Sarapan di Ubi Kayu dan Mengopi di Bayang Coffee
Sambung cerita dari entri sebelum ini, pagi pagi kami sudah check-out awal dari hotel yang kami inap. Kakak sulung saya biasanya hari Ahad dia pergi naik gunung. Tapi pada hari itu, dia malas nak pergi, tambahan pula dia ada online meeting waktu tengahari.
Jadi, dia pun ajak kami sarapan bersama.
![]() |
| Pintu gerbang Kota Darul Ehsan |
Hari Ahad kurang kereta, ikut Waze, kami lalu ikut Lebuhraya Persekutuan. Pintu gerbang Kota Darul Ehsan, sempadan antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kami letak kenderaan dalam kawasan parkir Citta Mall. Kakak datang ambil kami guna keretanya dan kami menuju tempat sarapan.
![]() |
| Restoran Ubi Kayu, Taipan USJ9, Subang Jaya. |
Tempat ini ada banyak kuih. Makanan sarapan pun banyak pilihan. Antara menu popular di sini termasuklah mee jawa, ubi kayu rebus, roti jala, nasi lemak pandan, nasi berlauk, mee udang, nasi dagang kelantan, pulut gaul nyior, laksa utara, kuih dangai, kuih lopes dan banyak lagi.
Pelanggannya pun ramai. Waktu kami sampai, boleh tenang-tenang tengok lauk dan macam-macam menu yang siap disusun di meja. Bila kami duduk saja, berpusu-pusu orang datang.
Saya makan bihun goreng separuh, nasi goreng separuh, bersama telur mata. Tapi saya lupa nak ambil gambar. Betul-betul lupa. Sebab hidangannya menarik, ingat nak makan saja. Tak sabar-sabar nak suap masuk mulut.
Suami makan nasi dagang. Sedap nasi dagangnya. Ikan tongkol dalam gulai, dimasak sempurna, lembut dan cukup rasa.
![]() |
| Kakak sulung ambil gambar, nak whatsApp pada Atam, kakak kedua. |
Selepas sarapan, kakak bawa kami ronda-ronda sekitar kawasan Subang Jaya. Hari Ahad, ramai yang beriadah di stadium. Seronok saya perhatikan di sini orang ramai boleh bersenam di dalam kawasan stadium dan berlari di trek stadium. Banding tempat saya, stadium tidak dibuka untuk orang ramai. Huhu...
Semasa ronda-ronda naik kereta, saya sempat nampak ST Rosyam Subang Jaya. Pertama kali saya tengok. Juga ternampak Restoran Mohd Chan Chinese Muslim. Biasa dengar, tapi tak pernah makan. Belum dibuka waktu kami lalu. Ronda-ronda, nampak Bayang Coffee, suami ajak mengopi, kami pun berhenti.
![]() |
| Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam. |
Bila lagi nak merasa mengopi di tempat yang tak ada di kawasan saya tinggal.
Buat pesanan di dalam dan terus bayar. Ingat ke, bila pesanan siap, kena ambil di kaunter. Tapi orang di kaunter cakap, dia akan hantar pada kami. Kami duduk di meja luar.
![]() |
| Meja luar di Bayang Coffee. |
Cuaca pun nyaman untuk kami lepak di luar. Hari sebelumnya hujan. Itulah, KL ini tak adalah panas sangat macam di tempat saya. Kalau tempat saya biasa mengopi itu, duduk luar pukul 10 pagi, bahang panas terasa, okay. Mungkin sebab tepi laut dan tidak hujan.
![]() |
| Hazelnut latte panas, kek pistachio dan mint tea. |
Kakak tu, beli juga kek, dia suruh kami makan, pencuci mulut selepas sarapan, katanya. Kakak saya tidak minum kopi. Dia pesan teh pudina. Bila sudah habis secawan, boleh refill air panas di dalam, tanpa bayaran.
![]() |
| Comel betul coffee art dia. Arnab. |
Terus saya teringat Putihah, arnab peliharaan anak KSarie. Sedap kopinya. Harga slightly mahal dari kopi biasa saya minum.
Dekat lokasi kami mengopi ini, ada kedai mamak berhampiran. Ada game bola waktu itu, boleh dengar sorakan orang tengok bola dari tempat kami mengopi. Haha.. suami saya pun tengok bola dekat telefon dia. Suami saya pesan americano iced, seperti biasa.
![]() |
| Kek pistachio yang sedap. |
Harga kek RM18 sepotong. Rasa sungguh premium dan tidak terlalu manis, sesedap rasa.
Americano iced harga RM9
Roasted hazelnut latte harga RM14.
Mint tea harga RM10.
Alhamdulillah. Rezeki, dapat sarapan di tempat yang sedap, dan mengopi di tempat yang aman damai sambil healing, gitu.
Selepas mengopi, kakak hantar kami semula ke tempat parkir kereta di Citta Mall. Kemudian kami terus bertolak pulang ke Perak. Bye bye, KL. Panjang umur, kami datang lagi.
Dari KL, kami terus pergi ke Ipoh, outing dengan anak-anak yang belajar di politeknik. Bawa mereka beli barang dan makan-makan. Boleh juga solat jamak di surau mall, sebelum kami balik Manjung.
![]() |
| Mama dengan Sulaiman dan Hafizan. |
Alhamdulillah. Selamat sampai ke rumah petang hari. Sekian cerita trip pendek pergi makan kenduri di Seri Kembangan, Selangor.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗









Sedapnya nampak menu sarapan di Restoran Ubi Kayu tu, banyak betul pilihan! Lepas makan terus healing mengopi pulak ya. Coffee art bentuk arnab tu comel sangat
BalasPadamItulah. Alhamdulillah. Makanan waktu sarapan dan tempat mengopi pun best. 😊
PadamDah lama saya tak mampir ke blognya mbak tot. Nampaknya ada berbeza ya. Rupanya sekarang tema nya sudah baru :D lebih clean yang sekarang mbak.
BalasPadamBtw coffee artnya lucuuuu sangat mbak. bentuknya macam kelinci, pasti sulit lah itu dibuatnya :D
Terima kasih, Mas Fajar. Saja mahu tukar angin supaya blog paparkan rupa yang lebih clean. Sudah jemu dengan tema bunga-bunga. Hehe..
PadamKann... punya skill hebat untuk buat coffee art bentuk kelinci begitu.
Eh eh art kopi dia bentuk arnan, lain dr lain..
BalasPadamNama kedainya menarik.. sesuai untuk lepak-lepak santai minum petang
Kann... 😊 betul, betul.
Padamubi kayu tu menarikkk, nanti nak try la
BalasPadamSila, sila. 😊
PadamComel lah coffee art tu .
BalasPadamSekali tengok Sulaiman dah macam ayah dia...hihihi
Ha ah, anak bapak. 😁
PadamBanyak tempat dapat pergi asbab pergi kenduri.
BalasPadamYe kak, Alhamdulillah, dapat juga jalan-jalan tengok tempat orang.
PadamSekarang ini banyak kedai ada jual pelbagai jenis juadah ada warung kecil yang jual pelbagai makanan.
BalasPadamSeronoknya jalan-jalan Shah Alam cari makan.
Ye, NA. Orang hantar macam-macam kuih. Jadi banyaklah pilihan untuk kita.
PadamAlhamdulillah. 😊
ramai betul orang breakfast kat restoran ubi kayu tu, betul2 glemer.
BalasPadamwahh cutenya latte art bentuk rabbit! selalu bentuk daun jee
Ha ah, itu yang kami pergi awal pagi tu. Kakak akak risau tak ada tempat.
PadamBetul, kalau tak bentuk daun, bentuk heart.
Restoren ubikayu dengan pelbagai makanan yang sedap sudah tentu ramai orang hujung minggu. Comel kopi art tu selalu bentuk love ni arnab rare tu
BalasPadamYe, kak. Betul.
PadamEeee kiyootnyaaa latte arnab tu. Banyak menu kedai makan ni. Mesti best kalau datang ramai2, order banyak. Boleh rasa sikit2.
BalasPadamEh ada terselit nama Putihah ye😅Orang Perak udah makan di Ubi Kayu dan Bayang Kopi. Kita yang sepelaung tak sampai-sampai lagi😅Nampak gaya nak makan di Ubi Kayu memang molek datang pagi-pagi supaya dapat tempat duduk cepat ye. Banyak menu bisa bikin rambang mata😋
BalasPadamKena datang awal kalau datang sarapan sini kalau tempat jadi tumpuan ramai. Nak menunggu orang habis makan tu bukan kejap.
BalasPadamComelnya latte art tu bentuk arnab. Menariknya tengok kek pistachio tu. Tentang harga tu macam standard cafe.
Waaah suka nama kedainya, Ubi Kayu 😍😍. Dan kalau ramai, berarti memang sedaap lah yaaa... Nasi dagang saya lama tak makan. Teringin nak coba nanti.
BalasPadamBayang kopi pernah baca review-nya juga. Semoga dapat kesempatan coba saat di KL