Saturday, December 20, 2025

Brew kopi dari rumah

 Assalamualaikum, semua...

Saya beli cerek untuk buat kopi di rumah. Nama cerek yang boleh letak atas api ini ialah Tazze Moka Pot. Ramai peminum kopi pakai cerek kopi ini. Cerek ini brew kopi menggunakan vapor pressure dan haba. Saya pun tak faham juga camana mekanisme alat ini. Tapi saya buat carian dulu, macamana cara nak hasilkan kopi sedap dari rumah macam di kedai kopi, dan ini adalah alat paling berpatutan mengikut kemampuan saya. Malah, saya tertengok video seorang rider yang peminum kopi juga menggunakan moka pot ini masa sedang berehat. Dia sedang ride ke Kelantan, berhenti untuk makan. Dia guna moka pot, masak atas dapur yang macam penunu bunsen itu sampai kopi terhasil. Dia lagilah, penunggang motor, mana boleh bawa barang banyak, semua alat jenis compact tapi functional.

Saya pesan moka pot dari shopee. Barang sampai rumah 5 Disember 2025 yang lepas.

Moka pot untuk buat kopi di rumah.
Tadaaa.... inilah dia, moka pot.

Harga RM11. Moka pot ini dibuat dari aluminium. Tapi bukan nipis macam tin aluminium itu. Ia agak tebal supaya dapat tahan haba api. Design moka pot ini mengikut stail klasik Itali dan digunakan untuk membuat kopi seperti espresso. 

Moka pot untuk buat kopi dari rumah
Close-up moka pot, dikeluarkan dari kotak.

Lagi satu sebab kenapa saya beli sebab masa saya buat carian itu, ada barista cakap untuk hasilkan kopi sedap, "You don't boil your coffee. You steam it". 
Cara tradisional yang saya terfikir sebelum ini adalah kita didihkan air dalam periuk, dan masukkan serbuk kopi. Tak salah, tapi mengikut kata pakar kopi, kita sudah cemarkan rasa kopi itu. Rasa kopi itu berbeza bila kita steam.

Tiga bahagian utama dalam moka pot
Terdiri dari 3 bahagian

Ada cawan untuk isi air bawah (kiri sekali dalam gambar di atas). Bahagian tengah, yang ada lubang-lubang penapis itu untuk isi serbuk kopi. Bahagian atas cawan tempat kopi keluar.
Yang penapis tengah itulah yang kita biasa tengok kalau barista buat kopi guna mesin kopi yang besar itu, dia ketuk-ketuk keluarkan serbuk kopi. Sekali isi, sekali hasilkan kopi, dan terus buang serbuknya. 

Cubaan pertama buat kopi guna moka pot
Cubaan pertama buat kopi guna moka pot.

Saya baru ada peluang untuk guna dapur kecil di bahagian tengah. Dapur arwah mak saya ini, ada tiga dapur gas, di kiri kanan yang saiz standard orang guna untuk masak itu. Di tengahnya, ada dapur gas kecil sedikit, yang saya tak pernah guna. Sebab moka pot ini kecil. Lagi kecil dari periuk comel yang guna untuk masak maggi tu, jadi sesuai guna atas dapur gas kecil. Patut makcik rider itu buat kopi guna dapur portable macam penunu Bunsen itu. Hehe.. Tak ambil masa lama pun untuk hasilkan kopi. Bunyi air mendidih, kopi pun keluar.

Saya rekod video masa air kopi sudah hampir siap. 

Saya guna serbuk kopi Acheh yang kak Amie bagi. Kopi tak akan melimpah keluar dari cawan atas, sebab cawan bawah itu, bila kita isi air secukupnya, memang sekadar cukup untuk kopi keluar ke cawan atas. 


Sikit je, sebab ukuran moka pot yang saya beli dari shopee, untuk tiga cawan kopi espresso. Kalau minum macam itu saja, memang kow kopinya, terbeliak biji mata, kome. Jadi, saya tambah air. Baru rasa macam americano yang selalu beli di zus. Wuhuuuu.... Syok dapat buat kopi sendiri dari rumah! Sekarang baru saya faham. Patut kalau beli espresso di kedai kopi, cawannya kecil saja. Itu adalah hasil yang kita dapat bila kita brew kopi. Campur air sikit, barulah rasa macam americano. 

Alhamdulillah. Nikmat. Saya sudah banyak kali guna moka pot ini di rumah untuk buat kopi. Ada sekali suami cadang, guna serbuk Nescafe, boleh juga, jadi... Rasa saja lain, banding guna serbuk kopi. 

Orait. Sekian cerita tentang saya buat kopi dari rumah. 

Jumpa lagi, ye. 

30 comments:

  1. Macam-macam kaedah digunakan untuk menikmati kopi ye Nur. Saya pernah lihat kopi dipanaskan atas pasir panas. Rupanya ada cara untuk buat kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kak. Terpulang pada kita, nak buat kopi macamana. Masya-Allah, uniknya kopi dipanaskan atas pasir panas.

      Delete
  2. Menarik jugak ni sekali sekala boleh mengopi kat rumah je.

    ReplyDelete
  3. Take mengopi dah la kak Nur lepas ni.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengopi juga kat luar. Tapi slow² nak kurangkan. Save bajet. 😊

      Delete
  4. tak payah pergi ngopi di luar lagilah nampaknya. tapi bila angin tak rajin tu sampai, bye bye la pot kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah baru sat² ni guna mokka pot lagi buat kopi.

      Delete
  5. Wahh senanglah lepas ni nak mengopi dari rumah. Jimat pon jimat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cuya. Doakan akak kuat untuk kurangkan mengopi luar ya, Cuya.

      Delete
  6. Tak perlu coffee hunting lagi la Nur ye... Bancuh sendiri di rumah aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah perancangannya, PH. Save bajet sikit.

      Delete
  7. Ada jugak di rumah, tapi masalahnya jenis nak cepat dan tak sabar menunggu hehe. Simpan balik dalam gerobok. Tapi yang beli tu hubby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke.. saya rasa, agak cepat kopi siap. Atau mungkin sebab pot saya kecil, jadi tak ambil masa lama pun.

      Delete
  8. wow ni klasik sungguh ni. mesti rasanya lagi sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada serbuk kopi yang kita guna juga, Mazni.

      Delete
  9. Wah rajin Nur brew sendiri ye..kalau SA....sekejap je tu semangatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. musim panas ni, malas keluar rumah SA, untuk mengopi.

      Delete
  10. Wahhhhh mantap Tot brew kopi sendiri. Semacam terapi juga kan? Sebab ada kawan yang brew kopi sendiri kata ianya macam terapi untuk facing the world bila dia brew kopi setiap pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, KSarie. Macam mengait, asal benang jadi kain. Buat kopi pula dari serbuk jadi air panas sedap, memang nikmat. 🥰

      Delete
  11. wah mengopi je lah di rumah ye sebab dah ada barangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga beli kopi luar, kak. Kalau keluar ada urusan. 😁

      Delete
  12. Begini rupanya buat kopi yang pekat. Macam senang cara buat.

    ReplyDelete
  13. saya masa jer kopi dan rasanya tak terkalah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kurang lengkap ayat encik Hanafi ni, jadi saya kurang faham apa maksud.

      Delete
  14. Kaaaak thankyou dah jelaskan. Selama ini saya masih galau nak beli mesin kopi buat di rumah. Tak nak yg mahal, yg kecil je. Pernah terlihat juga moka pot ini. Tp msh belum yakin nak pilih yg mana 🤣. Agak2nya saya akan beli juga lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Fanny. Jadi mudah nikmati kopi sedap di rumah. Jimat belanja juga. 👍

      Delete
  15. Best lepas ni ngopi² kat rumah .. hri tu CCL ada sembang² dgn kawan .. CCL ada angan² nk beli mesin komen ..berangan itu kan percuma ..sampai sekarang angan-angan tu terkubur lagi .. dia ada suggest juha beli teko macam nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah CCL, untuk pencinta kopi macam kita ni, sampai bila nak beli kopi luar setiap hari, kan. Kalau ada moka pot atau coffee machine sendiri, boleh juga jimat, buat di rumah saja.

      Delete