Rabu, 21 Januari 2026 - Cari kedai untuk makan malam. Jalan kaki saja dari hotel, lepas maghrib. Nampak Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Pernah baca tentang restoran ini dari blog teman bloggers. Ramai juga orang, tapi ada banyak tempat duduk. Restorannya sangat luas juga.
![]() |
| Jalan kaki dari hotel |
Yang lawaknya, kami tak pesan menu seafood atau ikan bakar petai. Sebab kami on roadtrip, risau sakit perut makan petai atau makanan laut.
![]() |
| Suami ambil air kosong layan diri |
Ada banyak orang datang menjual barang dari meja ke meja. Sekejap orang jual kerepek datang ke meja, sambil bawa tester. Sekejap lagi, orang datang ke meja, jual panipuri.
![]() |
| Suami pesan ayaq nyoq, RM7. |
Dia bagi sekali sudu. Boleh korek isi. Banyak air kelapa.
![]() |
| Antara barang beli dari orang jual meja ke meja. |
Beli kerepek dan gula-gula kacang tumbuk. Kerepek tu, satu tong itu harga RM20. Sedap, bila makan, susah nak berhenti.
![]() |
| Saya pesan nasi goreng biasa. |
Sedap, nasi gorengnya.
![]() |
| Suami pesan nasi goreng kampung. |
Pun sedap juga.
![]() |
| Ayam goreng kunyit |
Sedap, tak sama macam ayam goreng kunyit biasa beli di kedai kami selalu makan di Perak. Ayamnya lembut saja, tidak overcooked.
![]() |
| Sambal belacan |
Suami suka pesan sambal belacan bila pesan nasi goreng kampung.
![]() |
| Telur dadar |
Lain macam rupa telur dadar dia. Tapi ok jer.
Alhamdulillah. Semua makanan sedap. Harga makan malam kami, RM24.
Lepas makan, balik bilik hotel, terus tidur. Bagus juga kami jalan kaki. Sebab lepas makan, perut gendut sudah. Berjalan lepas makan rasa ok sikit.
Sekian cerita makan malam kami. Sambung nanti pula ya. Jumpa lagi. 😊









Hari tu SA nak pi area ana ikan bakar petai ni jugak..tp Dania x nak..ru yang pi Beserah sebab nak kan view pantai tu
ReplyDeleteGitu, rupanya. Lain kali kot pergi lagi, saya nak pergi Beserah pula la.
DeletePernah makan di sini, long time ago hehe...
ReplyDeleteBest nya road trip. Safe journey ye Nur
Terima kasih, PH.
DeleteSaya baru nak merasa, makan situ. Alhamdulillah, memang best road trip ni.
macam telur mata pun ye telur dadar dia tu. tak menarik. hihhi
ReplyDeleteKan.. tapi takpe la, telan jer, Cie.
Deletebaru nak tegur pasal rupa telur dadar tu. hehe. unik rupa dia. jadi kenangan bila tepek kat blog
ReplyDeleteHehe.. nak kata telur dadar, rupa macam telur mata.
Deleteseronok bila road trip ni
ReplyDeleteBetul, Linda. Berehat dari rutin dan tengok tempat orang. 😊
DeleteKuantan terkenal lah dengan restoran ikan bakar gini.
ReplyDeleteKannn...
Deleteana ikan bakar petai ni mmng glemer. kat bangi pun ada juga.
ReplyDeleteitu telur dadar malas nk pukul ke camne..
Banyak cawangan rupanya, kan, kedai ni.
DeleteAgaknya la, Mazni. Hehe...
Pernah makan di Restoran Ana Bakar Petai masa di Kuantan. Hehe rugi tidak cuba makanan laut. Ikan bakar petai bagi saya ok cuma ada rasa manis yang saya kurang suka.
ReplyDeleteSuami saya tak boleh makan seafood, NA, contoh makan udang, dia selalu cerry berry. Saya pula, tak boleh makan petai, mesti sakit perut juga. Huhu... oh, saya faham, sambal pada ikan bakar tu, pernah rasa, biasa orang buat manis pedas.
DeleteKalau makan di mana banyak juga penjual saling mampir menawarkan jualan, saya tuh sering tak tega kak. Dan akhirnya pasti beli 😂. Tp kalau sedap tak apa. Malah sukaaaa sangat.
ReplyDeleteLihat semua menu, bener2 teringin nak balik Malaysia. THN ini saya belum jelas akan kesana bulan berapa. Mungkin sekalian dengan trip akhir tahun ke Mongolia nanti. Cari penerbangan yang transit Malaysia 😄
Iyalah, kesian tengok orang niaga, kan.
DeleteHaa.. mahu ke Mongolia akhir tahun ya, Fanny. Best la!
macam sha anak2 memang akan pesan telur dadar kosong, tapi telur dadar tu macam masak telur mata lembu ja hihi..oh ya menu nasi goreng tu nampak macam basah sikit?
ReplyDeleteItulah, takpe rupa tak penting, asal rasa telur sedap, ok jer..
DeleteHa ah. Nasi gorengnya tidak berlerai. Tapi rasa ok.
Ayam goreng kunyitnya nampak penuh berempah. Patut sedap bak kata Tot ye. Jualan dari meja ke meja ni selalunya terbeli sebab kesian bukannya nak makan sangat pun kadang-kadang tu. Alhamdulillah rezeki kalau jualannya ada rasa
ReplyDeleteBetul cakap KSarie. Kesian kan, orang niaga. Kadang takde yang membeli.
Deletebanyak juga cawangan Ana Ikan Bakar Petai ni ek..
ReplyDeleteItu la, dekat Kuantan saja, saya ada nampak dua kedai.
Delete