Cerita umrah disambung dengan apa yang berlaku pada hari Selasa, 4 Februari 2025.
Pada hari tersebut, jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.
Syukur Alhamdulilah, saya sudah habis datang bulan dan boleh solat sepenuhnya. Dalam hati, sangat happy.
Pada hari tersebut, Kok nak buat trip down memory lane, menjejak hotel dan tempat yang dia pernah pergi dahulu, semasa Kok pertama kali buat umrah bersama arwah Mama kami. Atam ikut, tapi saya tak ikut kakak-kakak, sebab semalam trip naik Jabal Nur tu, lutut saya ada rasa sengal-sengal. Jadi, saya nak rehatkan kaki dan kurangkan jalan jauh.
Lepas siap sarapan, makan ubat, solat dhuha di bilik, seorang lagi roomate kami, Kak Didi, baru masuk bilik. Dia nampak saya yang waktu tu tengah solat, lepas selesai, dia ajak saya, nak ikut dia pi buat tawaf sunat tak, sebab nampak saya sudah tak uzur. Saya on je.
Kami pi ramai-ramai, Kak Didi, Kak Fatin, Naeim (ni nama pompuan tau), Kak Yaya dan beberapa orang kakak-kakak lagi. Bila kita satu bas, walaupun tak kenal nama, kenal muka, sebab mana-mana pergi ziarah, bersama-sama.
Kak Fatin lead the way. Masa pusingan pertama tawaf, saya perasan yang Kak Fatin makin lama, makin menghampiri Kaabah. Kami ikut ramai-ramai dari belakang, orang belakang ada yang pegang tudung, ada yang pegang bahu.
Rupanya, memang Kak Fatin nak bawa kami pegang Kaabah. Lagi menghampiri Kaabah, lagi ramai orang. Dalam 10 minit jugalah kami dekat sangat dengan Kaabah, tapi masih tak dapat sentuh, sebab orang penuh sangat! Doa, semoga Allah permudahkan, ya Allah. Tak lama lepas doa, seorang demi seorang dari kami dapat sentuh Kaabah. Tapi, bukan mudah.
Lepas akak sorang dapat, undur diri, beri ruang kepada adik di belakang pula, seorang demi seorang. Bila giliran saya untuk rapat, rasa macam mimpi je. Tangan saya menghampiri Kaabah. Dapat sentuh dinding Kaabah. Masa tu, dalam 5 saat, apa pun tak dengar. Hilang segala bunyi orang ramai dan bunyi di sekeliling. Hanya saya dan Kaabah. Masya-Allah, tak tahu nak cakap camana. Tiba-tiba rasa badan kena himpit, serentak dengan itu, ok, bunyi sekeliling semua kembali. Baik, saya beri laluan kepada orang belakang saya, Kak Yaya pula untuk ke depan.
Tapi, bukan senang. Sangat sempit tempat kami berdiri. Saya hanya mampu pusing, tapi tak boleh bergerak. Saya lihat orang di belakang yang ingin ke depan. Saya cakap, saya nak keluar. Dan seorang lelaki, saya tak kenal, tarik lengan saya keluar, serentak itu, Kak Yaya dapat ke depan.
Masa tawaf ni, wuduk kita tak batal, walaupun bersentuh laki dan perempuan. Memang hukumnya. Cuba bayangkan kalau batal wuduk, jenuh kita nak kena ambil wuduk selalu, sebab mustahil kita tak bersentuh dengan orang di sebelah kita di celah-celah orang ramai tu. Lagi satu special case di Mekah, kita boleh solat sunat sepanjang masa, tak kira waktu di Masjidilharam.
Lepas saya dapat keluar je, saya tunggu kakak-kakak yang lain di tempat lapang. Ya Allah, rasa sangat happy dan macam mimpi, dapat sentuh Kaabah. Kami melepaskan lelah sebentar, minum air zam-zam yang ada disediakan di tepi. Alhamdulillah, syukur kerana Allah permudahkan.
Lepas saya cakap terima kasih pada Kak Fatin, kerana bawa kami pegang Kaabah, saya cakap pada dia yang saya nak buat tawaf sunat seorang. Dia cakap, ok.
Lepas niat tawaf sunat, saya pun mulakan la. Solo. Saya rasa, buat tawaf seorang lebih senang dan tidak ada rasa risau akan terpisah dari group kita. Boleh fokus. Sebab kita solo, kita mudah mencilok di tempat lapang. Kita mudah elak orang. Jalan je, tak ada berhenti-berhenti pun masa saya tawaf sunat seorang hari itu. Alhamdulillah. Cuma kena jaga bahu kiri yang harus mengadap Kaabah, jadi kita bergerak macam jalan ketam la, ke kanan dan ke kiri dengan cara jalan ke tepi.
Seronoknya, ya Allah. Santai-santai saya tawaf hari itu, sambil berzikir, sambil berdoa. Alhamdulillah, habis 7 pusingan, selesai tawaf sunat.
![]() |
Muka gembira selesai tawaf sunat. |
Terus rasa lapar, macam habis tenaga. Saya masuk ke Clock Tower, pergi tingkat 3, cari makan.
Pusing-pusing food court, jumpa kedai yang kurang orang.
![]() |
Best Food, menu dia ada burger, pizza, shwarma, sandwiches. |
![]() |
Pesan set burger ikan. |
Burger ikan dia besar. Dengan kentang goreng, dan teh o panas. Harga set, 21 riyal. Cari tempat duduk, makan. Lega, Alhamdulillah.
Sementara tunggu masuk waktu zohor, jalan-jalan cuci mata di mall.
![]() |
Zohor di dewan solat wanita di tingkat 10. |
Lepas tu, istirehat di bilik saja. Syok dapat jalan sorang-sorang, suka hati.
Lepas Asar, Atam ajak jalan-jalan. Kami jalan-jalan di dataran Masjidilharam.
![]() |
Bangunan Mekah Tower |
Kat sini kiri dan kanan ada eskalator tinggi. Orang selalu ambil video dari atas, turun ke bawah, sebab di hadapannya, nampak Masjidilharam yang cantik.
![]() |
Lokasi Mekah Tower di sebelah kiri Clock Tower. |
Dari dataran, kami naik ke rooftop Masjidilharam. Saja, sebab tak pernah naik. Nak tengok camana.
![]() |
Tingkat rooftop. |
Ada ramai orang rehat-rehat, duduk-duduk. Ada juga yang solat.
![]() |
Selpiaq satu, sebagai kenangan. |
Pejam celik, pejam celik, dah hari ke-9 dah trip umrah. Alaa... cepat betul hari berlalu masa kat sana.
Sambung lain entri. 💗
masa ammi tawaf sunat pun ammi buat solo supaya suami pun boleh tawaf dengan tenang tanpa perlu fikir ammi dibelakang. kita janji jumpa di mana je lepas tu
ReplyDeleteKan, bila solo, kita boleh fokus doa, tak perlu risau benda lain.
DeleteDoakan saya dan keluarga berkesempatan ke sana juga suatu hari nanti.
ReplyDeleteSaya sudah doakan dah, masa di sana, encik. :)
DeleteSeronok juga ye tawaf solo, mmg kita boleh fokus sepenuhnya.
ReplyDeleteRindu la nak ke Masjidil Haram lagi 🥹
Betul, PH.
DeleteSemoga ada rezeki PH untuk ke Masjidil Haram lagi. Amin.
Saya lama tidak pergi. Harap-harap dapat pergi haji dalam masa terdekat. Amin.
ReplyDeleteMasa kali pertama pergi dapat sentuh hajar aswad.
Wah, saya tumpang seronok, Na. Semoga Na dapat panggilan haji dalam masa terdekat ni. Amin...
DeleteBestnya, dapat sentuh hajar aswad. Alhamdulillah.
Rezeki dapat sentuh kaabah. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSyukur, Alhamdulillah. :)
DeleteTak ramai orang eh masa sentuh kaabah? Takde tolak2?
ReplyDeleteRamai, uncle. Tolak-tolak sampai tak boleh bergerak. Stuck.
DeleteSaya pun tumpang rasa seronok dan teruja waktu pegang Kaabah tu walaupun takde kat sana.
ReplyDeleteMekasih. Insya-Allah, ada rezeki Bola Katok nanti untuk ke sana. Amin.
DeleteAllahu.. kenapa sy rasa macam ada kat sebelah Nur aje bila baca ceritanya. Sampai beul, cara penceritaan Nur ni.
ReplyDeleteMekasih, SK. Alhamdulillah.
DeleteJelas terpancar wajah gembira awak Tot dapat buat tawaf sunat. Alhamdulillah!
ReplyDeleteSeronok juga sesekali bergerak solo, lebih fokus pada diri dan persekitaran.
Ha ah, Ujie, dalam hati rasa aman dan berbunga-bunga. :)
DeleteYa, lagi pun, lebih kusyuk doa. Kita cakap dengan Allah je.
akak, lady suka blog yg hari tu.. yg semalam... hihihi.. putih bersih... tp yg ni pun cantik...
ReplyDeleteAkak tukar template, sebab yang sebelum ni, tak reti nak edit, tu tukar yang lebih simple. :)
Deletemengalir air mata lady time akk citer dapat sentuh kaabah... hilang kebingitan dunia sekeliling.. terasa nikmat itu kak.. terasa di hati..
ReplyDeleteAllahuakbar. Betul, Lady. Walaupun tak lama, tapi terkesan dalam hati akak masa dapat sentuh tu.
DeleteAlhamdulillah dipermudahkan kan. Rindunya nak ke sana lagi. Dah banyak perubahan sejak 2022. Tawaf sunat solo memang aman tak ikut orang lain kan.
ReplyDeleteYa, Mulan. Insya-Allah, ada rezeki Mulan untuk ke sana lagi. Amin. Betul, boleh fokus bila kita buat seorang.
DeleteYaaa kaaaan, macam waktu berhenti saat kita berhasil pegang Ka'bah . Saya menangis pun iya juga. Memang best moment sangat saat itu.
ReplyDeleteSaya tak berani buat sendiri. Selalunya berdua suami. Sebab saya ini buta arah kak. Dan mudah panik di tengah banyak orang. JD memang selama di sana saya pasti ada temannya yg bantu bimbing saya. Kebanyakan dengan suami juga.
Iya kan, Fanny. Susah nak describe waktu dapat sentuh Kaabah tu. Memori yang akan kekal sampai bila-bila.
DeleteOh, begitu rupanya. Nasib baik ada suami menemani. :)
Baru teringat tidal boleh pegang Kaabah waktu tawaf sebab boleh batal, tidak sah tawaf. Baru baca balik buku pasal haji.
ReplyDeleteTerima kasih atas info, Na.
DeleteSaya tahu, itu pasal saya start tawaf semula seorang diri tu.
Baca buku pasal haji? Na dapat tawaran pergi haji ke, tahun ni? :)