Sambung cerita umrah dengan cerita pada 28 Januari 2025 yang lalu. Hari kedua Madinah.
Walau pun saya uzur, tapi saya masih ke masjid. Saya masih boleh berzikir. Saya suka tengok gelagat orang. Kedua orang kakak saya, seawal 1 jam sebelum masuk waktu, sudah gerak keluar bilik untuk dapat tempat yang baik dalam masjid.
Kok (kakak sulung) sudah sediakan makanan seperti gula-gula, biskut oat dan coklat, yang sudah dibahagikan-bahagikan dalam plastik. Ini untuk sedekah. Sedekah bukan setakat dengan senyuman, wang riyal mahupun kurma dan air minuman. Tugas sedekah makanan ni, Kok serahkan pada saya.
Pada saya, seorang introvert, yang kurang selesa sangat dengan orang ramai ni, bukanlah tugas yang mudah pada saya, pada mulanya. Saya memang keluar dari zon selesa saya tau, masa trip umrah ni.
Mula-mula memang saya rasa macam dipaksa buat benda yang saya kurang suka. Tapi saya tahu, semua yang berlaku adalah ujian. Jadi, saya banyak doa dan berserah pada Allah.
Di dalam hati saya, sentiasa ada little conversation with Allah. Kan Allah tahu, apa yang ada dalam hati kita. Dia Maha Mengetahui. Dari benda-benda kecil seperti arah tandas di mana dalam perkarangan masjid, hingga ke besar-besar benda seperti mohon Allah hentikan darah haid ini cepat-cepat supaya saya boleh cepat solat, doa-doa ini sentiasa dalam hati saya, semasa di bumi Madinah.
![]() |
Suhu Subuh pertama di Madinah. |
12 darjah celcius. Sejuk. Tapi saya masih boleh tahan tak pakai sweater. Jubah dan tudung sudah cukup. Saya rasa, membantu juga dulu saya pernah bekerja dalam bilik server, sudah biasa sejuk. Dari dulu orang selalu tanya saya, deme kena pakai blazer dan coat, saya boleh selesa berbaju kurung saja. Sebab saya rasa, saya tak sejuk sangat pun. Entah, Alhamdulillah.
Subuh di Madinah pukul 5.44 pagi.
Oh, saya ada geng tak boleh solat. Tengok, aturan Allah. Kak Didi, salah seorang roomate saya, tiba-tiba datang bulan. Dah saya ada kawan, tidak lagi bersendirian.
Lepas azan dan iqamah, saya tengok kiri kanan, kot ada perempuan yang tak sembahyang, saya pun mulakan niat untuk bersedekah. Saya tak berani berdiri di pintu pagar besar, sebab ramai orang. Jadi, saya buat cara saya, sedekah with target area, untuk orang perempuan uzur.
Saya pergi ke satu-satu tempat duduk, buka sealed bag saya yang berisi makanan, dan saya cakap,"Halal, halal. Sadaqah." Cepat habis semua makanan yang saya bawa. Ada yang belum sempat saya beredar dari tempat dia, dah dia buka wrapper biskut oat. Masya-Allah, lapor gamaknya. Alhamdulillah, dapat juga tolong orang.
Gitulah kerja saya, sepanjang saya uzur ni. Saya banyak sedekah waktu subuh je. Sampai habis sudah stash makanan saya. Alhamdulillah.
Lepas subuh je, pergi dewan makan, sarapan dan siap sedia, untuk program dalam jadual, iaitu ziarah luar kota Madinah.
Hari ni, program yang telah diaturkan adalah ziarah Masjid Quba. Kami pergi dari hotel dengan menaiki bas.
![]() |
Masjid Quba, gambar diambil sebaik tiba dengan bas. |
Apakah Masjid Quba ini?
Ia adalah masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW, semasa baginda berhijrah ke Madinah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"Sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi ke masjid Quba untuk bersolat, akan diberikan pahala seperti menunaikan umrah".
Cuaca mendung, berangin dan sejuk, ye.
![]() |
Saya bersama Kak Didi |
Sementara yang lain solat di dalam masjid, apa kami buat? Kami bagi kucing jalanan makan, sambil tengok-tengok kawasan persekitaran masjid. Ha ah, ada bawa makanan kucing.
![]() |
Kucing tompok comei. |
![]() |
Oyen kembang |
Ada beberapa ekor lain, tapi tak ambil gambar dah.
Selesai di Masjid Quba, kami pergi ke Jabal Uhud.
![]() |
Yang orang naik ni, Bukit Pemanah, mutawwif cerita. |
Bukit Uhud ni adalah bukit dari Syurga. Di sini terjadinya satu peperangan yang besar, perang Uhud, di mana telah mengorbankan bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah.
Tentera Islam yang awalnya menguasai pertempuran telah meninggalkan tempat strategik atas bukit, dan menyebabkan angkatan berkuda Quraisy Mekah mengelilingi bukit dan serang dari belakang lalu menewaskan orang Islam Madinah. Nabi SAW sendiri cedera agak teruk.
![]() |
Sudut lain Bukit Uhud |
Ramai orang di sini. Tempat parking bas semua sesak. Ada saja peniaga-peniaga kecil jual macam-macam barang seperti buah-buahan, sejadah, kopiah, dan lain-lain.
Semasa dalam perjalanan dalam bas, bas belum mula berjalan, ada salah seorang jemaah dalam rombongan share buah kurma segar yang sejuk.
![]() |
Sejuk, macam baru keluar peti sejuk. |
Ini pertama kali saya makan. Rasa sedap, macam buah plum pun ada. Pada pendapat saya, sedap lagi kurma segar sejuk ni, dari kurma yang kita makan nak buka puasa tu. 😋
Lokasi seterusnya, Masjid Qiblatain, kami tak turun, lalu dan tengok dari dalam bas sahaja.
Masjid Qiblatain adalah masjid yang mempunyai 2 kiblat, yang mana salah satunya menghadap Baitulmaqdis dan yang satu lagi menghadap Baitullah. Di masjid inilah Rasulullah SAW melakukan solat zohor yang mana 2 rakaat pertama, baginda menghadap ke Baitulmaqdis dan 2 rakaat terakhir, menghadap ke arah Baitullah.
Masjis Tujuh juga kami tak turun tengok, sekadar dari dalam bas.
Masjid inilah dimana terjadinya peperangan antara kaum Quraisy dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan perang Khandaq.
Seterusnya, kami ke Ladang Kurma. Kat sini, seperti viral di mana-mana, kita boleh makan semua jenis buah kurma percuma. Halal, halal, orang tu cakap. Cuma bila nak bawa keluar je, kena bayor. Hihi. Di sini, saya beli kacang gajus, pistachio (suami saya suka makan) dan jagung sira. Tak pernah jumpa. Sat, saya ambil gambar.
![]() |
Kudapan jagung sira |
Ha, dah sampai rumah, letak dalam balang la. Mudah nak makan depan tv. Sebab orang jual tu bagi test makan, bila rasa, sedap la pulak. Itu yang saya beli sebungkus. Sedap. Pedas sikit. Ada rasa macam popcorn.
Itu saja aktiviti pada 28 Januari lepas. The rest, buat aktiviti sendiri. Masuk waktu, pergi masjid. Hotel, jalan pi masjid, lepak masjid, balik masjid, makan.
![]() |
Makan malam. |
Saya ambil kambing, ayam dan fillet ikan. Sayur sikit. Kadang-kadang je saya makan nasi. Hidangan di hotel, ada buffet, ada nasi putih, nasi arab, lauk macam-macam, salad, buah, manisan arab, pencuci mulut kek dan sebagainya, dan minuman panas. Alhamdulillah.
Tak jemu-jemu ambil gambar bumbung Masjid Nabawi yang macam payung boleh buka dan tutup ini. Sepanjang saya ada di sana, tak pernah sekali pun saya lihat payung bumbung tu katup. Nak juga tengok live, macam dalam tv ada tunjuk. Ada sekali Kok cakap, waktu zuhur, dan waktu tu la saya tak pergi ke masjid. Erk... alahai.
Baiklah, sekian cerita hari kedua Madinah. Sambung lain hari. 💗
Besar kurma segar sejuk itu.
ReplyDeleteKira jagung sira itu jagungnya tidak keras ya macam kerepel ubi.
Ha ah, Na, agak besar juga.
DeleteTak, jagung tak keras. Ia rangup.
Baru hari tu tengok kat mana entah pasal kurma sejuk ni. Mesti sedap betul rasanya.
ReplyDeleteSedap, encik!
DeleteUncle pernah abik bideo time-lapse payung tu kuncup...
ReplyDeleteWah, nice, uncle! Untung uncle dapat tengok. :)
DeleteCatatan ni membawa sy kembali ke Kota Madinah :) itinerary lawatannya hampir sama dgn yg kami ikuti 10 thn lepas.
ReplyDeleteSy pun suka kurma di sana. Semua sedap ² termasuk kurma muda
Sudah lama ye, PH pergi umrah. Boleh rancang pergi lagi, ni, Insya-Allah. :)
DeleteKannn....
Bestnya.. boleh rasa macam mana perasaan introvert tu, memang kena paksa diri, kan.
ReplyDeleteYe, SK. Bak kata kasut Nike, Just Do It! Buang malu kat tepi.
DeleteAgaknya sekarang, dah kurang rasa introvert tu ya Tot? Hasil 'tarbiah' di Tanah Suci. hehe
ReplyDeleteSikit la, Ujie. Hehe...
Delete12 darjah C, sejuknyer kat sana
ReplyDeleteYe, Wak. Kena pakai baju sejuk.
DeleteWinter di sana bagi saya juga tak terlalu dingin. Maksudnya masih bisa kuat walau tanpa coat. Dulu saya December umroh. Cuaca sejuk juga, tp dingin yg masih bisa pakai baju biasa.
ReplyDeleteKurma muda segar seperti itu saya juga sukaaa kak nur. Saya tuh tak suka kurma yg matang, sebab lembik kan. Makanya pas coba kurma muda, saya langsung suka. Krn crunchy dan rasa dia antara jambu juga ada. Sedaaap
Begitu. Fanny lagilah biasa ke negara lebih sejuk, suhu sampai negatif, jadi sudah tentu Fanny biasa dengan cuaca di Madinah, ya.
DeleteKan, kurma muda rasanya lebih enak.
bila akak cerita pasal introvert tu saya terbayang anakdara saya,buat apa-apa berkait dengan orang ramai memang nak kena paksa...bestnya baca cerita akak,rasa macam dah ada kat sana juga
ReplyDeleteOh, Pia pun macam tu, ye. Insya-Allah, nanti dia besar, mesti boleh sesuaikan diri. Terima kasih, Afzan, tambah semangat akak untuk menulis.
DeleteSedang marathon cerita umrah awak.. Nice sharing.
ReplyDeleteTerima kasih, sudi baca entri sepanjang saya umrah. :)
DeleteSebelum pergi Nur memang tak ambil ubat tahan period ye? Masa ambil suntikan sebelum pergi umrah tu ammi tanya pada doctor di klinik dan doctor suggest ambil pil apa ntah tapi tak boleh skip walau sehari pun.
ReplyDeleteAda, tahu tentang pil tu.
Delete