Sunday, December 21, 2025

Asam pedas ayam

Assalamualaikum, semua...

Saya update entri ini guna handphone. Laptop rosak la pula, tak boleh masuk Windows. Kalau tulisan dan gambar tidak tersusun, minta maaf ya.

Cerita saya masak apa pada 8 Disember 2025 yang lepas.

Sayur campur
Sayur campur

Masak sayur campur, seperti biasa. Letak carrot, brokoli, baby corn, kacang panjang dan bunga kobis. Pecah telur.

Daun kesum di rumah saya banyak. Fikir punya fikir, saya masak asam pedas la.

Refer resepi asam pedas Kak Amie.
Refer resepi asam pedas Kak Amie.

Saya suka salin resepi ke dalam buku resepi saya sendiri. Saya ikut resepi asam pedas ikan mabung di blog Kak Amie's Little Kitchen. Ada resepi beberapa teman bloggers yang lain. Saya salin supaya dapat refer resepi secara offline.

Masa tumis bahan kisar, terpencik keluar kena buku resepi yang saya letak di sebelah dapur. Itu yang ada tompokan pada buku resepi saya, dalam gambar di atas.

Siap, asam pedas ayam.
Siap, asam pedas ayam.

Sulaiman balik sekolah cakap paper Kimia pada hari itu, study lain, keluar lain. Lepas habis makan nasi, dia ambil lagi seketul ayam asam pedas. Sedap asam pedas ikut resepi kak Amie ini. 😋 

Saya guna daun kesum dan bendi tanam sendiri. Saya jarang masak asam pedas. Alhamdulillah, sedap. 

Panaskan lauk sambal tumis ikan bilis petai
Panaskan lauk sambal tumis ikan bilis petai.

Siap masak awal, pukul 11 pagi, sebab nak sediakan bekal suami masuk kerja tengahari.

Letak lauk dalam tiffin
Letak lauk dalam tiffin.

Siap, bekal untuk suami.
Siap, bekal untuk suami.

Suami bawa bekal pergi kerja
Suami cakap mengalahkan orang kerja ladang kelapa sawit.

Kerja baik² suamiku. Semangat! 💪

Jumpa lagi, ye. 💗

35 comments:

  1. Sedap nmpknya asam pedas ayam tu..tk pernh try masak menu asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try, mama tisya. Resepi kak Amie senang diikut dan insya-Allah, sedap.

      Delete
  2. Memang nampak sedap tu Tot. Tambahan pulak guna daun kesum dan bendi tanam sendiri, bertambah rasa lazat. Seronok suami bawa bekalan masakan isteri tercinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sedap, Ujie, ikut resepi kak Amie.
      Ha ah, dia memang suka bawa bekal, jadi tak perlu keluar beli makan.

      Delete
  3. Alhamdulillah. Asam pedas ayam memang Nur. Terliur pula saya. Saya suka respi tulisan tangan, meresap ke jiwa💖💖💖

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian resepi kak Amie, dapat saya merasa asam pedas yang sedap. 🤗 Alhamdulillah. Tulis tangan, kita jadi lebih ingat bahan-bahannya. Kalau refer handphone, skrin selalu padam, saya kurang suka. Baik salin, lebih baik.

      Delete
  4. Lepas ni cuba masak asam pedas ikan cencaru pula

    ReplyDelete
  5. Sedap lauk ni Nur 👍🏻
    Sy dah lama tak salin resepi. Asyik save dlm phone je. Nanti nak salin la semula, lagi senang nak refer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH. Kalau di handphone, kejap-kejap skrin padam. Tangan kita pula basah buat kerja dapur, nak refer, itu yang senang salin buku saja.

      Delete
  6. Jarang jumpa asam pedas ayan kat kedai makan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, uncle. Kita masak sendiri je. Bila perangat, kuah jadi lagi sedap.

      Delete
  7. SA nak cuba la masak asam pedas ayam nanti..x pernah buat lagi..cuma tu la..PZ x leh makan pedas plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat guna cili kering besar yang tak pedas tu, SA. Warna je merah menyala. Sebab saya pun ada anak tak tahan pedas.

      Delete
  8. Hahahha.. oklah tu mengalahkan pekerja ladang ek, bertingkek2 lauk dibekalkan. Sedap asam pedas tu buktinya terpercik ke buku resipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... sedap sangat, SK. Bahaya suami saya cakap masak asam pedas ni. Tak boleh masak selalu.

      Delete
  9. Sedapnya asam pedas tu. KSarie suka baca Tot cerita pasal memasak dan guna bahan dari kebun. Sustainable sangat. Kiranya resepi asam pedas tuh ada corak extra la ye☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, KSarie. Hehe.. buku resepi yang penuh corak dan sejarah.

      Delete
  10. sedapnya kak nur masak. comel pulak bekas tiffin kaler pink tu. suami akak kena redha bawak pink2 pergi keje ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. takdelah shocking pink sangat. Pink pastel je, dia dah lama redho. 🤭

      Delete
  11. Itulah jarang nampak Nur masak asam pedas.
    Hehe bagus salin, senang tengoj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, kalau rujuk di handphone, skrin selalu padam.

      Delete
  12. Buku resepi pun nak rasa masakan asam pedas nur tu. Tu sebab dia menempel kat buku resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. termercik. Sisa tepung pun ada, kak. Sebab rujukan masa buat kuih raya.

      Delete
  13. My favorite asam pedas kuah pekat terutama asam pedas ayam.. Bakal legend buku resepi tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, LZ. 😋
      Hehe.. bolehlah diwariskan pada anak menantu pula kot.

      Delete
  14. Siap ada percikan kat buku resipi tu baru la betul2 buku resipi tu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. berpeta-peta dah, Cie. Sisa tepung pun ada.

      Delete
  15. Aiiiih sedapnyaaa 😍😍😍😍. Sukaaa juga dengan asam pedas. Alaaah, dah lamaaa tak makan ini. Trakhir makan asam pedas saat di Ipoh dengan Nadia 😄

    ReplyDelete
  16. mak aihh sedapnya nampak asam pedas tu. kuah dia mengancam

    ReplyDelete
  17. Lamanyaa tak tengok buku resepi macam tu ..legend juga tu .. mak CCL ada beberapa buku resepi ..

    Tengok tiffin tu terus teringgat MA selalu bawa bekal gi office .. kejap lgi nk BW blog beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang² tua kita memang suka salin resepi ya, CCL. Maklumlah dulu takde internet. Dari suratkhabar jumpa resepi pun simpan.
      Jangkit dari MA la ni, CCL. Tapi, tak konsisten juga. Tengok mood.

      Delete
  18. Lamanyaa tak tengok buku resepi macam tu ..legend juga tu .. mak CCL ada beberapa buku resepi ..

    Tengok tiffin tu terus teringgat MA selalu bawa bekal gi office .. kejap lgi nk BW blog beliau

    ReplyDelete