Assalamualaikum, semua...
Entri kali ini, cerita pada 17 November 2025 yang lepas. Daging goreng yang saya masak pada entri sebelum ini, ada tinggal tak sampai sepuluh ketul. Nasi dalam rice cooker dalam peti ais pun ada lagi. Jadi, saya masak nasi goreng daging.
![]() |
| Nasi goreng daging |
Agak pedas juga, tapi boleh tahan sedap. Saya cakap sedap bukan sebab saya yang masak, tapi sekejapan saja boleh licin nasi gorengnya. Maknanya, sedap la tu. Tak pun, sebab semua orang lapar. 😁
Hobi lama muncul kembali
Sejak saya sudah pencen mengait ini, timbul semula minat membaca dalam diri saya. Sudah lama saya tinggalkan. Padahal dulu masa sekolah menengah, saya suka sangat dengan perpustakaan. Sampaikan saya daftar jadi ahli Kelab Sahabat Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak itu. Merasalah saya buat kerja sukarela, memasukkan data buku baru ke dalam sistem.
Bila isi borang UPU pun, saya nak minta kursus Pustakawan. Tapi kakak sulung cakap tiada prospek, disokong oleh ibu saya. Saya yang waktu itu menurut perintah, ikutkan saja ambil kursus yang orang tua suruh. Bahagia ibu, bahagialah saya. Boleh pula sesuaikan diri sampai habis diploma dan ijazah, sampai bekerja dalam bidang tersebut, dari bujang sampailah berkahwin dan beranak satu. Last-last sekarang jadi surirumah.
Bila berblogging ini, sedikit sebanyak bila baca blog kawan-kawan, kesedaran itu datang kembali, terutama bila saya berkunjung ke blog Bidasari yang rajin membaca dan pinjam buku perpustakaan. Sejujurnya, saya dah lupa tentang minat saya yang satu itu. Sudah tenggelam jauh ke laut dalam, sehinggalah baru-baru ini.
Pada petang hari tarikh entri ini, saya dan suami berjalan-jalan di Aeon Mall. Saya masuk kedai buku Popular. Nak beli buku, macam agak mahal. Sedangkan saya baru saja spring cleaning, menjual buku-buku lama, untuk minimakan barang dalam rumah.
Jadi, saya masuk perpustakaan dalam mall. Ye, pertama kali saya masuk. Huk huk. Padahal Perpustakaan Komuniti Aeon Manjung itu sudah lama wujud. Saya jalan-jalan dalam perpustakaan, tengok buku-buku, cari buku yang menarik minat saya, dan saya pergi ke kaunter lalu mendaftar jadi ahli. Terus pinjam buku di bawah.
![]() |
| Tenanglah Hati: Sesungguhnya Kau Tidak Boleh Mengalah, karya Reyna Ibrahim |
Ini salah satu sebab mengapa ada hari dalam bulan November lepas, yang saya tidak update blog. Saya ambil masa untuk membaca di masa lapang, bila siap kerja rumah. 🥰
Yuran keahlian perpustakaan baru dewasa, harga RM11 untuk setahun. Selain perpustakaan di mall tersebut, saya boleh juga pinjam buku dari mana-mana Perpustakaan Awam Negeri Perak, yang menggunakan sistem yang sama. Ada pustakawan tersebut cakap, kecuali beberapa perpustakaan desa yang terkecuali. Tapi oklah. Sekali pinjam, boleh sampai enam buah buku. Buat masa ini, saya pinjam sebuah saja. Jangan tamak. Hehe...
Terima kasih kepada rakan blogger KSarie dari blog Bidasari, yang tabiat membacanya telah berjaya mengembalikan hobi lama saya yang sudah lama menghilang. 🤗
Itu je la nak cerita.
Jumpa lagi, ye. 💗


Saya pun sudah lama terakhir kali beli buku untuk hiburan. Padahal dulu sering mampir ke toko buku.
ReplyDeleteBuku untuk hiburan pun tak mengapa, Mas, asalkan membaca.
Deletesaya paling suka makan nasi goreng, tapi tidak suka pedas.
ReplyDeleteIya juga, masing-masing punya citarasa tersendiri.
DeleteSA kan...ada banyak novel x baca lagi..beli je...koleksi jangan cakap la..banyak giler..nbaru ni beli rak buku pun x pasang lagi..ingat hujung tahun ni habiskan cuti baru pasang...
ReplyDeleteWah.. nanti share la kat blog, koleksi novel SA, ya. Dan rak buku baru juga. Hehe..
DeleteKalau licin habis tu maknanya sedap lah tu. Lepas ni mesti ada orang request nasi goreng daging lagi.
ReplyDeleteKagum juga dengan KakSarie yang rajin membaca. Bila dah mula tu, mesti rasa semangat nak teruskan hobi membaca ni.
Anak-anak ni tak pernah request masak apa-apa, Fizah. Dia orang terima dan makan je apa mama dia orang ni masak. Hehe..
DeleteBetul, KSarie rajin membaca, sambil makan, sambil naik bas, boleh membaca.
Hari tu pergi AEON Manjung, ada nampak juga perpustakaan tu..bagus betul inisiatif yang di ambil..seronok rasa..tapi, tulah..kita je yang suka tengok buku macam²..anak² tak minat pun.. hahaha
ReplyDeleteHehe... anak-anak dah memang bergelumang dengan buku di sekolah, itu yang tak minat, kot.
DeleteDulu2 suka baca novel. Zaman takde lagi hp macam sekarang. Zaman hp boleh call & sms je. Sekarang kurang dah membaca banyak belek hp je.
ReplyDeleteHa ah, itula dia realiti zaman sekarang.
DeleteMusim hujan best baca buku cerita. Tenang je rasanya.
ReplyDeleteBetul, betul, betul!
Deletewah akak pun banyak je novel tak habis baca. kalau dulu dapat best hari minggu sangup baca sampai habis. Sekarang baru buka 1 2 mukasurat eh Hp mengoda-goda suruh buka dia. Camno nak habis baca. hehehehe Godaan cerita cina kena tipu kahwin ceo pulak yang mengamit. aduhaiiii
ReplyDeleteHehe.. itulah, godaan handphone tu lebih kuat ya, kak.
Deletesuka goreng nasi letak daging
ReplyDeleteSedap kan, mama tisya.
DeleteSaya rindu zaman dahulu... zaman belum muncul dunia digital, banyak masa dihabiskan dengan membaca. Walaupun sudah habis baca satu buku, ulang balik baca hahaha.
ReplyDeleteSama. Zaman itu tak akan kembali, kot. Kecuali terjadi apocalips. Huhu..
DeleteSaya tuh dulu zaman sekolah kalau membaca lupa dengan segala kak. Buku Harry Potter yg tebalnya dah macam kamus bahasa, saya bisa lahap 2 hari. Tapiiiii makin kesini, ntah kenapa saya lambat membaca. Memang banyak faktor.
ReplyDeleteMulai dari distraksi gadget, kerjaan semakin banyak, jadi tak sanggub baca buku tebal dalam masa 2 hari 🤣🤣. Biasanya paling lama saya akan habiskan 2 Minggu 😂😂.
Tapi at least target saya membaca, sehari 3 jam, itu bisa tercapai.
Dan yg saya baca bukan buku saja, melainkan juga blog teman2. Inipun saya anggab membaca. Krn tulisan teman2 pasti berbeda. Saya banyak belajar dari situ.
Lama juga tu target Fanny, 3 jam sehari membaca. Buku Harry Potter tu memang tebal, akak tak mampu baca. Hehe..
DeleteEh ada nama kita disebut dalam post ini☺️Terima kasih sudi mention nama kita. Langsung tersenyum-senyum kita ni🥰Tahniah Tot kembali membaca. Supaya terus cemerlang membaca ye💪💪Perpustakaan awam sekarang banyak buku-buku menarik. Nanti kongsikan buku-buku yang dibaca ye☺️
ReplyDeleteTerima kasih, KSarie. Insya-Allah, saya cuba. 🤗
DeleteSayapun pernah melawat perpustakaan di Aeon. Baca suratkhabar, majalah dan baca buku. Asyik. Hehe saya pergi pusat beli-belah Aeon bukan sebab untuk membeli-belah tapi untuk membaca. Datang awal pagi, lepas itu rehat solat dan makan di situ kemudian masuk balik perpustakaan sampai petang. Alamak rindu pula dengan aktiviti begitu. Tq ingatkan saya juga.
ReplyDeleteWah, satu hari tu, habiskan masa di perpustakaan Aeon. Aman sebab kurang orang ya, NA. Sama-sama, NA. Semoga lepas ini kita rajin ke perpustakaan untuk membaca. 💪
DeleteAmmi dulu pun sebab suka baca maka apply jadi Pustakawan di sekolah. Tapi masa masuk U boleh dikira dengan jari berapa kali je ammi jejakkan kaki ke library.
ReplyDeleteItulah, manusia berubah bila semakin berusia. Sama je kita semua.
Delete