Assalamualaikum, semua...
Cerita saya dan suami bersarapan di Restoran Bawah Pokok pada 20 Disember 2025 yang lepas. Sudah lama tak sarapan di sini. Sebelum itu, kami ada urusan bank dan pergi Watson di Sitiawan. Singgah sarapan sini. Agak lewat juga, dalam pukul 10 pagi macam tu.
Sementara tunggu pesanan kami sampai, ambil kuih dulu.
![]() |
| Popia sira dan lepat pisang. |
Sekejap saja tunggu, makanan pun sampai.
![]() |
| Saya pesan mi rebus. |
Agak pekat kuahnya. Ok. Boleh tahan rasanya. Alhamdulillah.
![]() |
| Suami pesan mi goreng mamak telur mata. |
Saya rasa sikit mi goreng. Orait juga, boleh tahan.
Rupanya, kami pelanggan terakhir sebelum kedai nak tutup untuk sesi pagi. Ada dua sesi kedai ini dibuka, untuk sarapan, dan sesi petang untuk makan malam.
![]() |
| Suami sedang bayar di kaunter |
Tuan kedai sempat bagi rasa kuih semperit yang dijual. Ha, boleh tahan, sedap. Kami tak order. Awal sudah bagi tester kuih raya. Kuih semperit saya boleh buat sendiri. Walaupun tahun ini, tak pasti nak buat kuih raya ke idok. Tengok la kalau rajin. Belum puasa sudah bercakap tentang kuih raya.
![]() |
| Kedai ini di bawah pokok besar. |
Asal nama kedai. Restoran Bawah Pokok, sebab memang ada pokok besar di tengah kedai di mana bumbung restoran melalui batang pokok yang besar itu. Mesti dah berpuluh tahun usia pokok besar.
![]() |
| Pokok besar banyak tumbuhan menumpang |
Alhamdulillah. Lokasi kedai di dalam kawasan perumahan di Sitiawan. Kalau orang tak biasa, memang tak jumpa, sebab bukan di jalan utama. Dulu-dulu, kami pernah sarapan di sini, makan roti canai. Mungkin lain kali boleh datang untuk sesi petang pula.
Baiklah. Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗






Kalau sedap boleh repeat. Seram pulak nengok size pokok tu.
ReplyDeleteHa ah, takut batang yang sudah tua boleh jatuh ke kan, Cie.
Deleteuntuk sarapan makanan itu terasa berat menurutku 😁
ReplyDeleteIya, Mas. Saya pun lepas makan mi rebus, rasa gendut sudah. Huhu..
DeleteMie rebusnya kuahnya kental banget tapi kayaknya enak banget itu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang enak.
DeleteBukan sekadar nama, tapi betul-betul bawah pokok besar 😀
ReplyDeleteHa ah. Ini real punya bawah pokok besar.
DeleteMesti teduh jer makan kat situ. Memang nampak pekat mee rebus tu. Mee goreng mamak terserlah mamaknya, hihi. Biasalah kita orang perempuan, memang awal cakap pasal raya walaupun belum puasa.
ReplyDeleteHa ah, teduh kedainya. Ye la, kena buat persiapan awal, kan. Hehe...
DeleteBerapa tahun agaknya pokok besar tu ya?....buat bumbung pun kena potong part batang pokok tu.....sedap pulak nampak popia sira tu.
ReplyDeleteTak tahulah saya. Tak bertanya pula saya pada tuan kedai. Tapi tengok pada batangnya, at least puluh-puluh tahun juga, sebab kita seorang tak cukup nak peluk batang pokok. Kena dua orang juga kot.
DeletePopia sira dan lepat pisang memang favorite.
ReplyDeleteKan, sedap, sedap.
DeleteSedap makan mi goreng & rebus begini. Teringat arwah Pak, suka belikan kami mee rebus dan mee goreng kalau ke pekan dulu².
ReplyDeleteKawan² Sy yg jual kuih raya pun sedang promote dan ambil order dah skrg
Makanan yang bawa kenangan manis zaman dulu ya, PH.
DeleteYe la, awal, tak kalut, kan.
Belum lagi nampak iklan kuih raya..selalunya tak order pun..sebab tak dimakan nanti
ReplyDeleteBaguslah Linda, tak makan kuih raya. Banyak-banyak pun, tak sihat kan, dan tak habis pula.
DeleteAghhhhh mi goreng mamak nya menggoda 😍😍😍😍😄. Uniiiik ya tempat diaaa. Tepat bawah pohon 🤩🤩. Tapi saya salut, dia tak menebang pohon itu, tp membuat kafenya di bawah. 👍👍👍👍❤️
ReplyDeleteHa ah, sayang pokok, harus dijaga, bukan ditebang.
Deletenampak sedap mee rebus tu
ReplyDeleteSedap juga, Lydia.
Deletenasib baik sempat bersarapan kat situ before kedai tutup untuk sesi pagi. makanan pun masih available lagi
ReplyDeleteItulah, Alhamdulillah, masih ada makanan.
Deletesedapnya mee goreng mamak tu
ReplyDeleteSedap juga, mama tisya.
DeletePokok itu mesti ke kemas-kemas dahan, ranting pokok supaya tidak rosakkan bumbung. Tengok unik juga gerai bawah pokok besar.
ReplyDeleteBetul cakap NA. Rasanya, tuan kedai selalu pantau kot, demi keselamatan pelanggan juga.
DeleteSedapnya mee rebus dan mee goreng. Kedai klasik macam ni sure makanannya ada rasa kan? Macam mak-mak masak. Asal masuk blog Tot mesti kelaparan yang tidak bisa dibawa berbincang
ReplyDeleteYe, KSarie. Memang sedap. Hehe.. sila² pergi makan, ya.
DeleteKalau kuah pekat macam ni, diam-diam pun habis sepinggan 😆
ReplyDeleteHehe.. betul, CCL. 😊
Delete