Friday, February 27, 2026

Park and Take

 Saya pergi ambil ubat susulan di hospital tadi. Terlebih dahulu, perlu buat temujanji untuk ambil ubat kita melalui borang online yang diisi dua minggu lebih awal. 

Hospital akan beri nombor rujukan ambil ubat melalui whatsapp. 

Sudah tiada servis drive-through seperti sebelum ini. Sejujurnya, saya lebih suka ambil ubat pandu lalu sebab tak perlu turun kereta. Sekarang ini, sudah jadi servis park and take, kena la park kereta.

Parking kat hospital ini pula, terhad. Tengoklah kalau ada rezeki, adalah kosong. Tak ada, kena parking luar hospital dan jalan kaki masuk ke farmasi hospital. 

Hari ni, nasib baik suami belum masuk kerja. Jadi, dia campak saya depan laluan nak ke farmasi dan dia pergi park kereta.


Ini pertama kali saya guna kaedah Park and Take ini. Tak susah pun nak cari kaunter, sebab betul-betul tepi farmasi. Ada tiga orang sedang beratur.

Seorang, lebih kurang seminit je. Tak lama, sebab ubat dah ada, cuma petugas farmasi perlu cari based on nombor rujukan. Sampai giliran saya, sekejap je dah settle.

Kalau ambil ubat cara lama, iaitu ambil nombor dekat farmasi, saya pernah kena tunggu sampai 1 jam. Memang ramai. 


Alhamdulillah. Settle ambil ubat. Kome hari ni, nak masak apa? Boleh la rehat. Esok Sabtu dan Ahad. Tidur macam tak cukup, di bulan puasa ni. Saya bangun siapkan sahur setiap hari pukul 4 pagi. Semalam kepala saya sakit. Dari petang lagi. Lepas maghrib saya tak pergi la masjid. Terus tertidur, dan jaga pukul 11 malam. Lega betul lepas tidur tu. Hilang sakit kepala. Terus Isyak pukul 11 malam. Saya pula, bukan jenis tidur siang. Tak biasa tidur sebentar sebelum zohor tu. Itulah cabaran bagi saya di bulan puasa ni, tak cukup tidur.

Kalau update blog guna handphone, kita jadi rajin nak cerita semua benda. Kalau guna laptop, malas jadinya nak update blog. Hehe.. ok la. Jumpa lagi. 💗

3 comments:

  1. Kat HPJ ada park khas buat sapa yang nak ambil ubat. Jadi takde lah susah sangat nak ambil ubat.

    ReplyDelete
  2. Oh dah takde drive through ambik ubat ye? Patutnya kena ada parking khas la kot utk Park & Take ni

    ReplyDelete