Assalamualaikum, semua...
Cerita pada 20 November yang lepas. Pagi, selepas Sulaiman ke sekolah, saya pergi berjalan di Padang Astaka, Sitiawan. Sudah jarang pergi jalan pagi. Mode malas ON. Lagi pun, banyak hari waktu pagi, hujan. Ye la tu, kan, kalau tak hujan pun, pergi ke jalan waktu pagi? Huu.. Pagi tu, kena seret kaki juga. Menyampah, tapi bila fikir makan banyak dan badan rasa macam berat, jalanlah juga slow-slow.
![]() |
| Satu jam berjalan lenggang kangkung itik pulang petang |
![]() |
| Ikan keli berlado |
Sulaiman punya lauk kegemaran. Rasa macam hari tu saya ada update blog, masak ikan keli berlada juga. Oh, itu kejadian pada awal bulan. Ini, akhir bulan November.
![]() |
| Sayur kacang buncis dan carrot pecah telur. |
Alhamdulillah.
Salah satu kaedah untuk melawan kemalasan bagi saya adalah paksa diri untuk mula. Korang pula camana? Semoga kita tetap bersemangat buat benda-benda bermanfaat dan siapkan kerja kita sehari-hari.
![]() |
| Jumpa doa atasi rasa malas |
Ok. Jumpa lagi. 💗





Satu jam jalan lenggang kangkung okay lah tu bakar kalori dari tak ada lansung kan.
ReplyDeletePokok besar macam tu selalu ingat Ladang UPM berbukit tu dan Taman Tasik Taiping.
Memang kena paksa jugak melawan kemalasan tu. Kalau tidak, tak jadi.
Ha ah, betul, Taman Tasik Taiping banyak pokok besar.
DeleteBetul, betul. Kena paksa diri juga buat.
Pokok besar tu cantik dijaga dan tak ditebang. Ikan keli yumm terliur tengok.
ReplyDeleteLawan malas, hhmmm........ Terkadang memang malas.
Hehe.. mungkin malas itu tanda kita perlu rehat kot ya, Mulan.
DeleteLinda pun dah lama tak berjalan ni..hujan je petang..nak buat dalam rumah pun malas...emmm...
ReplyDeleteAkak sekarang dah buat dalam rumah saja, Linda. Malas bebenor nak keluar.
DeleteSama la..paksa diri je skrg ni..kalau ikutkan malas semua benda x jadi kan...
ReplyDeleteBetul, betul!
DeleteCantik rupa kanopi pokok besar tu.
ReplyDeleteTahniah dah berjaya melawan rasa dan dapat pulak buat hampir 5km 👏🏽
Saya pun dah lama tak morning walk sebab hujan berpanjangan. Ni baru dua hari melawan malas, mula morning walk. Motivasi saya? Bila tengok angka di penimbang makin naik tak mau turun 🙃
Terima kasih, Ujie. Saya cuba. 🤗
DeleteHehehe.. betul juga tu, motivasi sangat! Mari kita! 💪
Betul Nur. Kena paksa diri. Kalau tak, satu apa pun tak jadi.
ReplyDeleteKann, kak...
DeleteTolong seru kerajinan kat sini jugak 😆. Malas betul nak seret kaki. Walking pad ada dalam rumah pun malas.
ReplyDeleteCie kerja, jadi boleh difahami sangat, letih seharian kerja, jadi perlu rehat. Lagi pun, Cie IF, itu badan maintain slim jer. 👍
DeleteCara Cuya melawan kemalasan ialah dengan menaikkan dopamine di otak
ReplyDeleteMinum kopi dan pasang lagu.
Nak menyapu pasang lagu, nak memasak pon pasang lagu hehehe
Idea yang bagus tu, Cuya. Sama kita, akak pun pasang lagu masa masak. 😊
DeleteAda masanya kemalasan pun berguna juga.
ReplyDeleteSupaya badan boleh berehat ya, Wak.
DeleteAlang2 jalan kat padang rumput tu boleh la 'earthing' sekali... Pernah buat?
ReplyDeleteTak boleh buat, sebab tempat laluan anjing. Kadang anjing-anjing ada buang air kat padang, Uncle.
DeleteBaguih Tot berjaya melawan kemalasan. Berjalan mengambil angin memang boleh buat rasa happy kan? KSarie kalau kemalasan memang usah dibicara. Tidur aje la keroje dia
ReplyDeleteBetul KSarie, berjalan keluar rumah boleh buat happy. Tidur pun bagus, badan boleh rehat.
DeleteKadang² berjaya melawan kemalasan, kadang² tumpas jua
ReplyDeleteLumrah kehidupan. Takpe, esok kita cuba lawan malas lagi.
DeleteMemang ujian rasa malas ni selalu ganggu..kita saja perlu lawan dan lawan..kerana malas ni tak baik di layan kan..
ReplyDeleteBetul, cikgu.
DeleteBanyak entry terlepas, pasti akan datang baca..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, singgah sini.
Deletesedapnya keli berlado tu
ReplyDeleteHa ah, sedap, Alhamdulillah.
DeleteHehe nak mulakan itu yang seksa. Lepas buat betul rasa lega dapat buat.
ReplyDeleteSedap lauk sambal keli. Hari Keluarga, Mak buat lauk ini untuk dibawa ke sana.
Kann..
DeleteWah.. mesti sedap air tangan mak NA.
Betuuuul. Harus dipaksa kak. Ada masanya saya malas workout terkadang. Jenuh kan, selalu rutin. Tapi jika mengingat saya tak nak nanti menyusahkan anak2 hanya Krn orangtua nya sakit2an, kaki jadi lemah, saya paksa badan utk tetap gym.
ReplyDeleteHanya saja malas ini cuma di awal. Krn begitu badan sudah gerak lagi, malah lupa waktu 😄😄. Target hanya 45 menit, bisa nanti lebih dari sejam
Betul, Fanny. Nak mulakan tu yang payah.
Delete