Wednesday, February 26, 2025

Mengopi di Route 100 Cafe

 Saya ingat lagi dulu, cafe ni, takde orang pun. Beberapa kali saya datang, saya sorang je customer. Berkat kesabaran tuan cafe ya, baru-baru ni saya pergi satu family, nah... penuh dengan pelanggan. Sampai tak ada tempat duduk. Terpaksa duduk atas sofa dulu. 

Route 100 Cafe terletak di BHPetrol Lumut. Sebuah cafe di stesen minyak.


Sofa menghadap dinding. 

Keluarga kami lengkap hari tu, tanggal 20 Februari 2025. Anak sulung, Amirul, sudah balik cuti semester lepas habis final exam. Anak kedua, Hafizan, cuti mid semester politeknik. 

Selepas makanan dan kopi siap, suami cakap, jom pindah meja, ke tempat lebih selesa. Di sofa ni, kalau nak makan, kena tunduk-tunduk, sebab meja rendah. Kebetulan, ada meja makan sudah available. 

Kami semua sudah makan malam di rumah. Waktu tu, keluar mengopi pukul 6 petang.

Hafizan seorang pesan makanan, sebab dia tak makan nasi di rumah.


Hafizan pesan fish and chips. 

Biasanya cafe yang kedai kopi ni, ada jual cake dan pastries sahaja. Tapi di Route 100 Cafe, ada juga jual masakan panas, termasuklah buttered rice with salmon, macaroni cheese, lamb chop, chicken chop, spagetti, buttered chicken with rice dan macam-macam lagi la.

Takkan tengok Hafizan seorang makan. Pesan 1 hidangan, yang boleh share makan ramai-ramai.


Pesan nachos cheese. Bapak budak pesan Americano ice, mama pesan hazelnut latte panas, Amirul pesan vanilla milkshake dan Sulaiman pesan matcha frappe. Hafizan tak minum air manis, minum air suam sahaja. Sungguh berdisplin Hafizan. Makan pun protein je, nasi tak makan. Dia tengah bina badan (weight lifting).

Sambil mengopi, sambil berborak dengan anak-anak. Macam-macam hal. 


Alhamdulillah. Makanan dan minuman sedap. Harga kesemuanya adalah RM71. Eh, mama ada tambah coklat kek tau, satu piece. Tapi lupa ambil gambar. Kongsi makan anak beranak, meraikan Hafizan punya harijadi pada 4 Februari yang mama tak ada waktu tu, pergi umrah, dan meraikan juga budak Sulaiman baru lulus lesen motosikal.

Syukur rezeki Allah bagi.

Jumpa lagi, ye. 💗

5 comments:

  1. Alhamdulillah seronok makan dengan keluarga apalagi cukup ada semua nya kan. Semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  2. seronoknya anak-anak semua ada kan kak...

    ReplyDelete
  3. Hafizan rupanya. Dia kan yg ambil spm tahun lepas tu. Hafizan poli mana, Nur? Kemahen kamu jaga badan ya. Alhamdulillah, cafe dah dapat sambutan ramai tu, tentu promosinya hebat jugak dan makanan sedap.

    ReplyDelete
  4. Ammi kalau makan di cafe yg ada side table atau sofa mmg ammi tak akan pilih itu sbb tak selesa masa nak makan

    ReplyDelete
  5. Duduk di sofa memang nyaman, tp kalo utk makan, sakit punggung hrs menunduk kan 😄. Saya pun kurang suka kalo makan tp dapat sofa dengan meja rendah.

    ReplyDelete