Sunday, December 28, 2025

Burung

 Assalamualaikum, semua..

Macam kurang yang update blog dua tiga hari ni. Ye la, mesti pergi bercuti, kan. Musim cuti sekolah. 

Sebelum Amirul balik Dungun semalam (Sabtu), bawa dia pergi kedai pakaian, nak beli kemeja putih dia pergi kelas. Penuh dalam kedai orang beli uniform sekolah anak-anak. Sesak, orang membeli-belah. 

Kome buat apa musim cuti ni? Saya tak ke mana, sebab suami bekerja.

Cerita tentang burung yang selalu bertandang ke rumah. Boleh dikatakan hari-hari nampak. Kecuali bila hari hujan dan saya tak boleh tengok pokok di luar.

Burung gembala kerbau suka bila rumput pendek.
Ada kawan kecil datang singgah.

Saya bulatkan dalam gambar di atas. Burung gembala kerbau. Suka datang bila kita potong rumput. Agaknya senang nak nampak cacing. Turut kelihatan suami saya yang sedang menyapu rumput yang baru dipotong.

Burung gembala kerbau
Hi.. awak.

Kadang burung ni boleh datang dekat dengan saya masa saya menebas rumput. Saya je yang tak sedar burung ada dekat. Maaflah gambar tak berapa jelas. Handphone lama, bila zoom, gambar jadi blur pula.

Burung murai
Burung lain pula.

Burung murai pun ada datang. Kuat suara burung murai ni. Saya selalu tertarik untuk lihat burung yang ada. Sambil berkebun, terhibur tengok burung. Sekadar tengok sajalah. Burung-burung ni pandai, kalau kita ambil handphone nak ambil gambar dia, mesti dia terbang pergi.

Burung murai
Ambil gambar dari jauh dan zoom

Selain burung gembala kerbau dan burung murai, ada juga burung kelicap datang. Burung kelicap saya tak berjaya lagi ambil gambar. Burung yang kecil, tapi suaranya nyaring. Suka singgah di ampaian baju, lepas tu bernyanyi-nyanyi menarik perhatian. 

Burung terkukur pun ada. Selalu berpasangan. Burung ini, pemikat burung suka. Kadang boleh dengar suara burung saja, burungnya tak nampak. 

Itu salah satu sebab rasa tenang bila berkebun luar rumah. Sebab dapat lihat burung-burung. Saya pernah upload di TikTok saya, video burung datang. Tapi sekarang saya sudah uninstall TikTok di handphone. Bahaya TikTok ini pada saya. Sama macam Shopee.

Ok la, sekian perkongsian tentang burung yang selalu datang ke rumah.

Selamat beristirehat di hujung minggu, dan jumpa lagi. 💗

27 comments:

  1. byk species burung yg singgah...burung yg bernyanyi tu cute jer dengar...hihi...Tiktok ni sesekali layan pun best jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burungnya pun cute, kak. Sesekali layan memang best. Tapi kalau ada di handphone saya, banyak benda tak jadi, kak. 🙈

      Delete
  2. Dulu kecik² suka tengok burung raja udang..sebab warna dia lain..tu yg cam dia je..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung raja udang atau king fisher, kan. Warna biru. Sini, tak nampak pula burung raja udang tu.

      Delete
  3. Aah kan kurang nampak entri dari kawan2. Busy bercuti kot. Cie di rumah je hari ni baru balik bercuti. Jinaknya burung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kan, Cie. Jinak jinak merpati, kata orang. Bila kita dekat, dia lari.

      Delete
  4. Jinak juga burung datang dekat semasa potong rumah.
    Kemas halaman rumah Nur setelah rumput sudah dipotong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jinak-jinak merpati, NA. Bila kita datang dekat, dia lari. Tapi terhibur la tengok burung gembala kerbau tu. Tapi sekarang musim hujan, sekejap saja, rumput dah panjang.

      Delete
  5. Jinak juga burung datang dekat semasa potong rumah.
    Kemas halaman rumah Nur setelah rumput sudah dipotong.

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok gelagat mereka. Kalau ada kucing mau dia terpa burung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu memang, masa ada kucing, ada je burung yang mati. Kalau jumpa burung tergolek dekat garaj, confirm kerja budak bulu.

      Delete
  7. Suka tengok burung macam² species ada tu... Nampak jinak tapinya bila kita mendekat, lari pulak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH. Ada burung, kita nak dekat, baru selangkah, sudah terbang pergi. 😁

      Delete
  8. MA balik nilai jab....pas tu kat seremban. x ke mana pun

    ReplyDelete
  9. Kat rumah SA, ada sekawanan burung merpati dan merbuk yang singgah makan kat blkg rumah SA...PZ hari2 bagi makan...gemuk2 dah burung tu semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. macam arwah mak saya dulu pula. Selalu bagi merpati makan nasi tak habis.

      Delete
  10. Pandai akk tgk jenis burung. Cuya tak pandai walaupun di rumah Cuya memang selalu ad burung. Pernah juga burung hantu singgah, cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung-burung biasa tu, tahu, sebab dari zaman orang tua kita kan, selalu cerita.
      Masya-Allah, burung hantu singgah rumah. Memang rare tu, Cuya.

      Delete
  11. Wahhhh....Tot udah macam Snow White sebab ada pelbagai spesies burung datang di kawasan rumahnya. Burung memang peka sungguh kan. Asal kita menguit sikit hendak ambil gambarnya mesti terus je dia terbang pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Snow White la sangat. Lokasi rumah yang banyak pokok kot, itu banyak burung datang.

      Delete
  12. Wahh akak tot sampai dah kenal spesis burung yang datang tu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung² biasa tu. Dan ada bantuan youtube dan google juga untuk kenalpasti. 😊

      Delete
  13. Sayapun akhir tahun nih di rumah saja. Dah tak bisa pergi setelah balik Maldives 😄. Suami juga tak ada cuti lagi.

    Aiiih hebat kakak tahu yaa nama1 burung nih. Saya hanya menikmati saja kalau melihat mereka, tp tak tahu nama2, kecuali burung yg memang berbeda sangat, macam merpati, kakatua, beo, gagak. Itu tahulah 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. biasa duduk di kawasan banyak burung ni, Fanny. Itu yang sudah biasa dengar dan tanya orang² juga, nama burung.

      Delete
  14. saya ni tktau nama2 spisis burung haha. tapi bunyi burung berkicauan waktu pagi sangat menenangkan. kecuali bunyi burung gagak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mazni. Dengar kicauan burung, hati boleh tenang je. Haha.. burung gagak bunyi memekak, bukan merdu. 😁

      Delete