Monday, December 15, 2025

Mi bandung Muar

 Assalamualaikum, semua...

Cerita pada 4 Disember 2025 yang lepas. Wak Lat pernah sampai kedai ini. Saya dan suami pertama kali pergi. Lokasi di Pekan Gurney, Sitiawan, Perak. Pekan koboi. Kami pergi petang hari, lepas Asar, untuk makan malam.

Saya kalau teringin makan mi bandung, saya pergi ke kedai tomyam sahaja. Saya tak pernah masak mi bandung di rumah, kerana saya je dalam keluarga yang suka makan mi berkuah seperti mi bandung, mi rebus, dan seumpamanya. Ini pertama kali saya nak mencuba mi bandung Muar ni.

Mi Bandung Muar. Resepi Asli. Sejak 2019
Mi Bandung Muar. Resepi Asli. Sejak 2019

Ambil gambar dari sudut kiri kedai. Kedainya dalam bangunan rumah kedai lama, dari kayu. Klasik.

Mi Bandung Muar, Pekan Gurney, Sitiawan, Perak.
Ambil gambar dari sudut kanan kedai pula.

Udah rupa pelancong, padahal kami duduk daerah sama je. Waktu kami sampai, ada beberapa pelanggan sedang menjamu selera. Ada beberapa meja kosong. 

Ada seorang kakak datang bawa menu, ambil pesanan. 

Kami nak makan Mi Bandung Muar.
Selfie sekeping. 

Pilih meja sebelah kipas. Tak lama pun tunggu pesanan kami siap.

Mi goreng mamak
Suami order mi goreng mamak

Mi goreng mamak dia ada rasa hangus. Saya suka rasa hangus ni. Macam dia masak guna api besar. Suami cakap, mi goreng ada banyak kicap.

Mi bandung Muor
Inilah dia, mi bandung Muor

Saya pesan mi bandung Muor biasa. Macam ni rasanya. Memang lain rasanya, dari mi bandung kedai tomyam. Ada tauhu. Ada udang dua ekor. Sedap pada tekak saya. Alhamdulillah.

Harga makan malam RM25.50. Mi bandung Muor biasa harga RM9.

Menu Signature kedai ini yang autentik Johor, selain mi bandung biasa yang saya pesan, ada mi bandung XL, mi bandung tulang, mi bandung tulang XL dan mi hailam chinese style.

Selain itu, ada masakan panas lain yang goreng-goreng juga. 

Boleh datang lagi, cuba menu lain pula lain kali. 

Restoran Mi Bandung Muar ini dibuka dari pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam. Tutup setiap Isnin.


Sekian perkongsian.

Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Akak sama macam ibu, dia penggemar mee yg berkuah. Lagi2 mee bandung

    ReplyDelete
  2. Dulu masa pertama kali saya makan mi bandung di luar negeri Johor, saya terkejut sebab jauh berbeza rupa dan rasanya 😄. Disebabkan lidah dah biasa dengan mi bandung Johor, jadi saya kurang gemar mi bandung versi berbeza.

    Oh ya, mi bandung Muo dengan mi bandung Batu Pahat pun ada perbezaan. Dua-dua pun sedap pada tekak saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, saya rasa mi bandung asli di Johor, mesti rasa lain dari apa yang saya rasa di kedai ini. Masya-Allah, bilalah saya nak pergi cuti-cuti sana, boleh cuba mi bandung di dua tempat Ujie sebut.

      Delete
  3. dulu saya pun tak suka makan mee bandung. tapi sebab mak saya masak mee bandung sedap, jadi suka pulak. mee berkuah lagi sedap dri mee yg kering2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mazni. Mesti sedap mi bandung yang mak Mazni masak.

      Delete
  4. Sedapnya mi bandung muar lama tak makan.

    ReplyDelete
  5. Orang kata 'play tourist' gitu.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Uncle. Padahal tinggal dekat situ je. Hik hik!

      Delete
  6. Abah saya suka mi bandung. Kalau Abah teringin mesti buat. Tidak tahu apa beza mi bandung biasa dengan mi bandung Muo. Saya cuma tahu makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Abah NA masak sendiri ya? Lain, yang dijual di kedai tomyam dan yang orang Johor buat, NA. Tapi saya pun tak kisah sangat. Boleh diterima tekak saya ni.

      Delete
  7. Tak order mee Bandung dekat kedai tomyam..sebab tau nanti tak boleh nak go dengan rasa dia...boleh la cuba makan kat sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sebab tak pernah jumpa yang kedai orang johor buat, Linda. Dah tahu ni, boleh la repeat bila teringin.

      Delete
  8. SA pun suka dan penggemar mee berkuah..kalau balik JB memang akan singgah Muar...pekena mee bandung dulu...mee goreng2 pun SA suka...

    ReplyDelete
  9. Mee bandung muo le best. Kadang bila makan luar dari muo mesti jadi lain. Kadang di letaknya ayam lah. Mee bandong tulang tu mesti best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lain kali boleh cuba mi bandung tulang pula.

      Delete
  10. sedap tu tgk mee bandung...mee goreng mamak yg mcm hangus2 bau asap kuali mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Bau hangit tu yang buat mi goreng rasa special. Hehe..

      Delete
  11. Saya suka masakan mi berkuah, tapi biasanya kuah dan aksesori yang duluan habis, tinggal longgokan mi dalam mangkuk.

    ReplyDelete
  12. Asal masuk blog Tot jadi kelaparan padahal baru selesai belasah nasi dengan 2 ketul ayam goreng😅Mi bandung Muor paling legendaris rasanya kan😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai dua ketul tu, ayam goreng dia. Hehe.. itu la, memang tersohor keenakan mi bandung muor ni.

      Delete
  13. Samaaa kak. Saya pun paling suka Kalak makan mi goreng mamak ada aroma smokey nya 🤩🤩. Sedaaap kan.

    Saya masih agak bingung sebenarnya, makna Bandung di perkataan mi bandung. Dulu saya kira mie asal Bandung, Jawa Barat. Tapi di Bandung pun tak ada mi seperti itu. 😅. Berarti ada arti lain dari Bandung ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny, harus ada aroma hangus itu, baru sedap! Hehe..
      Akak pun tak pasti mana asal nama bi bandung, Fanny. Haha.. tapi asal mi bandung paling sedap, dari Johor. Mungkin dari orang Jawa kot.

      Delete