Monday, February 16, 2026

Mood down dan check-in hotel Rawang

 Jumaat, 30 Januari 2026 - Pukul 3 petang, saya pergi hospital, ada temujanji jumpa doktor. Ada ambil darah untuk check kolesterol lama sudah. Sudah jumpa doktor sebelum ini. Tapi doktor semasa temujanji sebelum ini tidak bincang pun tentang keputusan darah untuk kolesterol, doktor bagitahu keputusan untuk tiroid saja. 

Kali ini, jumpa doktor lain pula. Bincang pula keputusan darah untuk kolesterol yang tidak diberitahu oleh doktor sebelum ini. Jadi, result darah lama. Pernah ambil untuk check kolesterol pertama kali, bacaan tinggi, 8. Result darah lama yang baru diberitahu oleh doktor, meningkat kepada 10. Saya tak bagitahu doktor pun yang tarikh ambil darah itu lama (Err... dia tak check ke, tarikh pada slip result itu bila). Saya ada ambil darah di klinik panel untuk check, level kolesterol saya okay. Tapi saya diamkan saja. Saya malas nak lawan cakap doktor, nanti panjang cerita. Tapi doktor berjaya menakutkan saya dan merendahkan semangat saya. Doktor siap tukar ubat kolesterol saya kepada dos yang lebih tinggi. Saya tak bagitahu yang saya tak makan pun ubat kolesterol, statin itu. Saya cerita di sini la, untuk rekod saya. Macam tak best sebab tukar-tukar doktor waktu temujanji. 

Tapi cakap doktor memang mudah mempengaruhi mood kita. Bila result kita okay, doktor tak pernah puji kita, contoh cakap,"You did a great job, makan ubat." Tapi bila result kita tak okay, marah kita, suruh kita bersenam, suruh kita makan yang rebus rebus dan kukus saja. Mood saya ke laut dalam lepas jumpa doktor. Tapi hidup perlu diteruskan. 

Selepas selesai jumpa doktor, saya dan suami bertolak ke Rawang. Ada jemputan kenduri keesokan harinya. 

Kami check-in hotel di Rawang pada hari Jumaat, 30 Januari dan check out esoknya. Nama hotel, the Leverage Business Hotel, Rawang. Hotel ini ditempah oleh kakak sulung saya, bagi pihak saya. Lokasi berdekatan dengan tempat kenduri nanti. Kenduri saudara sebelah bapa. Jom tengok bilik hotel.

A selfie of me
Muka senyum, dalam hati siapa yang tahu

Ada cermin di balik pintu. Itu yang selfie sekeping.

Bilik air hotel
Bilik air

Shower rendah ada, shower tinggi pun ada. Air kuat. Sabun botol besar ada, lengkap semua.

Sinki di luar
Yap, sink di luar

Tepi sink itu, ada hair dryer dan sabun juga. Saya pun tak tahu mana satu botol sabun ke, syampoo ke, tulisan kecil je. Ada partition antara bilik air dan tandas.

Tiada almari, cuma tempat gantung dan hanger
Tiada closet, cuma tempat gantung dan hanger.

TV dan bahagian depan katil
TV dan bahagian depan katil.

Tuala ada diberi.

Katil yang luas
Katil yang luas

Katil besar dan selesa, sedap tidur. Malam tu, lepas makan malam ada bancuh kopi secawan. Saya ingat nak layan drama atas katil. Baru landing atas katil dan ZZZZ... tak sedar diri bila masa belayar. Kopi minum esok pagi. Macam cerita P. Ramlee, minum kopi semalam.

Katil dalam bilik hotel
Ambil dari sudut lain pula, bahagian katil


Meja kerja, cerek elektrik, perkakasan buat kopi, dan safety box
Meja kerja, cerek elektrik, perkakasan buat kopi, dan safety box.

Cerek elektrik dalam bilik hotel
Cerek elektrik

Perkakasan nak buat kopi. Air mineral, tisu, ada ashtray
Perkakasan nak buat kopi. Air mineral, tisu, ada ashtray.

Stationery set
Ini jarang dilihat.

Ada set sampul surat, kertas A4 dengan letterhead hotel, kertas tulis nota dan pensel. Sudah jarang tengok hotel beri stationery set ni. Hotel dulu-dulu ada. Saya bawa balik kertas nota kecil dan pensel. Yang saya tak guna, saya tak ambil. Lepas tu baru teringat, nama hotel, Leverage Business Hotel. Sesuai untuk orang yang ada urusan kerja atau kursus, untuk menginap di hotel ini.

Lobi hotel
Lobi hotel

Hotel walaupun cuma dua tingkat dan terletak di bangunan rumah kedai, tetapi ada lif. 

Kemudahan di lobi hotel Leverage Business Hotel, Rawang
Kemudahan di lobi

Mesin penapis air di tingkat bawah. Microwave juga ada, di lobi.

Cawangan the Leverage Business Hotel
Cawangan the Leverage Business Hotel

Ada cawangan di Kuala Kedah, Mergong, dan Kuantan. Bila saya google, ada juga cawangan di Skudai, dan KL.

View pagi di luar hotel
View pagi di luar hotel

Lokasi hotel sangat baik. Keliling hotel ada banyak kedai makan. Ada Zus dan Kenangan Coffee juga, satu barisan dengan hotel. Dekat pasaraya Lotus. Dalam gambar di atas, boleh nampak Rawang Bypass, iaitu Jalan Pintasan Rawang yang dikenali dengan jejambat setinggi 58.2 meter (tertinggi di Malaysia) dan rekabentuk mesra alam yang melindungi pokok Giam Kanching, sejenis pokok hutan tebal dan spesies pokok terancam di Taman Warisan Negeri Selangor.

Okay. Sambung di lain entri, cerita trip pendek ke Rawang ini.

Jumpa lagi. 💗

6 comments:

  1. Semoga semangat kak Nur dah kembali pulih..bila app doktor kerajaan begitulah..susah nak dapat doktor yang sama.. masa duduk Selayang, selalu beli barang dapur dekat latus Rawang tu.

    ReplyDelete
  2. Tinggi juga result tu nemang kena naik dos ubat la. Semoga baik2 je. Banyak jugak kemudahan hotel tu ye.

    ReplyDelete
  3. tgi tu bacaan kolestrol...kena bawah 5.2 br ok..kita aritu 5.5...lokasi hotel tu ada tmpt mkn byk mudah la

    ReplyDelete
  4. Itu yang saya tidak suka klinik atau hospital kerajaan. Ada pengalaman tidak seronok. Syukurlah masa saya tidak sihat hari itu, saya doa tidak perlu ke klinik, biar berubat makan panadol dan rehat banyak-banyak sambil minum air putih banyak.
    Ikutkan Nur dah boleh turunkan kolesterol sebelum ini. Jadi Nur tahu apa hendak buat. Semoga ceria semula.

    ReplyDelete
  5. Memang biasa macam tu kan Nur, asal jumpa doc kalau result x bagus memang rasa down sikit...tapi ekjap aje tu...paling x suka jumpa doc lain, dapat result jumpa doc lain...jenuh...nasib baik SA dengan doc yang sama aje...

    ReplyDelete
  6. Kalau Encik Suami saya pegi buat regular check up, kalau result ok, doktor memang akan puji, bila doktor dah puji so kita pun ada la motivasi nk maintain amalan dan budaya sihat kita kan? bertabah la kak nur.. baik pegi klinik panel je kalau mcm tu

    ReplyDelete