Friday, February 6, 2026

Makan malam di Pantai Batu Buruk

 Jumaat, 23 Januari 2026 - Sempat la solat jamak takdim di hotel, sebelum kawan suami saya datang jemput depan hotel, ajak makan malam bersama. Kawan lama suami saya ini, kenalan semasa deme belajar di IKM Sungai Petani. Sudah kenal lama. Sejenis orang yang berusaha mencari kawan yang terputus hubungan, sampai dia ke kampung suami sebab cuma tahu alamat kampung suami. Bila pergi kampung suami, jumpa keluarga suami, barulah dapat info tentang suami yang kini menetap di Perak, dan mula hubungi. 

Orang Kuala Terengganu (KT), kawan lama suami ini. Sudah lama pesan kalau sampai KT, roger la. Jadi, itulah yang dia ajak makan malam bersama. Kami ke kedai Ikan Bakar Pantai Batu Buruk, G-13 Seafood, nama kedainya.

G-13 Seafood, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Makan malam di sini

Ramai juga pelanggan di kedai. Tapi, ada je tempat kosong. Kami berempat, saya dan suami, kawan suami dan isterinya. 

Lauk makan malam kami
Penuh meja dengan lauk ๐Ÿ˜‹

Pesan lauk tomyam campur, ayam masak merah, udang celup tepung, telur dadar dan kailan ikan masin. Nampak penuh meja sebab kedai asingkan, buat 2 pinggan untuk setiap lauk, kecuali sayur je sepinggan. Alhamdulillah, semua sedap. Udang goreng tepung tu memang sedap, tapi tak habis, bungkus bawa balik, kami makan di hotel esoknya. Hehe..

Lepas makan malam, kawan suami bawa jalan-jalan naik kereta, lalu Drawbridge dan tengok-tengok kawasan di seberang, iaitu kawasan banyak foodtruck dan tempat makan-makan yang orang ramai lepak di padang, sambil bentang tikar, gitu. 

Drawbridge Kuala Terengganu, waktu malam
Drawbridge waktu malam

Memang happening dan meriah, kawasan situ. Sesak juga. Tapi sebab kawan suami ni orang KT, dia tahu lalu celah mana nak lepaskan diri dari kesesakan. Kalau jalan sini sesak, boleh ikut jambatan lagi satu, iaitu Jambatan Sultan Mahmud.

Gambar kenangan depan Drawbridge Kuala Terengganu
Gambar kenangan sekeping.

Alhamdulillah. Makan malam sedap, perut sudah gendut. Tengok pemandangan malam di Kuala Terengganu juga. Jumpa kawan lama suami yang bawa jalan-jalan macam pemandu pelancong pula. Rezeki. 

Sambung di entri lain pula ya, aktiviti keesokan paginya di KT.

Jumpa lagi. ๐Ÿ’—

4 comments:

  1. kalau ke terengganu memang rugi kalau tak makan celup2 tepung. sedapnya udang celup tepung.

    ReplyDelete
  2. Bestnya view di jambatan tu... lepas mkn pastu jalan² pulak mmg cun la kak... menurun la jugak lauk-pauk tu kan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Baiknya kawan suami Nur ni. Tentu mereka rapat masa kat IKM dulu. Tak lokek belanja, semoga bertambah lagi rezeki beliau dan keluarga. Sy ada kawan bekas IKM SP jugak.

    ReplyDelete
  4. Terliur tgk udang celup tepung tu =D

    ReplyDelete