Sunday, February 16, 2025

Day 6: Pergi muzium

 Saya sambung semula cerita trip umrah, dengan apa yang berlaku pada hari Sabtu, 1 Februari 2025.

Sepanjang kat sana, tak tahu dan lupa apa yang berlaku di tanahair, seperti cuti tahun baru cina dan cuti hari wilayah. Fokus buat amal ibadat je mana yang mampu.

Pada hari itu, tiada program, jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri. Maklumlah, selesai buat umrah wajib pun, sudah jam awal pagi. Bila sampai bilik dan bersihkan diri, sudah pukul 3 pagi. Wajarlah kena istirehat dan qada tidur yang tak cukup. 

Kami satu bilik, turun sarapan pun lambat. Santai-santai, ambil masa. 

Lepas sarapan, kami tak naik terus ke bilik. Kok cadang kami pergi muzium Rasulullah SAW, yang letaknya dalam mall. Semua on je. 

Di Clock Tower ni, tingkat 4 ke bawah, adalah shopping mall. Macam-macam ada. Mall dia buka awal, tak macam kat Malaysia, pukul 10 baru buka. Tapi setiap kali masuk waktu solat, semua kedai tutup. Semua orang solat, di mana saja kita berada. 

Tingkat 3 dan 4 mall, ada replika kapal pecah. 

Pada mulanya, kami tak tahu lokasi muzium di mana. Jadi, pusing-pusing mall la, cuci mata. 


The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization, letaknya di tingkat 2 Mall. Pergi muzium ni, tak ada dalam itenary agensi, kami saja suka-suka pergi sendiri. 

Tiket masuk muzium.

Lepas beli tiket, lepak dulu di lobi muzium. Sebab waktu itu, sedang dalam sesi lawatan dalam Bahasa Indonesia. Kami pilih untuk masuk dalam sesi Bahasa Inggeris. 

Bashir, watak maya muzium tersebut

Bila sudah sedia untuk sesi lawatan Bahasa Inggeris, orang yang bawa kami masuk pun, muka dia lebih kurang macam Bashir ni. Pak Arab yang tinggi dan kacak. 🙈

Saya tak dapat la nak share sikit-sikit dalam muzium tu macamana, sebab tak dibenarkan ambil gambar. Ada pengunjung ambil gambar, kena tegur dek muzium guide tu. Tapi sangat best masuk muzium ni. Pihak yang membangunkan muzium ini ambil masa 20 tahun untuk buat kajian tentang Rasulullah SAW, dari Al-Quran, dari kitab-kitab yang ada. 

Kita dapat kenal lebih dekat, tentang peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah, keadaan muka bumi Madinah. Ada 3D, seolah-olah kita berada di sana. Bahan-bahan perkakasan orang Arab pada masa itu, yang Rasulullah guna dalam kehidupan sehari-hari, perihal ciri-ciri Nabi sendiri. Baginda Rasulullah SAW seorang yang good looking, tidak tinggi, tidak pendek, rambut Rasulullah cecah bahu, pakaian apa baginda suka pakai, makanan apa baginda suka makan, macam-macam la. 

Ada cerita juga macamana makam Rasulullah di Masjid Nabawi tu terjadi mula-mula. Rumah Aisyah yang dekat dengan makam tu, macamana boleh end-up rupa macam hari ni. Langkah demi langkah dia tunjuk, proses yang pihak berkuasa Arab Saudi lakukan, dalam bentuk animasi. Ada tengok movie juga, ada tempat macam panggung wayang mini dalam muzium, yang kami dapat tengok. Alat interaktif  yang kami boleh pilih dan baca, alat kegunaan orang Arab pada masa itu. 

Ada masuk satu bilik, kami kena duduk. Kan kalau dekat restoran mamak, yang ada projektor, kita boleh tengok screen besar siaran langsung bola pada skrin putih, kan. Bilik tu, projektornya tak nampak, tapi ada imej terpapar pada keempat-empat skrin keliling kita. Seolah-olah kita yang bergerak dalam rumah Aisyah, isteri Rasulullah SAW. Kita dibawa dari bilik ke bilik. Masa tu rasa macam wo, wo... ada pening sikit. Hihi.. hebat muzium dia.

Ada kedai cenderahati sebelum pintu keluar muzium. Keseluruhannya, satu pengalaman yang menarik, dan dapat informasi yang banyak saya tak tahu tentang junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Tempat yang bagus untuk dilawati seisi keluarga.

Lepas habis lawatan muzium, kami pun balik semula ke hotel untuk berehat.

Pintu utama hotel kami, tingkat 11 Clock Tower.

Banyak berehat di bilik hari tu. Cukup waktu, kalau tak ke Masjidilharam, turun ke prayer hall, untuk solat. Cukup waktu makan pula, ke restoran di level 3, untuk menjamu selera. Walaupun kadang ada rasa malas, nak berehat saja di bilik, tapi dah bayar, haruslah turun makan juga. 

Restoran yang kami harus pergi untuk makan tengahari dan malam ni, letaknya di tingkat 3 shopping mall Clock Tower. Lauk buffet biasanya ada nasi putih dan lauk-lauk seperti ayam, daging, kadang ada spagetti atau maggi goreng, malam pertama hari tu, ada cucur. 

Restoran ni, boleh makan indoor ada aircond, dan juga ada balkoni luar, open air.

Pemandangan masa makan di balkoni luar restoran.

Ruang makan di balkoni restoran

Walaupun makan tengahari, tak rasa panas. Kadang-kadang berangin, walaupun di Mekah tak sesejuk macam di Madinah, tapi agak ok juga. Malaysia lagi panas. 😁

Hari tu, kakak-kakak semua solat di prayer hall saja, sambil jamu-jamu mata jalan di Mall. Saya di Mekah, kadang boleh solat, kadang keluar haid. Memang lama masa nak habis, sebab dia datang sikit-sikit. Saya rasa, saya dah masuk fasa pra-menopause la. Bila tak boleh solat, saya tunggu luar prayer hall saja.

Orang sebelah sedekah sejenis biskut arab, dalam ada jem.

Memang sedap dapat berlunjur, penat berjalan tak habis lagi.

Kopiko pun ada sana. Ni pun orang sedekah juga.

Ha, gula-gula yang ni, saya tak pernah jumpa. Orang sedekah juga.

Tak boleh bawa masuk stroller dalam dewan solat wanita di tingkat 10 Clock Tower.


Orang yang ada anak kecil, semua solat di luar dewan solat. Jadi, saya pun melarikan diri ke tempat lain untuk menunggu. Beri ruang pada orang yang nak solat ada anak kecil dan baby. Saya rasa, bagus juga, jadi tak ganggu orang solat dalam hall tu.

Lepas depa habis solat Asar, kami satu bilik, pergi jalan-jalan ke Safwa Tower pula, yang lokasinya di sebelah Clock Tower. Sini memang banyak tempat viral murah-murah, tempat orang melontar riyal. 😁 Ada restoran Saji juga. Boleh makan roti canai dan murtabak sini juga. Saya tak ambil gambar, penat dan dia orang jalan laju. Pun semua peniaga Arab boleh cakap melayu juga. 

Ok la. Itu saja cerita hari ke-6 trip umrah. Sambung lain hari ya. 💗

18 comments:

  1. Super duper best muzium tu. 2022 tahun covid buat haji, banyak tak buka. Moga dapat ke sana lagi In syaa Allah. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu. Ye la, covid, kan.
      Semoga Mulan dapat ke sana lagi, amin..

      Delete
  2. Menarik muziumnya. Harap suatu hari nanti, Malaysia pun mampu buat muzium macam tu.

    ReplyDelete
  3. Dulu selalu juga makan di Restoran Saji, bila sesekali rindu Teh Tarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, nikmat tu, dapat pekena teh tarik di Mekah. :D

      Delete
  4. Ye ye... Orang bersedekah ni memang banyak dan tak kira masa kan? Ada je rezeki di mana2.

    ReplyDelete
  5. Rasa terbuai² pulak baca skrin bergerak tu, hihi.

    ReplyDelete
  6. Ada 3D animation..memang sangat best.
    Tak bosan masuk muzium gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Ujie. Banyak belajar benda yang tak tahu.

      Delete
  7. Menarik muzium yang ceritakan terperinci perihal Rasulullah S.A.W. Selalu terbayang keadaan cara hidup waktu itu.
    Harap dapat pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik dan rasa singkat duduk dalam muzium tu, Na. Tak puas, lagi-lagi time kita boleh mencuba alat interaktif tentang tools yang penduduk Mekah selalu guna.
      Insya-Allah, semoga ada rezeki Na untuk pergi.

      Delete
  8. smalah kita mungkin sedang menghadapi pre-menopause. dah lewat period 43hari. Risau juga dia datang menjengah waktu Ramadhan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, bestnya, dah lama tak datang period. Jeles pulak saya, boleh fokus ibadah je. Oh, betul juga. Semoga yang baik-baik saja pada Ammi dan dapat berpuasa dengan baik. Saya tahun lepas, tak datang langsung bulan ramadhan, dapat puasa penuh, syukur tak payah ganti puasa.

      Delete