Wednesday, December 10, 2025

# Mengopi

Urut

 Assalamualaikum, semua...

Kisah pada 2 Disember 2025 yang lepas. Jumpa kerusi urut sedemikian rupa di Lotus's Manjung. Orang pun tak ramai. Menarik untuk dicuba. Macam duduk dalam cubicle. Agak bertutup di kiri kanan dan atas. Macam ada privacy sikit.

Kerusi urut masuk duit di Lotus's Manjung
Jom kita try

Harga RM3 untuk 6 minit. Ada dua buah kerusi urut. Suami sebelah, saya sebelah. 

Ada aircond dalam kerusi urut
Bila sudah duduk, dongak ke atas.

Ada aircond di dalam. Sedap kena urut. Selesa pula tu dan sejuk sebab ada aircond menghala direct ke muka. Rasa nak tertidur masa dia urut. Dari tengkuk belakang, belakang badan, lengan, peha, kaki di betis, masya-Allah, syok rasa. Kalaulah ada kerusi urut begini sebiji di rumah. Lokasi kerusi berhadapan tempat permainan indoor budak-budak. Itu ada signboard babyland dalam gambar di atas.

Lepas diurut, kami masuk pasaraya, beli barang dapur sikit. Lepas tu, beli kopi. 

Americano dan latte ais Gigi Coffee
Minum di food court

Suami minum latte ais, saya americano panas. Kopi panas lagi, melebor (orang Perak kata), jadi buka penutup cawan supaya cepat sejuk. Saya pergi cari tudung raya sementara itu. Suami duduk situ, main handphone. Tak lama pun, lima minit je pergi beli tudung. Sebab sudah aim kedai dan nampak dari luar tudung apa nak. Hehe.. baju raya sudah ada untuk tema raya tahun ini, cadang pakai baju tahun lepas-lepas saja. Tudung saja tak ada warna yang dikehendaki. 

Ok. Jumpa lagi. 💗

39 comments:

  1. Bagus kerusi urut tu..nampak lah secure sikit.. sepp sikit, Linda pun ada dah pilihan warna dan baju raya(recycle juga).. tinggal nak beli baju anak² je nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sama kita, Linda. Pakai baju raya lepas-lepas je, kan.

      Delete
  2. wah dah prepare baju raya tahun depan. Haah kan bulan 2 je dah puasa bulan 3 dah raya. Syioknya kalau kat rumah ada sebiji kerusi urut camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai baju lama je, kak. Banyak baju dalam almari tu, tak pakai pun.
      Kannn... bila lenguh-lenguh best je mesin urut.

      Delete
  3. Moga satu hari Cuya ada rezeki belikan ibu kerusi urut. Dia memang suka kalau diurut ni.

    Senangkan pakai je baju apa ada takyah beli baru. Tapi ibu suruh juga Cuya tempah baju haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... Insya-Allah, Cuya.
      Kalau ibu suruh, tempah je la. Itu pun, ada lagi ke tukang jahit nak terima ni.

      Delete
  4. Moga satu hari Cuya ada rezeki belikan ibu kerusi urut. Dia memang suka kalau diurut ni.

    Senangkan pakai je baju apa ada takyah beli baru. Tapi ibu suruh juga Cuya tempah baju haha

    ReplyDelete
  5. Bagus la mesin tu macam ada penutup gitu takdela nampa jelas kita duk mengurut atas kerusi tu. Raya awal tahun depan ni memang kena prepare awal kan. Cie belum decide warna apa. Selalu masuk kedai dapatkan semua size baru la tau warna apa. Kalau cari warna awal2 susah nak jumpa size semua ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Cie, beli sekarang je, jadi tak kalut.
      Oh, tips yang bagus juga tu, cari saiz baju yang ada dulu.

      Delete
  6. Tu dia, siap dah ada tema baju raya tahun depan, hihihi.

    ReplyDelete
  7. Pantas betul beli tudung, 5 minit ajer 😀
    Advanced ni dah sesiap fikir warna tema baju raya. Senang hati dah selesai satu hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka duduk dalam kedai lama-lama, Ujie, nanti nak beli sehelai, jadi 3 helai.
      Alhamdulillah. Jadi nanti boleh fokus beli baju anak-anak je.

      Delete
  8. Salam perkenalan,
    Wahh so heaven bila duduk di kerusi urut.. bagus design macam ni at least orang lalu-lalang boleh sorok muka. Seronok prepare baju raya awal, tak kalut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan, LZ. Tak de pun orang lalu lalang waktu saya berurut. Nasib baik.
      Pakai baju raya lama je. Jimat belanja.

      Delete
  9. Futuristik pulak tengok design kerusi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. itula, pertama kali akak nampak sedemikian rupa.

      Delete
  10. Kalau aircond hala ke muka gitu, mmg boleh lena la hehe....
    Sy tak cari lagi baju raya. Belum decide warna tema 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hik hik, betul, betul.
      Takpe, banyak masa lagi, PH.

      Delete
  11. Pernah teringin nak beli kursi urut itu, tp lihat Watt listrik dia, langsung batal 🤣🤣. Tak sanggub daya listrik rumah saya kalau ada kursi begini hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. akak tak pernah check pula berapa kuat elektrik, kerusi urut ni pakai.

      Delete
  12. baguslah ada penghadang mcm ni...takde le org lalu-lalang boleh nmpk...dah beli tudung raya..hehe..buat persiapan awal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kak.
      Sebab dah jumpa yang berkenan, baik kita beli je. Nanti takut lesap.

      Delete
  13. Bagus kerusi urut ni sebab agak bertutup di tempat awam.

    ReplyDelete
  14. Saya baju raya dah buat lama, kes tidak dapat buat tahun lepas.
    Harap Nur jumpa tudung untuk baju raya tahun ini. Kalau tidak keberatan bolehlah tunjuk dalam blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sudah siap awal ya, NA.
      Sudah jumpa tudung. Selamat. Seganlah nak tunjuk. Tunggu raya ya. Hehe..

      Delete
  15. Coway kan ada jual kerusi tu..kawan yang agent coway suruh amik...hehehe...memamg x la...baik buat je urutan kat area yang disediakan mesin ni..bayar je RM5, nak lama buat RM10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Huii kalau beli, ribu riban la juga. Dengan kena servisnya lagi..

      Delete
  16. ammi segan kalau urut kat tempat open gini...especially bila time dia gegar2 badan. terasa lelemak pun ikut gegar sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakaian longgar, ok je. Kerusi urut macam ni ok, macam privasi, orang kurang nampak.

      Delete
  17. Kerusi urut bentuk macam tuh mengingatkan KSarie pada telur alien dalam cerita Alien. Pernah ternampak kerusi urut macam ni di Econsave. Nanti boleh cuba bila ada kesempatan. KSarie punya tema baju raya tahun ini adalah baju kerja apa ye yang masih muat dalam almari itu ye😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. saya dah lupa pasal telur alien tu. Betul la! Test, jangan tak test, baju raya dalam almari. Saya pun nak kena tengok juga, takut last minute tak muat, naya.

      Delete
  18. Ooo ini urutnya cara moden..terapi..boleh ja tertidur ..pernah juga guna mesin ni tertidur hehehehe

    ReplyDelete
  19. bestnya kalau ada cubicle camni, takla rasa malu sangat

    ReplyDelete
  20. Sesekali kalau duduk atas mesin urut ni kam .. lega satu badan .. CCL kalau pergi mall jumpa mesin urut nii memang tak lepaskan peluang laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. dapat mesin urut yang sedap, lega rasanya.

      Delete