Sarapan di Ubi Kayu dan Mengopi di Bayang Coffee

Sambung cerita dari entri sebelum ini, pagi pagi kami sudah check-out awal dari hotel yang kami inap. Kakak sulung saya biasanya hari Ahad dia pergi naik gunung. Tapi pada hari itu, dia malas nak pergi, tambahan pula dia ada online meeting waktu tengahari. 

Jadi, dia pun ajak kami sarapan bersama. 

Pintu gerbang Kota Darul Ehsan
Pintu gerbang Kota Darul Ehsan

Hari Ahad kurang kereta, ikut Waze, kami lalu ikut Lebuhraya Persekutuan. Pintu gerbang Kota Darul Ehsan, sempadan antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kami letak kenderaan dalam kawasan parkir Citta Mall. Kakak datang ambil kami guna keretanya dan kami menuju tempat sarapan.

Restoran Ubi Kayu, Subang Jaya
Restoran Ubi Kayu, Taipan USJ9, Subang Jaya.

Tempat ini ada banyak kuih. Makanan sarapan pun banyak pilihan. Antara menu popular di sini termasuklah mee jawa, ubi kayu rebus, roti jala, nasi lemak pandan, nasi berlauk, mee udang, nasi dagang kelantan, pulut gaul nyior, laksa utara, kuih dangai, kuih lopes dan banyak lagi.

Pelanggannya pun ramai. Waktu kami sampai, boleh tenang-tenang tengok lauk dan macam-macam menu yang siap disusun di meja. Bila kami duduk saja, berpusu-pusu orang datang.

Saya makan bihun goreng separuh, nasi goreng separuh, bersama telur mata. Tapi saya lupa nak ambil gambar. Betul-betul lupa. Sebab hidangannya menarik, ingat nak makan saja. Tak sabar-sabar nak suap masuk mulut. 

Suami makan nasi dagang. Sedap nasi dagangnya. Ikan tongkol dalam gulai, dimasak sempurna, lembut dan cukup rasa.

Kami makan di Restoran Ubi Kayu, Subang Jaya
Kakak sulung ambil gambar, nak whatsApp pada Atam, kakak kedua.

Sungguh ramai orang, hinggakan bila bangun saja, ada orang menunggu nak chop tempat kita. Gituu.... barisan nak bayar pun panjang juga. Kakak pergi ambil pengat pisang, dan suami beratur di barisan untuk bayar. Saya tunggu di luar sajalah. Makanan dia sedap-sedap dan banyak pilihan, kan. Sudah tentu ramai pelanggan datang.


Restoran Ubi Kayu dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Tutup setiap hari Isnin.

Selepas sarapan, kakak bawa kami ronda-ronda sekitar kawasan Subang Jaya. Hari Ahad, ramai yang beriadah di stadium. Seronok saya perhatikan di sini orang ramai boleh bersenam di dalam kawasan stadium dan berlari di trek stadium. Banding tempat saya, stadium tidak dibuka untuk orang ramai. Huhu...

Semasa ronda-ronda naik kereta, saya sempat nampak ST Rosyam Subang Jaya. Pertama kali saya tengok. Juga ternampak Restoran Mohd Chan Chinese Muslim. Biasa dengar, tapi tak pernah makan. Belum dibuka waktu kami lalu. Ronda-ronda, nampak Bayang Coffee, suami ajak mengopi, kami pun berhenti.

Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam
Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.

Bila lagi nak merasa mengopi di tempat yang tak ada di kawasan saya tinggal. 


Buat pesanan di dalam dan terus bayar. Ingat ke, bila pesanan siap, kena ambil di kaunter. Tapi orang di kaunter cakap, dia akan hantar pada kami. Kami duduk di meja luar.

Meja luar di Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.
Meja luar di Bayang Coffee.

Cuaca pun nyaman untuk kami lepak di luar. Hari sebelumnya hujan. Itulah, KL ini tak adalah panas sangat macam di tempat saya. Kalau tempat saya biasa mengopi itu, duduk luar pukul 10 pagi, bahang panas terasa, okay. Mungkin sebab tepi laut dan tidak hujan.

Hazelnut latte panas, kek pistachio dan mint tea
Hazelnut latte panas, kek pistachio dan mint tea.

Kakak tu, beli juga kek, dia suruh kami makan, pencuci mulut selepas sarapan, katanya. Kakak saya tidak minum kopi. Dia pesan teh pudina. Bila sudah habis secawan, boleh refill air panas di dalam, tanpa bayaran. 

Coffee art Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.
Comel betul coffee art dia. Arnab. 

Terus saya teringat Putihah, arnab peliharaan anak KSarie. Sedap kopinya. Harga slightly mahal dari kopi biasa saya minum.

Dekat lokasi kami mengopi ini, ada kedai mamak berhampiran. Ada game bola waktu itu, boleh dengar sorakan orang tengok bola dari tempat kami mengopi. Haha.. suami saya pun tengok bola dekat telefon dia. Suami saya pesan americano iced, seperti biasa.

Kek pistachio Bayang Coffee Temasya Glenmarie, Shah Alam.
Kek pistachio yang sedap.

Harga kek RM18 sepotong. Rasa sungguh premium dan tidak terlalu manis, sesedap rasa.

Americano iced harga RM9

Roasted hazelnut latte harga RM14.

Mint tea harga RM10.

Alhamdulillah. Rezeki, dapat sarapan di tempat yang sedap, dan mengopi di tempat yang aman damai sambil healing, gitu. 

Selepas mengopi, kakak hantar kami semula ke tempat parkir kereta di Citta Mall. Kemudian kami terus bertolak pulang ke Perak. Bye bye, KL. Panjang umur, kami datang lagi.

Dari KL, kami terus pergi ke Ipoh, outing dengan anak-anak yang belajar di politeknik. Bawa mereka beli barang dan makan-makan. Boleh juga solat jamak di surau mall, sebelum kami balik Manjung.

Mama dengan Sulaiman dan Hafizan
Mama dengan Sulaiman dan Hafizan.

Alhamdulillah. Selamat sampai ke rumah petang hari. Sekian cerita trip pendek pergi makan kenduri di Seri Kembangan, Selangor. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

22 ulasan:

  1. Sedapnya nampak menu sarapan di Restoran Ubi Kayu tu, banyak betul pilihan! Lepas makan terus healing mengopi pulak ya. Coffee art bentuk arnab tu comel sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Alhamdulillah. Makanan waktu sarapan dan tempat mengopi pun best. 😊

      Padam
  2. Dah lama saya tak mampir ke blognya mbak tot. Nampaknya ada berbeza ya. Rupanya sekarang tema nya sudah baru :D lebih clean yang sekarang mbak.
    Btw coffee artnya lucuuuu sangat mbak. bentuknya macam kelinci, pasti sulit lah itu dibuatnya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Mas Fajar. Saja mahu tukar angin supaya blog paparkan rupa yang lebih clean. Sudah jemu dengan tema bunga-bunga. Hehe..
      Kann... punya skill hebat untuk buat coffee art bentuk kelinci begitu.

      Padam
  3. Eh eh art kopi dia bentuk arnan, lain dr lain..
    Nama kedainya menarik.. sesuai untuk lepak-lepak santai minum petang

    BalasPadam
  4. ubi kayu tu menarikkk, nanti nak try la

    BalasPadam
  5. Comel lah coffee art tu .
    Sekali tengok Sulaiman dah macam ayah dia...hihihi

    BalasPadam
  6. Banyak tempat dapat pergi asbab pergi kenduri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kak, Alhamdulillah, dapat juga jalan-jalan tengok tempat orang.

      Padam
  7. Sekarang ini banyak kedai ada jual pelbagai jenis juadah ada warung kecil yang jual pelbagai makanan.
    Seronoknya jalan-jalan Shah Alam cari makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, NA. Orang hantar macam-macam kuih. Jadi banyaklah pilihan untuk kita.
      Alhamdulillah. 😊

      Padam
  8. ramai betul orang breakfast kat restoran ubi kayu tu, betul2 glemer.
    wahh cutenya latte art bentuk rabbit! selalu bentuk daun jee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, itu yang kami pergi awal pagi tu. Kakak akak risau tak ada tempat.
      Betul, kalau tak bentuk daun, bentuk heart.

      Padam
  9. Restoren ubikayu dengan pelbagai makanan yang sedap sudah tentu ramai orang hujung minggu. Comel kopi art tu selalu bentuk love ni arnab rare tu

    BalasPadam
  10. Eeee kiyootnyaaa latte arnab tu. Banyak menu kedai makan ni. Mesti best kalau datang ramai2, order banyak. Boleh rasa sikit2.

    BalasPadam
  11. Eh ada terselit nama Putihah ye😅Orang Perak udah makan di Ubi Kayu dan Bayang Kopi. Kita yang sepelaung tak sampai-sampai lagi😅Nampak gaya nak makan di Ubi Kayu memang molek datang pagi-pagi supaya dapat tempat duduk cepat ye. Banyak menu bisa bikin rambang mata😋

    BalasPadam
  12. Kena datang awal kalau datang sarapan sini kalau tempat jadi tumpuan ramai. Nak menunggu orang habis makan tu bukan kejap.
    Comelnya latte art tu bentuk arnab. Menariknya tengok kek pistachio tu. Tentang harga tu macam standard cafe.

    BalasPadam
  13. Waaah suka nama kedainya, Ubi Kayu 😍😍. Dan kalau ramai, berarti memang sedaap lah yaaa... Nasi dagang saya lama tak makan. Teringin nak coba nanti.

    Bayang kopi pernah baca review-nya juga. Semoga dapat kesempatan coba saat di KL

    BalasPadam