Thursday, February 13, 2025

Day 4: Aktiviti bebas

 Saya sambung cerita trip umrah, dengan apa yang berlaku pada 30 Januari 2025 yang lepas. 

Bila sudah beberapa hari datang haid, saya biasanya ada gap. Maksud saya, darah haid itu tidak keluar sepanjang masa. Ada waktu, saya bersih. Lagi-lagi kalau saya belum makan. Tak ada benda nak proses, selalunya saya bersih. Kalau lepas sarapan atau saya banyak jalan, boleh rasa darah haid itu keluar semula. 

Jadi, pagi hari Khamis itu, saya dapati tiada darah haid pada pad, mahupun tak de yang keluar semasa buang air, jadi saya pun mandi wajib hadas besar.

Sempatlah saya solat subuh di Masjid Nabawi, buat pertama kalinya. Masya-Allah, gumbiranya rasa di hati. Syukur, syukur, Allah izinkan saya. 

Tapi, dah terlewat pula waktu tu, untuk dapat tempat yang selesa. Patutlah kedua-dua kakak saya pergi awal satu jam sebelum masuk waktu solat fardu, sebab nak solat tempat yang selesa, dan tak mahu bersesak-sesak cari tempat. 

Saya tak kisah sangat. Sebab Allah dah izinkan saya solat dalam masjid pun, saya sudah cukup happy. Cuma, sebab terkocoh-kocoh siapkan diri (being the youngest in the room, giliran saya selalu yang terakhir dapat guna bilik air, hormat orang lebih tua), saya terlupa nak bawa sejadah mini.

Saya pula dapat tempat solat atas simen dalam masjid. Tak dapat tempat ada carpet. Takpe. Cuma kena tahan sejuk waktu sujud. Syukur Alhamdulillah. Best giler wei, dapat solat.... suka-suka! 😍

Sarapan 30 Januari

Roti bakar, daging masak kari, telur goreng dan sayur sikit. Alhamdulillah.

Namun kegembiraan itu tidaklah berpanjangan, apabila lepas sarapan, saya dapati, haid saya keluar semula. Maka, tak dapatlah saya ikuti masuk ke Raudhah. Pagi itu, giliran jemaah perempuan group Bas 1 untuk masuk, temujanji 8.30 pagi, ikut aplikasi Nusuk. Jemaah lelaki punya turn, pukul 2 pagi awal pagi itu.

Hari tu juga, tiada aktiviti ziarah yang diaturkan. Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

Apa itu Raudhah? Raudhah adalah taman syurga, letaknya antara makam Rasulullah SAW dengan mimbar Masjid Nabawi. Raudhah adalah tempat mustajab untuk berdoa dan beribadah. Dulu, orang berebut-rebut masuk ke Raudhah ni, berkejar-kejar nak berebut tempat. Tapi kini, dengan adanya aplikasi Nusuk, semua orang boleh masuk dengan buat temujanji atau permit lebih awal. Masa saya pergi ni, boleh instant masuk, tengok rezeki di applikasi tu. Kita cuma perlu on gps semasa buka Nusuk, dan instant track ini dibuka sepanjang tahun, dan berubah selang 20 minit. Kalau ada rezeki, sempat book permit, maka bolehlah masuk.

Baik. Oleh sebab saya uzur, maka saya tak dapatlah masuk Raudhah hari tu. Kita terima ye, takpe, Allah nak bagi kita benda lebih baik. Sabor, tau. Jangan sedih. Semua benda Allah sudah aturkan.

Seawal pukul 7 pagi, semua jemaah perempuan yang boleh masuk Raudhah sudah berkumpul di pintu sekian-sekian, di masjid, atas arahan mutawwif. Walaupun para mutawwif agensi kami semua lelaki, dan untuk bantu jemaah perempuan, ada seorang ustazah dilantik oleh agensi untuk bimbing jemaah perempuan. 

Saya dengar cerita selepas itu, memang sangat membantu. Jemaah perempuan semua dapat beribadat lama dalam kawasan Raudhah. Sampai Kok (kakak sulung) rasa bersalah pula, dan undur diri sendiri, walaupun ustazah tu cakap, jemaah Wira jangan bangun lagi. (Nama pendek, agensi kami, Wira Saujana). Ustazah tu memang punya banyak pengalaman, dan boleh kawtim dengan askar perempuan yang bertugas di dalam. Wahh... gitu. Bagusnya, kredit untuk agensi kami.

Oh, balik kepada cerita saya dan Kak Didi (salah seorang roomate kami) yang uzur dan tidak dapat masuk Raudhah, apa aktiviti kami? Kak Fatin, salah seorang kawan Kok, pun join sekali.

Sebenarnya, Kak Fatin ada nak cari barang yang orang kirim, mereka ajak saya join sekali. Saya on je. 

Kami jalan-jalan di sekitar masjid, tengok aktiviti orang berniaga, tengok orang bersihkan kawasan sekitar, jalan-jalan tengok kedai.

Saya, Kak Didi dan Kak Fatin

Cuaca sangat nyaman, berangin dan best.

Ada satu kedai kami masuk, kedai high class sikit la. Ini baru pertama kali tengok peniaga arab cakap English. Lain-lain kedai saya masuk, semua orang arab cakap melayu. Kalau kita lalu depan kedai, panggilan seperti,"Kakak cantik, mari masuk, tengok dalam." Itu sudah biasa. Saya pergi kedai satu barang 3 riyal, orang kedai tu siap cakap kelantan lagi, ok. Dengar orang Arab cakap kelate, hok aloh! Hoo.. pandai deme kecek... dahla muka cute... pandai cakap, cara mereka melariskan jualan, kan. Memang berkesan pun! 😁

Ada 2 benda saya suka semasa di Madinah. 

1) Saya suka dengar mutawwif sembang dengan pemandu bas masa pergi ziarah mana-mana. Timbul minat untuk belajar bahasa Arab. Nanti ada peluang je, Insya-Allah saya akan belajar. 😊

2) Saya suka tengok orang lelaki arab pakai jubah. (jangan bagitau suami saya). Hihi, gurau je. Suka bukan maksud saya, tergila-gila. Jubah yang mereka pakai tu, ada effect slim. Dah la tutup aurat. Dalam jubah, ada pakai seluar. Bagus la, jatuh hati dengan jubah arab. Saya pun ada beli jubah lelaki, 3 helai 50 riyal. Saya beli dengan peniaga yang buka jualan tengah jalan. Saiz besar saya beli. Malangnya, bila sampai sini, tak muat badan Sulaiman (anak bongsu saya). Muat badan suami 2 helai, satu lagi, harap muat badan Amirul (anak sulung). Tak kisah la tu, deme ni memang boleh share-share pakaian, antara bapa dengan anak, badan lebih kurang. Siapa nak pakai jubah, bolehlah pakai masa raya nanti, tak pun, masa pi solat Jumaat. Saya suka! 😍

Berbalik kepada aktiviti kami pada hari tu. Selesai dapat barang yang orang kirim, kami masuk ke Masjid Nabawi semula. Saja, tengok-tengok orang beratur dan keluar dari Raudhah. Tengah-tengok perati orang, Kak Didi memang suka ambil gambar, dan orang selalu suruh Kak Didi ambilkan gambar depan kubah hijau Rasulullah SAW tu, masa tu kami buat hal masing-masing, ada orang sedekah saya kebab.

Lepas balik bilik, saya buka makan, kebab dia. Sedap, oi! 😋

Macam tu la di Madinah. Saya tak sempat lapar. Dengan makan di hotelnya. Dengan pergi masjidnya, saya sedekah pada orang, orang sedekah balik pada saya. Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah bagi.

Kak Fatin bawa kami masuk ikut pintu 32, Masjid Nabawi. Pintu ni bukan sentiasa dibuka. Bila dibuka, boleh masuk solat dhuha dan sebagainya. 

Terubatlah rasa sedih kami, sebab tak dapat masuk Raudhah. Saya share hukum perempuan datang haid masuk masjid, ye.


Kami lalu saja, tau. Tengok-tengok. Tak duduk pun.

Nak masuk kawasan sebelah Raudhah

Penuh tempat ni. Dan agak bising. 

Saya kongsikan di sini, video Kak Didi, kawasan di sebelah Raudhah. Hanya dibatasi border macam plastik, dalam video ada kelihatan. Boleh nampak sipi-sipi bahagian makam Rasulullah bahagian atas. 


Saya kongsikan juga beberapa keping gambar dalam masjid.


Masya-Allah, cantik sangat dalam Masjid Nabawi.

Sedikit close-up, nun di hujung sana, luar pintu, boleh nampak Bukit Uhud.

Gambar lebih close-up dari telefon Kak Didi, boleh nampak Bukit Uhud di hujung sana.

Ada 2 benda dari syurga kita boleh nampak bila kita di Madinah, iaitu Bukit Uhud dan Raudhah. Masya-Allah. Pada sesiapa belum sampai, pergilah, jika sudah mampu. Rasa tenang je di bumi Madinah ni. Saya rasa sangat-sangat bersyukur dapat sampai sini.

Dalam masjid.

Cantik sangat senibina masjid.

Sudut tepi masjid.

Kalau kasut yang diletak dalam rak kasut dalam masjid tak ada atau hilang, cer check di luar masjid. Sebab ada pekerja pembersihan alihkan ke luar, sebab dia nak lap rak kasut dalam masjid tu. 

Itu je yang saya dapat kongsikan, tanggal 30 Januari. Sambung lain entri ye. Next entri, ada cerita mendebarkan sikit. Tunggu.... 💗

1 comment:

  1. Itukah nikmat apabila dapat solat semula dan di Masjid Nabawi.Pernah hilang kasut di Masjidil Haram tapi masa itu tidak tahu cari di mana.

    ReplyDelete