Friday, December 19, 2025

Sarapan di rumah

 Assalamualaikum, semua...

Cerita pada 6 Disember 2025 yang lepas. Ada hari, memang malas keluar, jadi buat sarapan di rumah saja. Saya buat cucur ketam atau cucur crabstick ya, orang panggil. Pertama kali cuba buat. Jejari crabstick tu, suami tolong potong kecil-kecil dan masukkan dalam adunan. 

Cucur crabstick
Le' cucuq ketam

Sepatutnya, guna lebih banyak potongan crab stick. Baru rasa lebih ketam. Saya cuma cedok seketul potongan crab stick dalam satu ketul cucur. Tak apa, lain kali boleh perbaiki, letak lebih banyak. Habis, Alhamdulillah, makan cicah sos cili dan mayonis.

Nasi goreng ikan rebus
Goreng nasi juga. 

Cucur tu, side dish. Main dish adalah nasi goreng ikan rebus. Saya masukkan isi dari seekor ikan rebus, baki lauk lepas-lepas yang tak habis, ada dalam peti ais. 

Makan nasi goreng ikan rebus dengan sambal tumis petai. Peh! Tak tahu nak cakap camana. 😋 Alhamdulillah, nikmat dan rezeki.

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan. Ke, ada yang sudah cutikan anak sekolah awal-awal? Saya sekarang masih tidak percaya yang Sulaiman sudah habis sekolah. Tidak perlu lagi bangun awal pagi untuk sediakan sarapan untuk Sulaiman. Sulaiman ni, anak bongsu saya. Jadi lepas ni, boleh la bungkus pakaian sekolah lama semua, clearkan mana patut dalam almari. Sulaiman rancang untuk kerja, tahun depan, sementara tunggu keputusan SPM keluar. Banding dua orang abangnya, yang lebih memilih untuk lepak rumah saja, sebelum sambung belajar. 

Oklah. Salam Jumaat yang mulia. Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Sedap ni cucur. Sambal petai confirm bertambah makan

    ReplyDelete
  2. janji rajin nak buat...pasti seronok menikmati sarapan pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nikmat makan di rumah, Encik Hanafi. Alhamdulillah.

      Delete
  3. cucur ni mudah cuma kerajinan tu kena ada hihihihi

    ReplyDelete
  4. Kadang2 breakfast dirumah tu lagi nikmat rasa dia =D

    ReplyDelete
  5. Semua anak Nur dah besar! Nampak beza Sulaiman drngan abang-abangnya. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  6. bagus Sulaiman..macam linda, bapak dulu memang tak bagi kerja masa tunggu result SPM.. katanya, nanti kalau dah pegang duit, tak nak sambung belajar.. hihihi... moga yang baik2 untuk sulaiman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... 🤲 Mekasih, Linda.
      Hehe.. ada betulnya apa bapak Linda cakap tu.

      Delete
  7. semoga Sulaiman dpt kumpul duit utk digunakan bila sambung belajar di IPTA kelak.

    ReplyDelete
  8. Masya Allah. Sedapnya nasi goreng ikan rebus dengan sambal tumis petai. Kalau goreng lebih, mau berulang-ulang makan.

    ReplyDelete
  9. Cucoq, lama nya tak makan. Sedapnya Nur.

    ReplyDelete
  10. oh tahun depan sulaiman dah takde nak ke sekolah ye. dah besar dia..

    ReplyDelete
  11. Nasi goreng ikan rebus + cucur crabstick buat KSarie lapar walaupun baru aje lepas lunch ni😅Lepas ni honeymoon berdua dengan suami ye sebab Sulaiman pun akan sambung belajar lepas SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Insya-Allah. Tinggal berdua. Boleh la nyongket jauh sikit.

      Delete
  12. Beberapa hari nih baca ttg cucur ketam. Jadi kepengin nak buat 🤭🤭. Memang sukaaa sangat crab stick. Biasanya saya selalu stok. Tp suami LBH suka di kukus, lalu makan begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, lain macam cara masak, crab stick dikukus. Lebih mudah begitu.

      Delete
  13. Sedap cucur ketam .. ptg kelmarin CCL baru buat minum petang

    ReplyDelete