Thursday, December 25, 2025

Akhirnya dapat menyendol

 Assalamualaikum, semua... 

Lewat sikit update blog hari ini. Cuti umum Hari Krismas. 

Alhamdulillah, hari ini, dapat menyendol setelah sekian lama teringin. Itu pun, kami pergi kedai cendol dekat rumah, tutup. Belum buka, saya google. Banyak kedai cendol buka paling awal pun, tengahari. Kami keluar rumah dalam pukul 11 pagi. 

Jumpa kedai cendol baru buka, di jalan nak ke Pantai Remis. 

Cendol biasa
Saya order cendol biasa je. 

Cendol pulut
Suami order cendol pulut.

Cendol biasa, setelah dikacau

Sekali hirup, ting! Heaven! Aduh... lama sudah tak menyendol. Sekali dapat, peh....😋😍
Ais dalam cendol, ada yang hancur halus, ada juga yang kasar tapi kecil. Saya tengok alat kisar ais di kedai. Oooo... yang guna ais batu yang lori ais hantar tu. 
Sudah lama tak jumpa alat pengisar ais lama, yang guna ketulan ais besar, macam...

Amy Mat Piah kisar ais buat ais kepal
Amy Mat Piah guna dalam Rock ooo

Entah ada lagi ke tidak mesin kisar ais manual pusing tangan macam itu. 
Alhamdulillah, cukup rasa cendolnya. Tapi kalau saya, rasa macam nak tambah je lagi gula melaka tu. Tapi orait la, manis sangat pun tak boleh. 

Warung Paktam cendol
Warung Paktam Cendol

Ini kedainya. Suami sedang nak bayar, dekat meja bayar di sinun. Cendol biasa harga RM4. Cendol pulut harga RM5. Lepas kami duduk, ada je orang berhenti bungkus cendol. Kami saja yang makan di situ. Masih awal. Biasa kalau kami nak ke Pantai Remis, selalu perasan belah petang baru ramai orang menyendol.



Lepas pekena cendol, cari nangka madu pula. Ada jual di tepi jalan juga, tak jauh dari situ.

Nangka madu, RM8 sebungkus
Satu bungkus, RM8.

Saya tak kira pula ada berapa ulas dalam satu bungkus. Tapi besar-besar nangkanya. Suami makan seulas saja, saya habiskan semua. Huhu... 😋
Dapat dua makanan yang sudah lama teringin. Alhamdulillah, syukur. 
Esok mesti orang ambil cuti lagi kan, sehari. Selamat bercuti dan berehat, kome.
Jumpa lagi, ye. 💗

34 comments:

  1. Sedapnya cendol! Alhamdulilah rezeki yg tidak pernah habis. Selamat bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Cuya. Alhamdulillah. Selamat bercuti pada Cuya juga. 😊

      Delete
  2. dapnya cendol! tau tak, sampai sekarang saya tk pernah makan cendol pulut. mcm tak reti lak nak makan pulut dalam benda yg sejuk berais camtu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tak reti, Mazni, sama kita. Pulut kuning makan dengan rendang, tahu la. 😁

      Delete
  3. Alhamdulillah...sedapnya cendol..baru makan dekat kenduri hari tu..tapi, bukan yang kisar lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ok la, janji cendol, Linda.

      Delete
  4. sedap tu cendol..ada nangka madu juga

    ReplyDelete
  5. Wah, idea nie untuk bukak puasa petang nanti… nangka pun nampak sedap…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, walaupun dah lepas. Memang sedap, nangka tu.

      Delete
  6. Terkejut tengok gambar tu sblm baca caption
    Ingatkan owner kedai. Rupanya Ary Mat Piah 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. bertuah kalau jumpa owner kedai macam Amy Mat Piah. Mahu menyendol setiap hari. 😂

      Delete
  7. Kurang makan cendol tapi selalu di kenduri kahwin selalu ada. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki tu, NA, selalu jumpa cendol di kenduri.

      Delete
  8. Cendol dan nangka, nikmatnyaa xD

    ReplyDelete
  9. Time panas-panas memang layan juga cendol nie

    ReplyDelete
  10. pagi tadi ada nampak lori jual nangka madu kat depan pasar. tp bila gi dekat, tuannya kata belum siap setting lg. terpaksalah balik tangan kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. esok lusa cari semula ya, Abe Kie. 😊

      Delete
  11. kadang kalau nak beli cendol tengok guna mesin yang kecik tu terus tak jadi beli. kalau yg kecik guna ais kiub tu kasar aisnya. suka jenis camni. tapi ipar LM dia punya yang letrik la yang lama kayuh tangan ni dah masuk museum dah dia simpan lelama kami angkut bawa balik. kalau craving gigih la kisar sendiri.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. ye juga, guna motor kan. Kalau kayuh tangan tu, dah boleh masuk muzium.

      Delete
  12. Time cuaca panas kita menyendol la....segar tekak kan?.

    ReplyDelete
  13. Hari tu teringin nak menyendol..tapi seremban hujan kan....sejuk..kang batuk plak..nanti la menyendol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih hujan ya, sana. Kat tempat saya, panas sudah dua tiga hari.

      Delete
  14. Ala.....teruih rasa hendak cari cendol sekarang-sekarang ni😅KSarie suka cendol yang biasa je. Old skool begitulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, lebih suka cendol biasa. 😊

      Delete
  15. Mesin kisar ais tu legend .. baru-bari ni CCL pergi kenduri masih ada lagi yg buat ais kacang pakai mesin pengisar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. memang rare tu, sudahlah klasik, masih boleh berfungsi ya.

      Delete
  16. Cendol nih favorit sangaaaaaat kak 🤩🤩. Apalagi minum saat panas kan. Segaaar badan. Saya pun tak terlalu suka jika manis sangat. Tp paling sukaaaa jika ada nangka dan pulut. Durian pun boleh. Kemarin di Ipoh saya ada makan cendol Abang kacak hahahha. Sedap juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny, nikmat menghirup cendol waktu panas. Cendol abang kacak di Ipoh itu pun, kakak tak pernah cuba lagi, Fanny.

      Delete