Cerita umrah disambung dengan apa yang berlaku pada hari Khamis, 6 Februari 2025.
Selepas sarapan, saya pergi melakukan tawaf wida, atau tawaf selamat tinggal. Kok dan Atam pergi terus selepas subuh. Saya berhajat nak cuba tawaf di tingkat 1. Saya masuk ke Masjidilharam ikut pintu paling dekat yang dibuka. Saya tak tahu jalan, jadi saya bertanya kepada tukang sapu Masjidilharam. Masuk ke ruang solat, dan ada laluan ke tempat melakukan tawaf.
Saya buat seorang saja, tawaf wida. Alhamdulillah, berjalan lancar. Boleh nampak Kaabah di sesetengah tempat. Ada sesetengah tempat, ada pembinaan sedang berjalan. Boleh terjumpa ahli rombongan bas kami beberapa orang. Walaupun pusingan tawaf lebih besar di tingkat 1, banding jika kita buat tawaf di bawah dekat Kaabah, tapi saya sentiasa berjalan tanpa henti. Orang kurang di atas, banding di bawah. Tiada tolak-tolak, lancar sahaja.
Saya nampak ada 2 orang cacat penglihatan, buat tawaf, solo je. Masya-Allah.
Di tingkat 1 ni juga, adalah tempat orang yang upah orang tolak wheel chair mereka. Orang yang diupah tolak wheel chair ni, semua kurus-kurus. Ye la kan, kerja dia, satu hari, berapa kali pusingan tawaf la. Berpeluh baju orang yang kerja tolak wheel chair ni. Bila dia belakang kita, sebab dia tolak laju, dia akan cakap kalau perempuan,"Hajah, hajah", suruh kita ketepi. Kalau lelaki, dia jerit dari belakang,"Haji, haji," suruh orang beri laluan.
Masa tawaf wida pusingan terakhir, saya ada doakan lagi sekali, agar pembaca blog yang saya kasihi sekalian, dijemput menjadi tetamu Allah. Aminnn....
Alhamdulillah, lepas selesai tawaf wida, saya masuk ke ruang solat wanita dalam Masjidilharam, untuk solat sunat tawaf. Cantik sangat dalam Masjidilharam tu. Selesa dan ber-aircond, sejuk je tempat solat.
Lepas tawaf wida ni, kita tidak digalakkan selfie atau ambil gambar, atau pergi shopping (kecuali beli makanan) dan lain-lain aktiviti yang seperti melengah-lengahkan masa di Masjidilharam.
Saya kembali ke bilik hotel. Jemaah diminta meletakkan bagasi masing-masing di luar pintu bilik. Semua bebas melakukan aktiviti sendiri, sementara menunggu waktu dibawa ke Lapangan Terbang Jeddah untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Saya mandi, salin pakaian, tidur, dan makan di bilik. Kok dan Atam ada belikan murtabak dan roti telur dari Safwa Tower. Juga, kemas barang apa patut.
Pukul 12 tengahari, kami check-out bilik, serahkan kunci bilik pada reception hotel. Lepas tu, berkumpul di parking bas di tingkat minus 2 Clock Tower.
Selesai semua orang naik bas, kami pun bertolak ke Jeddah.
Lebih kurang jam 1.30 tengahari, kami tiba di Hentian Bas Jeddah Airport. Solat dan makan tengahari packed meal yang telah disediakan oleh agensi. Di tempat ini, kami kena sidai lamaaaa sangat.
Nama pun waiting hall. Berjam-jam kami menunggu di sini. Tapi sini lengkap ada tempat solat, bilik air yang selesa, vending machine, dan dapat teh percuma sorang satu.
Bila perhati cuaca di luar masa di Jeddah, sejuk dan angin kuat. Bila jalan, kena pegang tudung, takut terselak.
Pukul 6 petang, barulah kami bertolak ke Airport Jeddah. Kami melalui proses check-in dan masuk bangunan satellite ke gate penerbangan. Masa tengah check-in bagasi tu, azan maghrib pun berkumandang.
Masa dalam tren ke tempat pelepasan antarabangsa. Luas train dia. Takde orang mungkin sebab time tu, waktu maghrib.
Sesampai saja kami di Plaza Premium Lounge, yang untuk tiket kelas perniagaan, Kok jaga bag, manakala Atam dan saya pergi solat di tempat solat.
Gambar dalam lounge. Tapi, lounge di Malaysia lebih cantik dan luas, banding lounge di Jeddah ni. Makanan buffet dia kurang. Dan makan guna sudu garfu plastik pulak tu. Errr...
Dapat berehat di sini, lunjur kaki, Alhamdulillah. Kok dan Atam lepas tu keluar sekejap, pergi shopping chocolate. Tempat duduk sini semua ada tempat charge handphone. Yang tempat duduk yang ada meja makan pun ada. Banyak ruang kosong waktu kami ada di sana.
Saya ambil nasi sikit, meatball, shepherd pie sikit, lauk ayam stim sikit. Simpan perut, nanti dalam kapal terobang nak makan lagi. Dah la waktu malam flight, time tidor disuruh makan. Huhu..
Tiket, tiket. Jam 10.05 malam, kami berlepas dari Jeddah. Sedih rasa dalam hati. Sudah mau balik.
Pengalaman yang paling berharga dalam hidup saya, dapat mengerjakan umrah dengan kakak-kakak saya. Syukur, Alhamdulillah. Rasa macam mimpi pun ada, saya first time travel ke luar negara. Sangat happy dan bersyukur atas segala nikmat Allah beri.
Video pendek trip umrah. Kredit Kok.
Terima kasih, sudi baca cerita sepanjang saya mengerjakan umrah. Saya tulis berturut-turut setiap hari, kalau lengah, takut saya lupa. Untuk kenangan dan rujukan di masa hadapan.
Jumpa lagi di lain entri. Salam Jumaat yang berkah, kome... 💗
Tq doakan.
ReplyDeleteBiasalah akan rasa hendak datang lagi.
Nak tanya mengapa tawaf sorang-sorang? Apapun alhamdilillah berjalan lancar.
Alhamdulillah selamat sampai, sempurna Umrahnya. Terima kasih doakan kami semua. Moga dijemput ke Tanah Suci nanti. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian dan doa buat kami. Moga dijemput ke Tanah Suci.
ReplyDeleteWalaupun manusia dekat sana berjuta orang, x ada pun bau busuk atau sampah merata-rata kan..semua seakan perfect..rindu..moga Allah dengar rindu ni...
ReplyDeleteTerima kasih atas doa awak Tot 💙
ReplyDeleteMemang suatu pengalaman yang teramat indah - pertama kali ke luar negara, buat ibadah umrah bersama kakak-kakak, naik flight business class dan ditaja pula oleh kakak tersayang. Banyak sungguh nikmat Allah buat Tot.
Bestnya dapat rasai pengalaman di sana. Terima kasih juga doakan rakan blogger. Semoga dikurniakan rezeki untuk ke sana juga 1 hari nanti.
ReplyDeleteTawaf wida adalah tawaf paling sayu...
ReplyDeleteYeay! Ada bideo!
Terima kasih kongsi pengalaman berharga ni. Seronok baca journey umrah macam ni. Semoga akak diberi kesempatan untuk tunaikan haji pulak lepas ni.
ReplyDelete