Assalamualaikum, semua...
Pada 4 Disember yang lepas, buat pertama kali saya dan suami pergi ke Pasar Sehari Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Kami suami isteri memang suka jalan-jalan pergi pasar tani, pasar pagi atau pasar sehari. Bukan pasar awam tau. Pasar awam tu, tempat orang jual barang basah atau barang dapur. Kalau pasar sehari, macam-macam barang ada dijual.
Lain lokasi, lain barang kita boleh jumpa. Walaupun makanan yang dijual lebih kurang. Tapi ada tempat, kita boleh jumpa barang yang jarang dijumpai. Pasar Sehari Kampung Koh ini walaupun namanya dalam daftar senarai pasar pagi dan malam di Perak adalah pasar sehari, ianya beroperasi dari 6 hingga 11 pagi sahaja, setiap hari Khamis.
![]() |
| Roti jala dan kuah durian |
Harga RM4. Boleh tahan sedap.
Di Pasar Sehari Kampung Koh ini, ada banyak jualan pakaian dan periuk belanga. Oleh itu, sangatlah menarik bagi saya. Pelbagai saiz dan design ada. Periuk zaman dulu ada, periuk terkini pun ada, yang jenis pakai elektrik dan jenis multicooker itu.
Buah-buahan pun banyak juga. Saya nampak banyak buah yang dijual di pasaraya besar, seperti kiwi, delima dan avocado. Pokok-pokok tanaman pun ada dijual.
Saya ada beli seluar pendek Sulaiman RM35 dua helai. Buat pakai di rumah. Seluar dia banyak yang sudah koyak dan reput kain, sudah tak boleh dijahit lagi. Memang kena beli baru.
Oh, lagi satu, pertama kali saya tengok ada amoi seorang ni, depan dia ada handphone, dia sedang bersiaran secara live, sambil memegang microphone, dia menegur semua orang yang lalu depan dia. Saya pun ditegurnya. Apabila saya membalas sapaan dia dan agaknya muka saya macam musykil, dia kata, dia jual insurans. Haha... pertama kali jumpa orang jual insurans di pasar sehari.
Jualan durian pun ada. Durian musang king. Wah.... tapi saya tak beli.
Itulah yang menariknya. Selain jamu mata tengok barang, beli makanan sedap untuk dibawa balik makan di rumah, boleh tengok juga pelbagai ragam orang bila membeli-belah dan mencari barang.
Kome suka pergi pasar tani atau pasar sehari, tak?
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Akak tak tangkaplak suasana pasar tu...
ReplyDeleteAkak segan, sebab orang ramai, Cuya.
Deleteseronok dpt pi mcm2 pasar tu....lama tk mkn roti jala dgn kuah durian
ReplyDeleteSaya pun, itu yang beli tu, teringin.
DeleteAduhai..Terliur tgk serawa durian tu...=q
ReplyDeleteHehe.. sedap tau, Nieza. Tak terlalu manis pun. Pandai orang jual tu buat.
DeleteSy pun suka pegi pasar pagi atau pasar tani
ReplyDeleteSelalu ada ulam2 kampung yg rare itu yg best tu
Betul, betul.
Deletedulu rajin ke pasar tani juga. lama dah tak pergi dekat setahun sebab mudah sakit bila berhimpit dengan ramai orang. sejak asik tak sihat lama tak pergi.
ReplyDeletesuka ke sana sebab sayur kampung pun banyak. buah semua segar. pakaian pun ada. nak brooch ke, baju kelawar batik lawa lawa , stokin corak lawa lawa semua ada. kuih muih pun banyak. best sangat
Oh, pakailah facemask. Saya bila pergi tempat orang ramai, sentiasa ber-facemask.
DeleteItu la, macam-macam ada. Kena menahan diri beli benda yang tak perlu.
inatkan amoi tu buat content spontan mcm miss neo kat tiktok tu, rupanya buat live jual insurans ehh. ke dia gurau part jual insurans tu xD
ReplyDeleteBetul, dia jual insurans, Mazni. Sebab dia pakai baju company insurans yang dia jual.
DeleteAmoi itu ada ajak beli insurans tak?
ReplyDeleteLama tidak pergi pasar tani. Meriah ya pasar sehari yang Nur pergi.
Tak sempat ajak, saya sudah jalan laju-laju. Hehe..
DeleteYe, NA, macam-macam ada.
Sedapnya teringin pulak tengok roti jala makan dengan kuah durian tu.
ReplyDeleteSila, sila, Cie. 😋
DeleteSA suka semua pasar...SA lagi suka berhabis kat tempat2 macam ni dari kat mall..suka barang2 fresh yang orang jual...
ReplyDeleteKann... buah-buah pun sama macam di supermarket di mall.
DeleteSuka pergi..tapi, tak suka ramai² orang..hahaha
ReplyDeleteHehe.. kena tahu timing la macam tu. Ada sesetengah tempat, kena pergi awal. Lagi lewat, biasanya lebih ramai orang.
DeleteBest kan pi pasar tani pasar pagi. Akak suka sebab kadang makanan atau sayuran kampung banyak dan jarang kita jumpa.
ReplyDeleteBetul tu, kak.
DeleteDua-dua jenis pasar saya suka kunjungi. Boleh buat terapi mata, nacam-macan dapat dilihat.
ReplyDeleteBetul tu, kak.
DeleteKSarie lebih suka pergi pasar tani atau pasar pagi daripada pasar malam sebab mungkin ada pelbagai barang yang dijual dan suasana pagi lebih nyaman begitu
ReplyDeleteBetul juga tu, KSarie. Pergi pasar malam biasanya panas.
DeleteSalut lah dengan agen insurance ini. Mereka memang cukup confident untuk jualan produk kemana saja. Terkadang sedihnya, kalau dah jadi agen insurance , hubungan dengan keluarga dan teman jadi terjejas. Sebab setiap menelpon, dikira akan menawarkan insurance 😅😅.
ReplyDeleteItu curhat teman saya yg memang agen asuransi 🤭.
Unik juga roti jala pakai kuah durian. Biasanya yg pakai kuah durian di sini itu kue serabi.
Oh, memang harus punya minat untuk jual insurans ini kan, Fanny. Agak mencabar dan tidak kena bagi orang yang kurang berani dan introvert.
DeleteSelain kari ayam, kuah durian juga kuah yang enak dicicah roti jala, Fanny. Harus cuba jika lain kali Fanny ke Malaysia, ya.
Boleh dikatakan murah juga ..RM 4
ReplyDeleteYa, berpatutan harga dan sedap.
Delete