Isnin, 5 Januari 2026

Siti kembali

 Assalamualaikum semua...

Pada 27 Disember 2025 yang lalu, Siti telah kembali ke rumah. 

Siti mana la pula ni kan...

***

****

*****

Si Tikus!

Tikus dalam perangkap tikus
Selamat, terperangkap di dalam perangkap tikus.

Sebenarnya, cencurut. Sebab muncungnya panjang. Sudah seminggu dengar bunyi menatang ini di bahagian belakang rumah. Itu yang suami pasang perangkap. Guna umpan tulang ayam goreng.

Cencurut dalam perangkap
Gambar dekat sikit, si cencurut.

Gemuknya. Kita risau kalau biar menatang ini lama-lama. Takut pemakan dia, yang pak panjang menyusur itu datang. Sebab pernah terjadi dulu. Hui.. simpang malaikat 44! 

Cencurut masuk perangkap
Aktif dia, cuba keluarkan diri

Kome geli tak dengan menatang cencurut ini? Bahaya, membawa penyakit, air kencingnya. Padahal di belakang rumah sudah banyak barang saya sudah clearkan. Masih ada sikit barang yang tidak boleh dikeluarkan, sebab bukan barang kita. Itulah, rumah peninggalan orang tua. Cukup masa, kita keluar, kakak saya pula akan masuk.
Sudah selamat ke alam seterusnya cencurut ini. Suami lemaskan ia dalam baldi. Sudah ditanam sejurus selepas itu.

Sekian perkongsian.
Jumpa lagi ya. 💗

38 ulasan:

  1. Muncung betul ek orangnya. Mintak² tak ada lagi keturunannya datang balik tu, kita memang meremang la bab Siti Siti ni, Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita. Hee.. harap tak jumpa dah menatang ni.

      Padam
  2. Ini yg tk syok ada benda ni kat rumah.
    Elok la pasang perangkap, risau melarat

    BalasPadam
  3. Cecurut ni memang salah satu haiwan paling menyakitkan hati. Dah la boleh bawa penyakit, kadang suka berak merata, dan boleh merosakkan pula.

    Dah tiga kali motor saya rosak sebab kabel digigit si ni. Mujurlah kali ni dapat ditangkap, kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, betul!
      Memang makhluk perosak ini. Suka gigit barang-barang di luar rumah, kan.

      Padam
  4. Cencurut ni badan dia lembik. Pintu rumah yang kecil pun dia boleh loloskan badan. Cik Ti dengan cen ni memang buat sakit hati je. Pendendam pulak tu. Kalau kita marah kat dia eh tau pulak barang orang yang marah dia tu di rosakkan. Pernah berlaku tudung kesayangan akak di gigit2nya sebab kita perambat dia. Geram sampai sekarang. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak, dia boleh masuk bawah pintu. Bapakk, habis tudung dikerjakannya.

      Padam
  5. Sayapun pening ada tikus masuk dapur basah. Itulah ada bahagian berlubang bahaguan atas untuk pengudaraan. Dapur bahagian luar. Tikus ini bijak letak racun, ia tidak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah ujiannya dapur rumah bahagian luar ni ya, NA. Pandainya tikus, tak makan racun.

      Padam
  6. Rumah sy pernah diserang tikus. Cukuplah sekali pengalaman buruk tu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, seramnya! Semoga tidak berlaku lagi ya, PH.

      Padam
  7. Spesies macam ni kadang-kadang buat pening kepala hendak menguruskannya lagi-lagi kalau tak dapat menangkapnya. Geram betul. Semoga siti dan cik cen semakin berkurangan dan terhapus terus dari kawasan rumah Tot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, KSarie. Itulah, ujian duduk rumah bawah ni. Amin.. mudah-mudahan. 🤲

      Padam
  8. Balasan
    1. Memang la comel, sebab dia chubby dan gemoks.

      Padam
  9. Ye... benda ni bawak penyakit... bahaya

    BalasPadam
  10. mmg geli la bila tgk tu...kt opis pernh ada juga time bangunan lama sbb kt bwh tu ada tmpt penyimpanan makanan...smp naik ke opis atas ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, boleh pula ia naik opis atas ya.. syeram nih..

      Padam
  11. Dulu kecik2 kat kg byk pakai perangkap ni. Bab nak matikan dia tu mmg tragis kan bab rendam tu mmg dari dulu lagi.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la, itu je la yang rasanya senang dan cepat. Kalau ketuk kayu, takut tak kena pula, dan menyiksa.

      Padam
  12. paling tak suka..kat rumah SA pun ada gak...tapi letak racun tikus..sekarang dah takde..tapi banyak plak kucing..x letak dah racun risau kucing termakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah sudah tak ada. Semoga tak akan kembali la ya, cik T ini di rumah SA.

      Padam
  13. Segala gang dia semua geli termasuklah Capybara....harap Cik T ni tak bawa gang la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh.. capybara comei apa.. hik hik!
      Aminn... mudah-mudahan tiada lagi la.

      Padam
  14. Ammi pun ada dgr juga bunyi di belakang. Tp bila ckp ngan husband katanya ammi overthinking.

    BalasPadam
  15. kalau jumpa ni mmng kena bunuh. ee takut kalau yg panjang tu datang rumah!

    BalasPadam
  16. Trus macam mana nak musnahkan dia setelah tangkap? Saya memang merinding lihat tikus dan kawan2nya ini 😶‍🌫️😰😰. Duluuuu sebelum pelihara 5 anak bulu, ada sajaaa yg masuk ke rumah kak. Pakai perangkap. Selalu dpt. Tapi setelahnya panggil orang utk musnahkan. Biasanya disiram air panas mendidih.

    Kalau skr tak ada masuk lagi, sebab di rumah dah ada 5 ekor anak bulu perkasa, yg tak bisa lihat makhluk apapun masuk wilayah kuasa mereka 🤣🤣🤣🤣. Habiiis diterkam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak perangkap dalam baldi atau bekas yang dipenuhi air, Fanny. Jadi, tikus itu mati kelemasan. Waiya, kalau siram air panas, kesian pula dia sakit. Baguslah Fanny ada bela kucing, tikus pun takut nak masuk rumah.

      Padam
  17. Gelinya. First time tengok rupa cencurut. Sini ada tikus padi. Comel.

    BalasPadam
  18. Leganya 😌 rumah pun lebih selamat lepas tu. Memang kadang benda macam ni boleh buat pening kepala, tapi selesai semuanya, hati pun tenang 💗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Nurul. Haiwan perosak ni. Tak boleh dibiarkan.

      Padam