Assalamualaikum, semua...
Semoga teman bloggers semua sihat-sihat sokmo dan ceria selalu.
Cerita tahun lepas belum habis lagi kome, padahal udah masuk tahun baru 2026. Apa kes ini... hehe.. saya tulis jugalah ya. Sebagai kenangan.
Pada 26 Disember 2025 yang lepas, saya dan suami pergi makan tengahari di Restoran Beriani Gam Batu Pahat cawangan Manjung, Perak. Sudah lama tak pekena nasi beriani. Jom kita...
![]() |
| Nasi beriani daging |
Kami dua-dua pesan nasi beriani daging. Nasinya membukit. Punoh diet. Daging tersembunyi di bawah nasi beriani.
Acar dan kuah dhal satu set dengan nasi. Suami add-on papadom sepaket.
![]() |
| Set nasi beriani daging harga RM15 |
Mahal ke idok? Pada pendapat saya, berpatutanlah dengan nasinya yang membukit, dan lauk dagingnya yang lembut. Alhamdulillah. Lepas makan nasi beriani, rasa gendut sudah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
Oklah. Selamat beristirehat di hujung minggu.
Jumpa lagi, ye. 💗




Harga murah.
ReplyDeleteHehe macam makan di kenduri kahwin.
Baguslah daging lembut.
Ha ah, NA, macam nasi kenduri. Alhamdulillah, rasa dimasak lama daging tu, terlerai dengan mudah dan orang tua pun boleh makan.
DeleteTak payahlah pergi BP, kat sana pun ada rupanya. Samalah harganya kat BP sini.
ReplyDeleteWah, sama harga rupanya. Baguslah begitu. Harga standard.
DeleteKalau memang puas hati, tak terasa bab harganya tu kan. Hehe
ReplyDeleteYe, Ujie. Alhamdulillah. Memang puas hati. 😋
DeleteSedapnya nasi beriani. Alaa cheat day je Nur, lepas tu diet balik 😄😄
ReplyDeleteYe ye, Mulan, baiklah. (tengok-tengok cheat day everyday) 🙈
DeleteSama la Cie pun cerita tahun lepas masih berderet schedule untuk hari2 mendatang. Takkan nak cerita sekaligus sehari kan. Jadi masuk tahun baru masih ada cerita tahun lepas.
ReplyDeleteItu la, takpe la Cie, kita cerita satu satu, sampai habis, ikut kronologi. Hehe...
DeleteTak payah pegi batu pahat... manjung pun ada..!
ReplyDeleteBetul, uncle.
DeleteYg sos merah tu apa, Tot? Okey tu harganya berpatutan dengan portion dan tentu sedap kalau tengok pada rupanya.
ReplyDeleteSambal, SK. Memang sedap, cukup rasa segala, daging, nasi. Terbaik!
Deletewah cawangan dia pun sampai Manjung. Kat putrajaya pun ada depan hospital serang. Tapi dah berkurun tak pi situ makan.
ReplyDeleteOh ye ke, kak. Banyak juga la cawangannya gitu. Baguslah.
DeleteNasi beriani BP ni memang terkenal sungguh kan. Harga mampu milik dengan kuantiti macam tuh. Bila makanan ada rasa ni memang kita rasa gembira je kan makan. Kisah 2025 KSarie pun berjujuk tidak tercerita lagi😅
ReplyDeleteBetul, KSarie. Memang tersohor nasi beriani gam BP ni.
DeleteHaha.. sama kita. Takpe. Ambil masa untuk publish satu satu.
Murah harga tu...portion pun besar tu..kalau SA sure x habis..masalah SA kalau makan nasi2 berperisa ni..cepat pening kepala...
ReplyDeleteOh ye ke.. sekali-sekala boleh la kot ya.
Delete