Cerita umrah disambung lagi... ke... kome bosan ke, saya asyik cerita umrah je ni? Huhu... saya ni suka cerita mengikut kronologi. Berturutan gitu. Nanti saya cerita pasal benda lain, dah macam lari pula mood. Hihi... sabor ye.
Sambung peristiwa yang berlaku pada 31 Januari 2025 yang lepas. Pada hari itu, jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri, sementara menunggu waktu untuk bertolak ke Mekah dari Madinah.
Lepas sarapan, sudah kena bawa keluar bagasi di luar pintu bilik, supaya deme boleh tolong angkut letak dalam bas. Kalau lambat letak, sendiri kena bawa turun.
![]() |
Kubah hijau makam Rasulullah |
Kemudian, saya bersama Kak Didi dan Kak Fatin pergi ke Masjid Nabawi, untuk ziarah Wada' atau ziarah selamat tinggal dengan menziarahi makam Rasulullah SAW sebelum meninggalkan Madinah.
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarah kami ini ziarah yang terakhir, jemputlah kami datang lagi, ya Allah. Aminnn....
Tanggal 31 Januari tu, hari Jumaat. Kesemua jemaah dinasihatkan untuk solat luar masjid (di perkarangan yang dekat dengan pintu keluar) supaya tak ambil masa untuk sampai ke hotel. Sebab lepas solat Jumaat, ada sikit masa untuk makan, balik bilik ambil hand carry luggage dan akan terus bertolak.
Waktu kursus umrah, saya sudah pun maklumkan pada Kok yang kami nak naik bas. Tapi entah camana, agensi kami sudah belikan tiket train untuk kami satu bilik, jadi kami semua akan naik tren ke Mekah. Trip yang pertama pula tu. Mutawwif sudah maklumkan hari sebelumnya, yang hotel di Mekah akan bertukar (bukan hotel asal yang telah diberitahu akan inap) sebab ada masalah teknikal di hotel Mekah, tapi masih lagi hotel di Clock Tower.
Masa ni memang menguji betul kesabaran sebab bas ke tren station cuma 1. Tapi train tiket ada 3 trip. Kami yang trip paling awal ni, sudah risau takut tak sempat sampai.
![]() |
Tiket train laju ke Mekah |
Trafik pada hari Jumaat juga agak sesak, ye, tak macam hari biasa. Walaupun ikut google maps, perjalanan dari hotel ke train station cuma ambil masa 15 minit, tapi masa pukul 2.10 petang, kami masih duduk situ dalam bas, tunggu ahli jemaah yang lain naik bas. Masa itu barulah tahu pentingnya kerjasama setiap orang dalam bas kita.
Ada yang sudah soal dalam group wasap bersama agensi, apa backup plan sekiranya kami tak sempat naik tren? Mutawwif jawap dengan tenang, insya-Allah sempat.
Dipendekkan cerita. Saya pun tak tengok dan tak berani tengok jam. Berserah je dan berdoa. Kami sampai ke tren station 20 minit sebelum tren kami nak berlepas. Tren kami gerak pukul 2.50.
Mutawwif group kami pula tiada, dia iringi jemaah yang naiki bas. Mereka akan singgah sebentar di Bir Ali untuk bermiqat dan siap sedia berpakaian ihram.
Manakala kami, jemaah yang naik tren pula, diiringi mutawwif lain, comel je, saya tengok, macam besar anak sulung saya, Amirul. Sampai-sampai saja train station, mutawwif tolong bantu keluarkan wheel chair untuk ibu seorang jemaah dari dalam tempat simpanan bas.
Kami yang lain terus berlari masuk stesen. Masa ni, orang yang check tiket tu biasalah, orang Arab, muka masam je. Barulah kita tahu betapa bagusnya layanan orang Malaysia yang sentiasa dalam senyuman. Dia cakap Arab, kita cakap melayu campur English.
Tapi masam-masam muka orang train tu pun, dia check tiket kami dan halakan kami ke arah masuk platform yang betul dan dia bagi kami lepas, tanpa scan QR kod. Masya-Allah, memang Allah tolong kami, permudahkan urusan kami. Ada satu group jemaah Indonesia (boleh kenal, sebab telekung mereka warna terang dan warna-warni), tengah tunggu giliran untuk scan tiket, dan kami bypass mereka, sebab masa dah suntuk sangat-sangat.
Jarak pun boleh tahan ye, dari pintu keluar train ke platform tu. Berlari la kami, sambil tengok nama train di papan tanda yang ada display dan platform mana satu. Saya tangan kanan drag hand carry luggage, tangan kiri angkat kain jubah tinggi-tinggi sebab kami memang berlari. Hilang semua sakit lutut tak tau pi, Allah tolong, boleh lari laju.
Ada tren di platform 1, train number betul dah, 0143. Kami tuju situ. Panjang tau, train dia. Dia punya muncung train paling dekat ni, sudah mula tutup pintu. Masya-Allah... kami punya coach, 008, nun kat depan. Tambah speed, Kok jerit dari depan. Yang akak-akak belakang tu siap jerit, "Wait! Wait!"
Ya Allah... tambah panik aku je la. Nak gelak pun ada, sebab masing-masing kome bayangkan la, nasib baik pakai seluar kat dalam. Kain jubah angkat bukan main tinggi lagi tau, sebab lari kejor train.
Saya tak mahu dan tak sampai hati nak check orang belakang, yang abang-abang, pakcik-pakcik yang berpakaian ihram tu, takut boleh terlucut kalau tak pakai tali pinggang haji betul-betul. Yang tolak wheel chair pulak camana gayanya, mesti masuk gear 4. 🙈
Masya-Allah. Nasib baik kami ni runners, semua pernah masuk marathon. Alhamdulillah, sempat juga masuk pintu coach kami sebelum pintu nak tutup.
Syukur Alhamdulillah. Nyaris, wei... adoi.... penuh group wasap agensi kami, dengan rungutan jemaah, tolong perbaiki masa aturcara tu, bior tak sempat makan takpe, jangan tertinggal train. Copot jantung kejar train. Udah macam Amazing Race pun ada. Adoi... yang ada asma terus kena pam inhaler, semput, wei, lari laju.
![]() |
Saya, Kok dan jemaah yang lain selamat masuk, jumpa tempat duduk. |
Alhamdulillah. Tak mahu la. Lain kali naik bas la, orang dah cakap dah. Lebih rileks. Tapi benda dah jadi, tiket pun dah beli. Syukur Alhamdulillah, semua selamat.
Sebaik saja train bergerak, ada pengumuman dalam train, mengingatkan para jemaah, dalam bahasa arab dan english, untuk pasang niat ihram mengerjakan umrah.
Niat bersyarat Orang Perempuan
Ketika keadaan Haid:
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, dan sekiranya haid aku berterusan sehingga tarikh aku pulang, maka halallah aku."
Ketika keadaan suci:
"Sahaja aku mengerjakan murah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala, dan sekiranya aku terhalang oleh haid atau perkara lain, maka halallah aku."
Pagi tu, saya ada datang haid, jadi saya baca niat yang pertama, ketika keadaan haid.
![]() |
Halaju paling tinggi train, 300 km sejam |
Walaupun untuk orang perempuan sudah menopause, mutawwif ada berpesan untuk masih pasang niat yang kedua. Sebab bumi Mekah ni, apa-apa boleh jadi. Apa kita doa, Allah bagi, tau. Ada kes pernah terjadi, makcik umur 60 tahun, tengah buat umrah boleh datang haid balik. Siapa sangka, kuasa Allah.
Saya attach video dalam train, laju sangat.
Train ada singgah di beberapa stesen, iaitu Stesen King Abdullah Economic City, Jeddah dan last sekali, stesen Mekah, kami turun.
Ini pula video masa nak sampai stesen Mekah, dari jauh boleh nampak Clock Tower.
Sampai saja, turun, jemaah solat maghrib di stesen saja, kemudian kami bertolak naik bas untuk check-in hotel Mekah pula.
Sepatutnya, kami check-in Swissotel Al Maqam Makkah, tapi kami ditukarkan ke ZamZam Pullman Makkah. Saya ok je. Sebab masih di Clock Tower. Saya ada baca kes tukar-tukar hotel ni, biasa terjadi di Mekah, di musim puncak.
Baiklah. Saya sambung cerita buat umrah di entri berikutnya. Sangatlah tidak sangka. Rezeki Allah nak bagi. Itu pasal kena minta dan doa yang baik-baik. Tunggu naaa... 💗
Memang dugaan bila kat Mekah ni.... macam2 benda unexpected jadi kan.
ReplyDeleteMoga Allah menjemput Cuya sekeluarga ke sana satu hari nanti. :)
Betul, Cuya. Allah nak uji kita, dari setiap sudut.
DeleteAminn... insya-Allah, akan ada rezeki Cuya dan keluarga untuk ke tanah suci.
Dup dap dup dap baca entry kali ni.....
ReplyDeleteHihihi....
DeleteSaya baca pun risau. Nasib baik sempat masuk train. 😅
ReplyDeleteItu la. Tak mahu lagilah jadi camtu. Nasib baik Allah tolong.
DeleteBest je baca tak bosan pun. Sekurang2nya dapat feel berada di sana. Hihi
ReplyDeleteTerima kasih, Cie. :)
Deleteakak....semput juga ni berdebar-debar sambil tergelak pun ada,alhamdulillah Allah permudahkan semuanya ye...tak pernah bosan baca cerita akak
ReplyDeleteYe, Afzan. Alhamdulillah, selamat semuanya.
DeleteTerima kasih, Afzan.
Ya allah. dugaan betul. nasib sempat kejar train.
ReplyDeleteYe, encik. Alhamdulillah. Dia punya kelam kabut tu, kalau boleh tak mahulah alami lagi.
Deleteterima kasih kak tulis sikit2 mcm ni, mudah untuk lady yang mudah stress ni baca satu per satu... boleh bayangkan angkat kain tinggi2 tu kejar train.. lady bayangkan lady di situ kayuh kusi roda laju2 sampai tinggal org kat belakang (kusi roda lady kalau kayuh sdri laju berbanding org tolakkan sb ia ringan untuk pesakit spinal)
ReplyDeleteSpecial kerusi roda Lady. Kalau pertama kali pergi, mutawwif nasihat naik bas je. Lebih kurang je masa sampai, tak jauh beza jika naik bas atau tren.
DeleteNaik tren cepat sikit sampai Mekah. Masa ammi kami naik bus. Rasanya lepas Asar baru kami gerak dari Madinah dan sampai di Mekah selepas jam 10. Selesai umrah pertama tu hampir ke pukul 2 pagi
ReplyDelete