian depannya tertulis Isi Dapur Suri Hati. Tiba-tiba teringat pada Cikgu Etuza yang selalu panggil isterinya Suri Hati. 😊 Belakang shopping beg itu ada tulisan Gugu, jadi dia sekali dengan beg tangan Gugu Closet tu la kot.
![]() |
| Close-up stoking Naelofar |
Stoking muslimah anti slip ni. Lembut saja. Sayang pula nak pakai stoking lawa-lawa macam ni. Saya biasa pakai stoking kedai Ninso tu je. Hehe.. eh, takde takde, nanti saya pakai, ya. Buat pergi masjid solat terawih nanti, Insya-Allah. 🥰
![]() |
| Beg tangan pasang tali pendek |
Beg tangan pula ada pilihan, boleh dipasang tali pendek atau tali panjang. Banyak compartment dalam beg tangan ini, tak padan dengan saiznya yang comel. Comel bagi saya, sebab saya biasanya bawa beg tangan besar gedabak, gitu.
![]() |
| Ini saya gayakan sudah dipasang tali panjang |
Sukanya! 😍 Syukur Alhamdulillah. Bertukar-tukar beg tangan saya sejak tahun lepas, kome, sekejap pakai purse pemberian kak Amie, sekejap pakai beg handmade pemberian Fanny, sekarang sudah tukar beg dari Ujie pula. Suami tengok saya kecik besor kecik besor. Hehehe... Jeles ler tu, orang dapat hadiah. 😜
Terima kasih kepada Ujie, atas pemberian hadiah ini semua. Saya sangat hargainya. Semoga Ujie sihat-sihat selalu, dimurahkan rezeki, berbahagia bersama suami tercinta dan seisi keluarga, dan segala impian Ujie dapat dicapai dengan izinNya. Terima kasih, banyak! Pada yang belum kenal blogger Ujie, silalah berkunjung ke blog beliau ya.
Sekian perkongsian. Jumpa lagi. 🩷








Alhamdulillah tahniah. Jnt letak barang atas pagar tak kena curi ke. Sebab baru ni akak ternampak kat fb ada orang curi parcel yang belum di ambil. Semuga kawasan nur tiada le pencuri.
ReplyDeleteoh naelofar ada jual stokin ye. Selalu nampak susu pisang, tudung dah biasa.
ReplyDeletecongrats...alhamdulillah..meriah hadiah nya
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah kak.. wah..gigi closet tu, design beg dia lawa² juga...
ReplyDeleteWahhh, banyaknya dapat hadiah. Patutlah Cik abang dia jealous. Cantiklah sling bag tu, bolehlah tu nanti pakai masa road trip Nur nanti.
ReplyDeleteTahniah.. cantiknya beg tangan, boleh tukar-tukar pakai bila jemu.
ReplyDeleteAlhamdulillah.Bleh buat pakai masa raya semua tu sis =D
ReplyDeletewah ada stokin rupanya brand ni. LM pun baru tau. handbag tu menarik betul. jatuh hati bila tengok
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat sampai di tangan Nur 😊
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya, terima kasih juga sudi memeriahkan blog saya 💙
Saya pun baru tau ada jual stokin masa ke butik Naelofar. Try beli satu, best pulak pakai.
tengah jeles la ni...hahaha
ReplyDeletecantik sgt kak handbag tu