Home remedy untuk batuk

 Masa saya balik dari umrah, saya ada alami batuk. Batuk berkahak mak ko hijo.

Satu minggu, makan ubat batuk, masih tak baik batuknya. Bila batuk bagi orang ada asma macam saya, mudah semput juga. 

Jadi, saya pun buatlah air halia.


Saya guna halia muda. Guna apa yang ada di rumah. Saya tak pasti sama ada beza tak, guna halia muda ke, halia tua ke. Tapi, yang penting, halia amat sarat dengan sifat antiradang. Ia boleh bantu kurangkan keradangan pada saluran pernafasan sekaligus melegakan gejala batuk.

Potong halia lebih kurang besar ruas ibu jari.

Buang kulit. Hiris kepada beberapa keping.


Saya buat air halia untuk satu periuk sederhana besar seperti di atas. Terpulanglah pada anda. Kalau nak buat sukatan cawan, memadai ambil air panas, dan rendamlah beberapa keping halia. Biar lama sikit halia dalam cawan, supaya mesra. 

Jangan campur gula pula, nak bagi sedap punya pasal. Gula jahat, tau. 


Saya yang buat sukatan periuk ni, biar air dalam periuk menggelegak, barulah saya padamkan api.


Saya tutup dengan tudung periuk. Biar air halia sejuk. Biar jus-jus halia tu meresap masuk, "mesra", bak kata Bob AF2.

Bila sudah sejuk, tapis air halia, masuk dalam botol, senang nak minum.


Botol kiri, air halia. Botol kanan, plain water biasa.

Lepas saya minum satu hari, esoknya, batuk saya semakin berkurangan. Kahak mak ko hijo pun tiada lagi. Alhamdulillah.

Saya repeat buat lagi satu periuk air halia.

Dua hari saya minum, terus tak batuk dah. Alhamdulillah. 

Sedap ke air halia ni? Ada rasa pedas halia la. Tu je. Saya memang tak minum air sejuk atau berais. Itu pun membantu juga kot.

Bagi yang malas pergi klinik macam saya, boleh la cuba petua ni. Satu cara ikhtiar. Apa-apa pun, dengan izin Allah.

Baik. Selamat mencuba. 💗

12 comments:

  1. Mujarab juga petuanya tu. Boleh la try kalau batuk nanti. Cie ni jarang batuk, selsema pun jarang. Alhamdulillah. Bagus jugak halia ni boleh buang angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, itu maknanya, body imune Cie kuat.
      Betul, boleh buang angin juga. Rasa lega badan.

      Delete
  2. Alhamdulillah serasi air halia tu utk hilangkan batuk Nur 👍🏻
    Kecik² dulu arwah mak suka buat teh halia, selalu juga tumpang minum. Mmg rasa pedas2 tu tapi sedap je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, PH.
      Kan, rasa lapang dada, kalau pekena teh halia panas-panas.

      Delete
  3. Oh, boleh praktikkan cara ni kalau batuk. Tq Nur share. Sharing is caring tau.

    ReplyDelete
  4. Hehe kalau saya makan sekali halia itu.
    Suka juga minum air halia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, hebat Na. Saya tak termakan halia. Hihi..
      Kan, bagus untuk kesihatan. Lagi satu bagus, air kunyit.

      Delete
  5. Oh halia. Masa ammi batuk teruk haritu, takde pulak yg bagi tips guna halia. Org suruh guna sarsi panas pun ammi try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarsi kordial ke, air sarsi tin? Bahaya tu, banyak gula.
      Sekarang dah tahu petua air halia ni, boleh lah Ammi buat lain kali, ya. :)

      Delete
  6. Saya nak Coba kak. Bukan saya yg sakit, tapi anak2. Dah lamaaa sangat batuk nya tak kunjung sembuh 😔. Teman2 di sekolah mereka pun banyak batuk pilek. Tertular akhirnya.

    Ini saya yakin mereka tak suka. Tp hrs dipaksa memang. Supaya sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sila, sila, Fanny. Semoga anak-anak Fanny sembuh batuknya.
      Ya, betul. Mana ada ubat yang sedap. Yang penting, ia mujarab, Insya-Allah.

      Delete

Powered by Blogger.