Sunday, February 23, 2025

Masak dan makan apa

 Sepanjang saya di Tanah Suci, kesian suami dan anak-anak, makan nasi bungkus. 😁 Suami kadang time mood rajin dia datang, ada juga hasilnya. Tapi dia cakap, dia banyak OT masa saya tiada. Jadi, Sulaiman (anak bongsu) kena cari makan sendiri. Mujur juga Sulaiman sudah lulus lesen motor. 

Jadi, kita pun kembali masak-memasak bila dah balik ni. Mari kita tengok, saya nak share gambar makanan je dalam entri ni. 


Spagetti goreng ni, saya masak pada 10 Februari lepas. Goreng style goreng mee. Bubuh kicap bagai. 


Pada 11 Februari, suami ajak pi makan kedai makan tepi sawah di Bota. Nama kedai makan, Restoran Hamizi Selera Utara. Lokasi di tepi jalan utama nak ke Ipoh, tepi sawah padi. Lauk pauk dia pelbagai.

Penerangan dalam gambar di atas, kami makan nasi lauk ikan bakar. Ambil air asam dan ulam-ulaman. Tak perlu ambil lauk lain. Makan macam ni je, selera dan nikmat. Kalau lepas basuh tangan, lepas tu cium tangan, ada bau belacan lagi dari air asam tu, sedap ler tu! 😁


Pada 12 Februari, sarapan di Restoran Nasi Ulam Lumut Ala Thai. Saya ambil lauk ayam gulai, sambal belacan dan sayur jelatah.


Suami ambil nasi kerabu, ada lauk daging kunyit dan telur masin.

Kat restoran ni, layan diri. Ada pelbagai nasi dan lauk pauk juga. Selain nasi kerabu, ada nasi putih, nasi lemak dan nasi dagang. Ada laksam, lontong, dan lain-lain lagi.


Pada 13 Februari, ada pergi pasar, beli bahan mentah. Saya masak daging goreng kunyit. Saya masak dulu daging dalam pressure cooker. Lepas tu, goreng dengan bawang, cili, serai dan serbuk kunyit sikit. Tak berapa nak kuning daging kunyit saya. Tapi rasanya, tidaklah mengecewakan. Alhamdulillah.


Ada goreng telur dadar juga, lauk tambahan.


Pada 14 Februari, saya goreng ikan mabong. Besar saiz dia, saya potong 2 seekor ikan. Ada 3 beranak je di rumah, saya, suami dan Sulaiman. Goreng sekadar berapa nak makan.


Daging goreng kunyit yang dimasak semalam, sudah pun tinggal banyak ni je. Suka ye, ambil gambar dalam kuali. Takde nya saya nak hidang dalam pinggan lawa-lawa. Senang nak panaskan. Dengan kuali-kuali saya letak atas meja makan, lapik coaster gabus. Periuk dan kuali masakan, saya tak boleh biarkan di luar. Sebab dapur saya, dapur luar dan open. Kalau tinggal luar, nanti kera liar yang buat lauk, depa makan. 


Bila ada ikan goreng, kena ada budu. Minta tolong suami, tolong ambilkan ulam raja di luar pagar. Kita malas nak keluar rumah, kena sarung tudung bagai. Suami ambik punyalah banyak ulam raja, bagaikan tiada hari esok. Bertuah sungguh suamiku. Dalam budu, ada letak cili padi, bawang dan kacang panjang (hasil tanam sendiri). Alhamdulillah.

Eh, ok la ye. Nanti kita kumpul banyak-banyak gambar makanan, kita share lagi. 😁💗

2 comments:

  1. Bestnya dari atas sampai bawah, semua makanan dan lauk yg sy gemar. Sy pun suka makan ikan bakar cicah air asam dengan ulam² aje, tak nak campur lauk lain, nanti nikmatnya tak tahu yg mana satu. Nanti sy pun nak belajarlah tanam ulam² kat laman sejangkang cicit kera ni, tanam dalam pasu pun hidup kan.

    ReplyDelete
  2. Segar betul ulam raja tu sedap buat ulam.

    ReplyDelete