Tuesday, February 10, 2026

Roadtrip Pantai Timur: Kuala Terengganu - Kota Bharu

 Saya dilanda angin malas giler, semenjak dua menjak ini. Malas untuk update blog. Ish, tak tahulah apa nak jadi dengan saya ini. Maafkan saya, ya. Slow-slow, saya cuba untuk bangkit semula ni. Jomlah saya sambung cerita roadtrip yang saya belum habis cerita. 

Sabtu, 24 Januari 2026 - Setelah check-out dari hotel, kami sambung perjalanan roadtrip kami ke negeri Kelantan. Babai Terengganu, negeri yang aman makmur dengan laut yang cantik. Panjang umur, kita jumpa lagi ya, Ganu Kiter...

Alkisah hari tu, masa kami dari Dungun ke Kuala Terengganu, sebab berjalan hari Jumaat, banyak kedai tepi jalan yang tutup. Ada lalu kedai roti paung, tapi tutup belaka. Ini kali, bila jumpa saja, haruslah berhenti. Tak pernah rasa. Baca tentang roti paung ni, dari blog Mazni.

Eh, kebetulan, kedai yang jual roti paung itu, tak jauh dari situ, ada kedai kopi juga. Jadi, belilah keduanya, buat bekal makan dalam kereta. 

Roti paung asli
Roti paung perasa asli.

RM4 sebiji. Saya beli perasa biasa dan yang marjerin. Ada banyak perasa lain. Yang ada kacang di dalam, yang kaya dan lain-lain, saya pun tak perhati semua. Dua jenis roti paung, jumlah harga RM8. Lembut bebenor roti paung ini. Pekena pula dengan kopi panas. Peh.. tak boleh berhenti kami makan. Habis wei. Alhamdulillah.

Suami pandu kereta santai-santai saja. Nak kata laju, tak laju, slow pun tidak. Sambil menikmati pemandangan tepi laut. 

Kami singgah Pantai Penarik, Setiu. Pantai paling cantik. Angin kuat. 

Pantai Penarik, Setiu, Terengganu
Indahnya pemandangan di sini. 😍

Masa duduk lepak layan perasaan tengok laut, ada peniaga jual aiskrim naik motor lalu. Saya tahan, nak beli. Orang aiskrim tu tahu kita orang luar. Dia tanya, saya dari mana? Saya cakap dari Perak. Sambil sembang dengan dia, dia tak berhenti scoop aiskrim satu demi satu atas kon aiskrim. Saya tegur dia, banyaknya letak! 

Dia bagi banyak scoop, sampai tinggi aiskrim kita jadinya. Dia kata, ha.. baru boleh kenyang. 😂 Baiknya. Pandai pula dia balut kon aiskrim dengan tisu tebal, sebab aiskrim tinggi. Cuaca walau berangin tepi laut, tapi panas. Aiskrim mudah cair. Semoga murah rezeki penjual aiskrim baik hati, cedok banyak aiskrim scoop untuk kami.

Laut Terengganu yang cantik
Boleh duduk sini lama la, tengok laut.

Kalau tak mengenangkan perjalanan kami masih jauh, mahu je kami lepak situ lama lagi. Syok, sebab angin kuat. Suka saya dengan majlis perbandaran sini. Orang ramai boleh tengok laut cantik percuma. Di tempat saya, contoh macam Teluk Batik, kalau nak jejak kaki tepi pantai, kena bayar tiket masuk. 🙈

Acik selfie pakai tudung sarung baru beli
Acik selfie pakai tudung sarung baru beli di Kuala Terengganu.

Rasa macam nak pindah duduk Terengganu, la. Hehe.. saya upload video pemandangan tepi laut yang cantik ini, sebagai kenangan.


Tidak lama lepas tu, kami pun teruskan perjalanan.

Lalu Besut, dan masuk negeri Kelantan. Ikut Pantai Tok Bali, Bachok, sampai Kota Bharu. Check-in hotel di Kota Bharu di petang hari.

Jarak perjalanan yang direkodkan oleh meter kereta, 164 kilometer untuk perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu pada hari itu. Alhamdulillah, selamat sampai ke negeri terakhir dalam roadtrip Pantai Timur kami. Saya sambung di lain entri, ya.

Jumpa lagi. 💗

7 comments:

  1. Banyak tempat menarik kat KB untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaaa...lajak terus ke Kota Bharu...

    ReplyDelete
  3. Best nya trip Nur. Rindu Terengganu. Lepak tepi pantai memang rasa tak nak balik.

    ReplyDelete
  4. Mana gambar aiskrim bertingkat-tingkat tu? Pantai-pantai di Terengganu semua cantik-cantik. Ramai yang bila lepak di Terengganu cakap nak pindah duduk sana. Slow and steady ye Tot update blog. KSarie pun ke laut dalam juga mood hebdak update blog🥲

    ReplyDelete
  5. Sedap pulak tengok roti paung tu. Lama tak ke Terengganu.

    ReplyDelete
  6. Sebab kan pantai tOk Bali tu lah.. kampung Bali yang dekat tRonoh tu asyik la kami panggil Tok Bali.. hihihi

    ReplyDelete
  7. Roti paung, aritu baca di blog Mazni sekarang blog Nur pulak. Wajib cari kalau saya ke sana, teringin nak mencuba.

    ReplyDelete