Cerita umrah disambung lagi, dengan kejadian yang berlaku pada hari Rabu, 5 Februari 2025.
Seawal 7.30 pagi, sudah turun bawah, naik bas, nak ziarah Kota Taif. Dah sarapan, lepas subuh lagi. ๐
Gambar dalam bas. Jalanraya dia, 3 lorong pergi, 3 lorong balik. Tak ada trafik light. Tak ada tol. Jalan pun cantik, takde kopak kapik lubang sana sini, macam di Malaysia, ye. Hihi..
Eh, ada trafik light, tapi jarang jumpa, kat bandar ada.
Saya biasa duduk barisan kedua, dengan Atam.
Sampai saja, kami jalan kaki sedikit, menuju ke Masjid Saidina Abdullah ibnu Abbas. On the way ke masjid ini, ada banyak gerai-gerai jualan, jual buah strawberry, jus delima, banyak lagi, la. Cuaca di Taif sedikit sejuk banding di Mekah.
Saidina Abdullah bin Abbas ini, adalah sahabat kelima yang banyak meriwayatkan hadis selepas Saiditina Aisyah, dan beliau juga adalah sepupu Rasulullah SAW.
Lepas solat sunat dalam masjid, tengok ada budak bulu tunggu luar, bagi makan jap. Ha, nak habiskan makanan kucing dalam simpanan.
Ada je peniaga kecil-kecilan datang ke tempat rombongan kami, bawa kopiah, bawa minyak wangi. Mutawwif kami menolak dengan baik.
Ada juga budak kecil arab, berniaga dengan cara bawa mesin timbang berat. Dia cakap melayu pada orang lalu depan dia, "Timbang, 1 riyal, timbang 1 riyal!" Hehe... timbang berbayar.
Lepas tu, kami pergi tempat jual madu. Ada beberapa jenis madu yang mutawwif terangkan. Dan di tempat dia bawa tu, boleh percaya yang madunya, madu asli. Ada beberapa jenis madu yang khas untuk beberapa penyakit. Saya pun dah lupa apa nama.
Gambar depan kedai madu.
Macam ni la, dalam kedai madu. "Halal, halal", dia bagi try makan roti arab yang diletakkan madu di atasnya. Ada juga manisan lain yang dia bagi cuba percuma. Orang dalam gambar tu, sedang masukkan madu dalam botol jualan.
Saya cuba makan madu dia, tak manis. Maksud saya, bukan macam madu kita, ada rasa manis gula. Dia punya madu, pure punya. Tak tau nak cakap camana.
Kok ada beli 2 botol, tapi 1 botol pecah masa buka beg dah sampai Malaysia. Nasib baik pecah dalam bekas dia, ada plastik. Takde la kena pakaian dalam bagasi. Ok la tu, dapat merasa 1 botol, Alhamdulillah.
Lepas tu, kami naik bas semula. Kami dibawa ziarah Masjid Saidina Addas dan Masjid Siku. Kedua masjid ni, mutawwif cerita dalam bas je, kami tak turun pun.
Siku? Mana dapat nama Masjid Siku? Sebab ada kesan lekuk pada batu pada masjid tu, ketika Rasulullah SAW berteleku dengan siku baginda di situ. Masjid ini, tidak digunakan lagi. Lokasi dia betul-betul tepi jalan.
Lepas tu, kami dibawa ke kilang proses pati wangian rose (perfume). Sini, ramai orang, jalan pun sempit, dipenuhi dengan bas yang parking di kiri kanan jalan di kilang. Saya dan Atam tak turun. Kok je turun. Masa Kok naik bas semula, dia bagi hidu sample perfume ros pada lengan, haa... wangi.
Seterusnya, masa yang ditunggu. Makan time! Kami dibawa makan tengahari di restoran nasi mandy Yemen. Yay!
Makan dalam dulang ye. Satu dulang, share 4 orang. Mutawwif cerita, orang Arab kan, satu dulang ni, dia boleh makan 2 orang je. Peh.... heee... tak mampu kita, group saya, kami berlima, sebab masing-masing perut kecik, takut membazir, tak habis.
Makan bersila. Yang tak boleh duduk bawah, diberi kerusi dan makan guna tray kecil.
Nasi mandy lauk ayam bakar sampai 2, kau, dan kambing, berserta sambal nasi mandy tu sedap! Saya suka! ๐ Nak kata sambal bukan sambal la. Salad tu, dia letak dalam apa nama dia? Salatah ke? Lebih kurang macam jelatah kita, tu. Dia bagi sekali cili hijau. Saya tak makan, sebab tengok cili dia kecik, kalau cili hijau besar tu, ok gak. Atam cakap, cili dia pedas.
Video masa nasi mandy sampai.
Saya rasa, itulah nasi mandy paling sedap saya pernah makan, seumur hidup saya.
Pencuci mulut, kunafa. Sedap dan mild, tak terlalu manis, just nice.
Inilah luar restoran nasi mandy. Alamak, gambar pun kelabu asap. Sori.
Ini pemandangan depan lorong restoran. Cuaca di Taif mendung je.
Lepas selesai makan, kami dibawa ke Masjid Qarnul Manazil. Bagi jemaah yang ingin mengerjakan umrah, boleh bermiqat di sini.
Di masjid ni, habis semua makanan kucing saya bawa. Alhamdulillah. Lapor-lapor kucing, dok berteduh bawah pokok, di tempat-tempat redup.
Lepas tu, kami terus balik ke hotel. Tapi, tak naik bilik lagi. Atam nak belanja aiskrim di tempat turun bas.
Asal naik bas nak pergi ziarah je, mesti nampak kedai aiskrim ni. Sebelum kita balik Malaysia, jom la kita test sekali. Selalu tengok ramai orang. Qais Ice Cream, nama kedai. Lokasi, tingkat minus 2 bangunan Clock Tower. Selain aiskrim, dia ada jual juice juga.
Aiskrim saya. ๐ Dah lupa harga berapa.
Aiskrim Atam harga 5 riyal. Alamak, ada pak janggut belakang Atam.
Baiklah, sekian perkongsian program pada 5 Februari. Terima kasih kerana membaca.
Esoknya, kami dah nak balik Malaysia dah, sudah kena pi airport. Alahai... sambung lain entri. ๐
Orang Arab satu talam 2 orang, tengok badan diorang. Aiskrim, sedapnya. Belum sampai Taif, moga diizinkan ke sana nanti.
ReplyDeleteKann... hihi..
DeleteInsya-Allah, ada rezeki Mulan untuk ke Taif nanti. Amin.
Baru saya tahu pasal Masjid Siku. Sayangnya tempat tu tak dipulihara.
ReplyDeleteSana banyak masjid yang kini sudah tak digunakan. Tinggal tinggalan sejarah je.
DeleteAda rezeki Sy nak ziarah Taif juga :)
ReplyDeleteInsya-Allah, semoga PH sampai ke sana nanti. Amin.
DeleteTak tau la aiskrim sana memang sedap2 atau tekak kita kering masa kat sana. Uncle pun belasah aiskrim walaupun batuk2... hehehe
ReplyDeleteAtam pun batuk juga, tapi dia yang beria ajak makan aiskrim. Huhu.. tapi sedap kan, uncle, kan... :D
DeleteHehe berapalah harga minyak wangi ros ini? Teringin juga hendak ke kilangnya tengok dan kalau mampu beli.
ReplyDeleteSaya dah lupa harga dia, mutawwif ada cakap. Tapi, beratus-ratus juga la, botol kecil dia.
Deleteteringat tentang sejarah hijrah ke Thaif :( :( :(..
ReplyDeletesedih bila kita berhijrah sambil mengingati peristiwa Rasulullah dalam perjuangan menyebarkan Islam sehingga sampainya Islam pada kita..
akk doakanlah lady dapat ke sini suatu hari nanti..
Betul, masa di Taif, Rasulullah terima banyak layanan buruk.
DeleteAkak sudah doakan dah, semasa di sana, Lady. :)
Terima kasih berkongsi pengalaman.
ReplyDeleteSama-sama, kak.
Delete