Tuesday, February 25, 2025

Sarapan di Basa Lamo

 Masa saya rajin brisk walk sebelum ni di Esplanade Lumut, boleh dikatakan hari-hari juga lalu depan Basa Lamo ni. Selalu tengok orang sarapan sini. Tapi tak pernah cuba.

Baru-baru ni, rasa macam nak makan roti canai melayu. Jadi, saya dan suami pun pergilah. Biasa nampak orang buat roti canai di tepi kedai, jadi tahu yang restoran ni ada menu roti canai.

Ingat kedai orang nogori. Eh, salah. Yang nogori tu, Biso Bonar.

Yang ni, Basa Lamo. Kedai ore Kelate la! Basa tu, bangsal, suami saya cakap. Lamo tu, lama la. Kalau salah, minta ampun ya. Takut ada maksud lain Basa Lamo tu. 

Tapi kedai ni, klasik dekorasinya. Marilah kita tengok.


Ada majalah Wanita lama tergantung kat dinding dia. Gila-gila pun ada. Memang bertahun punya koleksi ni.

Kedai Basa Lamo ni, buka untuk sarapan dan makan tengahari juga. Untuk makan tengahari, dia ada set.


Makanan tengahari dia, termasuklah gulai kawah, budu tempoyak, petai jeruk, sayur lemak, ulam-ulaman, ikan singgang, gulai ikan patin, patin goreng, sambal, dan ike bekok (ikan lebih kurang macam ikan kering, tapi ia tidak kering sepenuhnya seperti ikan kering. Isi ikan mengandungi air itulah yang dinamakan bekok dalam bahasa kelantan).


Dalam tempat rokok Dunhill di dinding tu, ada banyak handphone lama. Kejap, nak close-up.


Eh, ada Nokia 3310. Siapa dulu ada, model tu, boleh main ular? Hihi.. bawah koleksi handphone lama tu, ada kaset. Kat rumah saya pun ada banyak. Tak tau apa nak buat dengan kaset ni sekarang, sebab kaset player pun dah jahanam.  


Sisi lain kedai. Ada gramophone.


Tempat duduk pelanggan di bahagian dalam kedai. Boleh nampak, di dalam tu, ada gerobok lauk orang dulu-dulu? 😁

Bawah tudung saji tepi gerobok tu, macam ada benda menarik. Meh kita pi dekat.


Suami saya cakap, inilah permainan orang dulu pi kedai runcit kampung, main tikam-tikam. Ooo... saya tak tahu ni. Time saya sekolah rendah, saya pi kedai runcit, beli mamee monster je, 2 kupang harga waktu tu. Suami cakap, satu tiket, 10 sen. Kalau menang, boleh menang duit, macam main loteri. Hadiah dia takdelah mahal, 10 ringgit je kot, kalau menang yang paling tinggi. Ada yang menang hadiah robot, pistol mainan, kalau nak dekat raya, menang mercun pun ada. Aik, macam dia biasa beli je waktu dia kecik dulu. 

Banyak yek, barang lama di kedai ni. Baiklah. Cara pesan makan, duduk je di tempat yang kita mahu. Nanti ada orang kedai datang ambil pesanan.

Saya pesan roti telur kuah kari. Suami pesan nasi lemak telur mata tambah lauk daging.

Tunggu agak lama juga untuk makanan kami sampai.


Alas meja dia, tikar mengkuang. Sampai dah roti telur. Alhamdulillah. Rasa roti, ok. Rasa roti telur la. Takkan rasa murtabak pulak. Hihi.


Macam gelap pulak gambar. Walaupun kami duduk di bahagian luar, tapi cuaca hari tu mendung. Gambar di atas, nasi lemak suami. Ada 2 biji telur puyuh. Pada pendapat saya, kalau dia kupas telur puyuh tu terlebih dulu, lagi elok, kot. Nasi lemak dia sedap. Sambal nasi lemak tu, macam sambal orang masak di rumah. Bukan sambal yang orang niaga buat. 


Depan kedai, laut. Di depan sana tu la, laluan saya brisk walk dulu. Sekarang saya dah malas brisk walk. Dah tukar ke strength training (latihan beban). Hihi, ni lain entri saya cerita.

Alhamdulillah. Kenyang sarapan di sini. Lain kali, mungkin boleh datang untuk makan tengahari pula. Nak cuba ikan singgang cicah budu. Baik. 

Lokasi Kedai Makan Basa Lamo: Pekan Lumut, tepi hotel Orient Star

Masa operasi: Pagi hingga 5 petang

Jumpa lagi, ye. 💗

3 comments:

  1. Deco semua barang lama, memang klasik, antik. Best nya makan dapat view laut. Nampak pun sedap. Telur puyuh tu, kalau kat rumah pun malas kupas. Outsource ke hubby dan anak2 hehe.

    ReplyDelete
  2. Oh, basa tu bangsal. Tapi, kenapa kok tak kupas kulit telur puyuh, hahahaha. Nampak dah sedap, tapi sy pun suka kalau dapat pergi makan tempat² macam ni. Sy pernah ada handphone Nokia main ular tu, haha.

    ReplyDelete
  3. betullah.. bangsal tu kami panggil basa..

    betullah kak.. basa lamo tu bangsal lama..
    kalau terengganu basa lame = bangsal lama

    kalau lady, berjamlah duduk kat kedai tu... bukan sekadar makan tp mengimbau kenangan silam...

    ReplyDelete