Wednesday, February 12, 2025

Day 3: Ziarah sekitar Masjid Nabawi dan Quba Night Walk

 Sambung cerita umrah, dengan cerita yang berlaku pada 29 Januari 2025 yang lepas. Hari ketiga di Madinah.

Nak masuk subuh je, jalan ke Masjid Nabawi.

Jam 4.57 pagi.

Lampu oren sana, dalam masjid. Ada je orang solat di perkarangan masjid. 

Saya masih uzur. Saya nak cerita sikit tentang hal uzur ni.

Ok, sebelum pembaca lelaki rasa errr... apehe si Tot ni cerita pasal period kat blog, tak malu ke? Hmm... kalau ada pembaca lelaki yang baca, kalau belum kahwin, mana tahu kot isteri anda akan bertanya. Tak pun, yang sudah berumahtangga, mesti ada anak perempuan, atau adik perempuan, atau isteri ke, siapa-siapa la ahli keluarga yang alami situasi seperti saya, uzur ketika trip umrah. Jadi, kalau tak banyak, sedikit ilmu yang boleh dikongsikan, pun saya rasa, cukup baik, mana tahu, bermanfaat.

Fitrah la ye, perempuan datang haid ni. Aisyah sendiri, isteri baginda Rasulullah SAW, pernah datang haid waktu dia nak menunaikan umrah. Masa saya kursus umrah, ustaz tu cerita, masa Aisyah nak buat umrah. Masa saya buat carian online, saya baca Aisyah nak buat haji pula. Wallahualam. Saya ikut cerita ustaz masa kursus umrah yang saya ikuti ye. 

Sebab Aisyah rasa sedih, tak dapat nak buat ibadat, Rasulullah pun nasihat la. Inikan fitrah orang perempuan. Tak perlu nak rasa sedih. Nanti bila sudah habis haid, boleh lah buat. Kena banyak-banyak bersabar. Banyak pahala tau, orang bersabar dengan ujian ni.

Saya tidak makan ubat stop haid. Ini adalah kerana, saya ada pengalaman makan ubat hentikan haid ini, dan haid saya jadi lebihhhhhhhhhh lama, sampai 18 hari. Jangan risau, bukan dia keluar membuak-buak banyak sampai saya kurang darah. Jenis spotting je. Lain orang, ok je. Hanya kita tahu badan kita sendiri. Jika ubat stop haid itu berkesan untuk anda, maka, ambillah. Itu satu ikhtiar juga. Saya ni, dah la saya ada ambil ubat levothyroxine sebab pernah jalani pembedahan kalenjar tiroid. Itu pengganti hormon. Mungkin sebab tu kot ubat stop haid tu tak sesuai dengan badan saya. Orang lain makan haid jadi kurang, saya jadi tak habis-habis. Wallahualam.

Jadi, saya memang 100 peratus semulajadi. Saya minum air secukupnya. Saya doa, hari-hari, semoga Allah beri saya peluang untuk solat cepat-cepat. 100 peratus kebergantungan saya pada Allah. Orang boleh solat, itu rezeki. Orang datang haid, juga rezeki. Semuanya Allah telah aturkan. 

Saya juga percaya apa yang kita minta dan doa, Allah akan bagi. Kalau dia tak bagi terus, mungkin lambat sikit atau masa tak sesuai. Kalau kita tak dapat apa yang kita minta, sebab benda yang kita minta tu, tak baik untuk kita. Allah nak bagi benda laaaaaaagi baik untuk kita. Percayalah. Beriman pada Allah. 💗

Sarapan 29 Januari

Ambil french toast, ayam dan sayur salad. Alhamdulillah. Apa program pagi ni?

Ziarah sekitar Masjid Nabawi.

Lepas sarapan, kena tunggulah jemaah yang lain berkumpul. Di hadapan hotel, sebelum bergerak bersama-sama mutawwif.

Signboard nama jalan depan hotel. Tangan sentiasa dalam poket, sebab sejuk.

Ini pula jalan depan hotel, yang saya lalu setiap kali ke masjid.

Sebelah kiri, ada satu jalanraya sibuk yang perlu dilintas. Lepas tu, sudah boleh lalu celah-celah bangunan yang kiri kanan ada kedai.

Suhu pagi itu, 13 darjah celcius.

Dah cukup ahli rombongan, kami pun berjalan lah ke masjid. Ada ketika, kami masuk ke perkarangan masjid, mutawwif bercerita di situ. Walaupun di luar waktu solat, ada je orang berehat di perkarangan masjid. Ada juga kawasan, sedang dibersihkan oleh pencuci.

Rupanya, ada 2 buah muzium di luar Masjid Nabawi, dan beberapa buah masjid kecil di sekitarnya. 

Ini adalah Masjid Al Ghamamah

Jarak cuma jalan kaki saja, ye. Hari ni takde naik bas. 

Rasulullah SAW suka pilih tempat lapang di padang pasir untuk tunaikan solat sunat hari raya. Tapi menjelang akhir hayat baginda, Masjid Al-Ghamamah jadi pilihan utama baginda untuk tunaikan solat sunat tersebut. Asalnya, masjid ini dikenali sebagai Masjid Musalla, tapi kini lebih dikenali sebagai Masjid Al Ghamamah. 

Selain masjid ini, kami ziarah juga Masjid Saidina Abu Bakar RA dan Masjid Saidina Ali.

Kubah Makam Rasulullah

Hari tu ziarah di malam hari. Hari ini, di siang hari. Alhamdulillah. Ucap salam kepada baginda Rasulullah SAW. 

Daripada Abu Hurairah, bersabda Rasulullah SAW bermaksud,"Barang siapa yang mengerjakan haji lalu ia menziarahiku selepas wafatku seolah-olah ia telah menziarahi semasa hidupku." 

Masya-Allah. 

Lepas tu, kami ke perkuburan Baqi'. Tak delah masuk. Cuma di luar sahaja.

Di kawasan antara masjid dan hotel, ada lalu supermarket yang orang ramai kenal.

Bin Dawood

Lalu je, tak singgah. Masa di Mekah, saya masuk dalam supermarket. 

Tamat sudah program di siang hari. Sambung aktiviti masing-masing sementara itu, sebelah malamnya, ada aktiviti Night Walk Masjid Quba. Ada ziarah di siang hari, entrinya di sini, tapi kali ni, pergi waktu malam pula. 

Lepas Isyak, jalan kaki lalui Masjid Nabawi. Kemudian naik buggy, di perhentian buggy, sampai ke Masjid Quba.

Sampai sana, solat dulu di masjid. Kami, bagi kucing jalanan makan lagi. Masjid Quba ni cantik waktu malam, dengan lampunya. Dan di situ juga, ada banyak tempat makan.

Masjid Quba waktu malam.

Kami 3 beradik

Sebab lapar dan banyak berjalan, ada rasa lapar.

Beli Shawarma lagi. 

Sekian cerita pada 29 Januari. Sambung lagi nanti, ye. 💗

28 comments:

  1. Cerita bab haid begini, bagi saya bagus dan bukan memalukan. Sebab ini perkongsian pengalaman cara menghadapi situasi haid semasa umrah, faham tentang rezeki dan pergantungan penuh kepada-Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie. Terima kasih, ye. Semoga bermanfaat kepada pembaca yang dalam kemusykilan.

      Delete
  2. Betul macam ustaz, ustazah cakap juga. Semua aturan Allah. Ada hikmahnya.
    Cantiknya Masjid Quba di waktu malam. Rindu sangat2 Madinah & Mekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul.
      Insya-Allah, nanti adalah tu rezeki Mulan untuk kembali ke sana.

      Delete
  3. Penuh aktiviti.
    Walaupun uzur boleh buat perkara lain yang mendatangkan pahala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, itulah, rasa cepat masa berjalan sebab penuh masa di sana.
      Betul, betul.

      Delete
  4. Seronoknya baca cerita Nur, seolah² kita berjalan² menziarah bersama Nur. Kita tunggu cerita 30 Jan pulak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, SK. Tambah semangat saya nak terus menulis.

      Delete
  5. Sejuk ye Madinah sekarang. Rindunya!
    Sy pun dulu tak ambil pil, byk berdoa dan alhamdulillah semuanya lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu saya pergi hari tu, mutawwif cakap, sudah hujung musim sejuk.
      Alhamdulillah, Allah memang banyak tolong di sana, ye.

      Delete
  6. Faham sangat perasaan bila datang haid waktu dekat sana...kita datang dari jauh....mmg betul2 nak beribadah tiba2 haid...Allah jer yang tahu perasaan tu...rasa kerdil sangat...x per jadi dekat Madinah...saya jadi dekat Mekah...tapi zikir jer banyak2...Moga Allah ampunkan dosa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ada hikmahnya, kan, Sueann. Kita cuma hambaNya yang tidak punya daya. Allah tahu apa yang baik untuk kita. Huggsss...

      Delete
  7. terima kasih kak, cerita yg sangat detail tapi santai... teringin sangat nak ke sana kak.. tp mcm2 dirisaukan sb keadaan pesakit spinal cord injury ni sentiasa ke toilet.. tp kalau Allah dah panggil insyaAllah Dia akan memudahkannya... stp kali org ke sana pasti lady akn tanye susah x ke tandasnya.. huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Lady. Kalau tandas Masjid Nabawi, kena turun tangga atau eskalator, jadi agak susah la, Lady, sebab ber-wheel chair. Tapi jalan semua ada ramp, jadi Insya-Allah, tiada masalah tolak kerusi roda, sama ada di madinah atau mekah.

      Delete
  8. Oooo, tengah sejuk sana eh? Ada batuk2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah penghujung musim sejuk, mutawwif cakap. Saya Alhamdulillah, uncle, masa di sana takde batuk. Dah balik baru batuk. Sekarang sudah kurang.

      Delete
  9. Skr ini sudah tidak tabu nak bicara haid atau lainnya. Apalagi demi tujuan pembelajaran kan.

    Oh ic.... JD kakak Krn memang tidak sesuai dengan obat stop haid itu yaaa.

    Tapi benar, dapat haid saat umroh pun sbnrnya bukan hal memalukan. Toh kita masih bisa melakukan ibadah yg lainnya ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, orang sudah mulai terbuka bicara tentang haid.
      Iya, Fanny. Tak boleh makan. Ada sejarah, haid jadi lebih lama.
      Syukur saja, apa yang berlaku, ujian untuk kita, kan.

      Delete
  10. ilmu yang sangat-sangat berguna ni kak untuk kami yang belum pernah sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Afzan. Semoga bermanfaat di masa nak pergi umrah.

      Delete
  11. Saya ambil sebagai ilmu walaupun segan bila baca. 😅

    Masjid sekitar tu ada berapa buah? Sejuk mata tengok Masjid Quba tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. tak yah la nak segan, ilmu rumahtangga ni, takut future wife tanya di kemudian hari. :)
      Yang keliling Masjid Nabawi, ada 3 buah masjid lain yang kecil-kecil. Kalau mutawwif tak cerita, akak pun tak perasan yang itu adalah masjid.
      Masjid Quba memang cantik, waktu siang dan malam. Masjid pertama, yang Rasulullah SAW bina.

      Delete
  12. Penglaman yang menarik dan baik untuk dikongsi pada rakan pembaca.

    ReplyDelete
  13. ok dah terjawab persoalan saya di entry yg sebelum ni. yelah lain org lain penerimaannya pada pills

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... ye, Ammi. Itu la, banyak tawakal je, dan doa masa kat sana.

      Delete