Assalamualaikum, semua...
Cerita kami pergi mengopi di Bask Bear, pada 16 Disember 2025 yang lepas. Jarang sekali kami pergi Bask Bear ini. Kalau tak silap, ini baru kali kedua kami mengopi di dalam premis. Ada sekali long time ago, saya cuma bungkus kopi di Bask Bear, itu pun cawangan yang di Kampar. Oh, ada sekali juga saya masuk dalam Bask Bear cawangan Seri Iskandar, sangat besar di dalam, selesa untuk melepak sambil mengopi. Waktu itu, saya cuma bungkus kopi dan makanan. Hafizan yang ajak, sebab dia suka roti bakar dari Bask Bear ini.
Hari itu, saja je, cari tempat mengopi sejuk yang ada aircond. Lokasi Bask Bear di Manjung Point.
![]() |
| Minum petang kami. |
Suami seperti biasa, kopi ais dan saya, kopi panas. Order roti bakar juga.
![]() |
| Resit |
Americano panas harga RM8.40.
Caffe Latte Iced harga RM9.91
Cheese Melt Toast harga RM5.57
Ada tax, harga RM1.42
Americano panas agak mahal, berbanding Zus.
![]() |
| Tulisan di dinding |
Mungkin masa kedai ini mula dibuka, unik, kopi yang guna gula aren. Tapi sekarang, kopi gula aren ini, boleh juga dibeli di 7-Eleven.
![]() |
| Tiada orang. |
![]() |
| Tulisan di dinding sebelah sini pula. |
![]() |
| Keratas rentas Cheese Melt |
Nak juga pesan makanan. Padahal roti bakar begini, boleh dibuat di rumah saja, kan. 🙈
Semasa di kaunter ada perasan banyak juga makanan boleh dipesan, seperti mac and cheese, crispy burger, muffin, roti bakar atau toastie, nasi pun ada, ayam goreng tanpa tulang, dan fries. Ada banyak jenis la boleh dipilih.
![]() |
| Ada sofa |
Rekabentuk sofa klasik, macam sofa zaman dulu. Tapi selesa juga. Suami sibuk dengan game bolanya. Tapi kan, saya nak cakap di sini, kopi dia pada saya, kurang sikit. Tapi benda itu subjektif. Saya banyak pesan americano panas. Yang Bask Bear dan Gigi Coffee punya americano kurang sedap di tekak saya.
Orait. Jumpa lagi. 💗








pernah skali je mkn kt cafe bask bear...selebihnya ada opismate yg slalu order delivery utk menu breakfast
ReplyDeleteMenu breakfast dia, toasties sedap-sedap, kan.
DeleteKopi dia uncle tak pernah rasa... tapi sandwitch dia dah beberapa kali
ReplyDeleteSandwich dia laris, sebab sedap kan, uncle, dan murah.
DeleteKami anak beranak memang peminat BB ni. Toastie dia sedap.
ReplyDeleteSetuju, toasties dia sedap-sedap.
DeleteKadang2 kena kat tekak orang lain, kat tekak kita tak kena. Bukan peminum kopi jadi tak tahu rasanya. Kopi yang saya minum dulu masa kecik2 kopi hitam Pah saya. Tak tahu jenama apa tapi sedap.
ReplyDeleteBetul, Ezna. Kopi orang dulu-dulu biasanya sedap.
DeleteKali pertama saya masuk Bask Bear di Bandar Baru Bangi. Saya dah lupa kami order apa, tapi kira tak kena seleralah. Masuk sekali, tak mau masuk lagi 😅
ReplyDeleteHehe.. macam tu la ye, kalau tak kena selera, memang tak pergi dah.
DeletePelik erk, ngopi pun kena cukai
ReplyDeleteItu la pasal, Wak.
DeleteRoti bakar dan kopi memang boleh dibuat sendiri di rumah tapi feel dia lain tu kalau ada orang yang buatkan walau kena bayar, hihi.
ReplyDeleteHehe.. betul apa SK cakap. 😁
DeleteBask Bear pun antara venue yang SA suka gak kalau mengopi...best...
ReplyDeleteBoleh gang dengan Cie ni. 😊
DeleteRoti dia sedap. Cuya pon jarang ke bask bear sebab jauh dari rumah
ReplyDeleteYe la kan. Baik pergi kedai yang dekat².
DeleteCheese melt tu, melting dan kecur pulak air liur tengoknya
ReplyDeleteHehe.. betul. 😋
DeleteBaca post ini menyebabkan KSarie tiba-tiba teringin hendak makan Bask Bear. Pernah makan sekali sahaja tahun 2024 rasanya. Seronok kan lepak dalam kedai yang tidak ramai orang
ReplyDeleteUii, tahun lepas pergi. Itulah, kedai takde orang, aman damai je rasa.
DeleteRasa selesa tengok suasana Bask Bears. Cheese Melt itu rasa murah pula.
ReplyDeleteMemang selesa tempatnya, NA. Ha ah, ok harga, 5 ringgit je.
DeleteCCL suka roti bakar tue . Sedap memang menjadi pilihan laa kalau tiap kali ke sana
ReplyDeleteBetul².😊
DeleteBask bear ini di jakarta memang tak ada, tp ada 1 cafe kopi yg mirip. Namanya Janji Jiwa. Sedia toast macam itu juga. Memang ini bisa dibuat sendiri, tp ntah kenapa kalau saya yg buat, tak bisa sama sedap kak hahahahah
ReplyDeleteJadi saya prefer beli.
Nah sama kayak baskbear. Yg janji jiwa ini, rotinya sedaap, tapi kopinya tidak 🤣. Jadi kalau kesana, saya cuma beli roti saja
Haha.. kedai buat lebih sedap ya, Fanny. Hik hik.. kebetulan sama pula, kopinya kurang sedap. 😁
Deleteamericano sepatutnya takleh mahal. sbb dia kopi basic je. 5-6 ringgit tu range harga dia patutnya.
ReplyDeletetoast kat baskbear mmng sedap! saya suka beli flavor telur. tu je yg murah skit dan telur tebal
Betul, betul!
DeleteOh ye ke.. lain kali boleh cuba yang Mazni cakap pula.