Monday, December 22, 2025

Untuk terakhir kali

Assalamualaikum, semua...

Cerita saya dan suami pergi mengopi buat kali terakhir di Richiamo Coffee, pada 11 Disember 2025 yang lepas. Cafe ini akan ditutup. Semasa saya taip entri ini, saya sendiri tidak pasti sama ada masih beroperasi atau tidak. Saya tanya pada staff yang bertugas, sebab saya tengok ada nota kedai untuk disewa. Memang betul adik Richiamo cakap. Cafe akan ditutup. 

Selain kopi, makanan masih boleh order tak, saya tanya pada adik tu. Dia kata, muffin saja yang ada. Percuma.

Masa nak buat bayaran pun, hanya QR code dan cashless payment sahaja diterima. Bayaran secara tunai sudah tak boleh.

Sayu pula tengok pastries semua sudah tak ada. Chiller dia kosong.

Americano panas kosong, latte ais kosong dan muffin blueberry sebiji.
Americano panas kosong, latte ais kosong dan muffin blueberry sebiji.

Saya minta buatkan kopi dalam cawan take-away, sebab tak dapat duduk mengopi lama pada petang itu. 

Blueberry muffin
Blueberry muffin

Pertama dan terakhir kali makan blueberry muffin di Richiamo Coffee.

Close-up cawan kopi kami
Close-up minuman kami.

Bye, Richiamo Coffee. Boleh jumpa lagi ke? 

Selfie di Richiamo Coffee yang bakal tutup
Akan merindui mengopi sambil duduk di kerusi sofa selesa ini

Kopi dia sedap je. Makanan pun. Kenapa tak dapat bertahan ye? Tempat pun selesa untuk mengopi. Wallahualam...

Pakaikan cup sleeve kait pada cawan kopi yang panas
Pakaikan baju kait pada cawan sebab kopi masih panas.

Kami kena gerak. Ada urusan cari barang. Tak dapat lepak mengopi lama.

Muffin percuma bila beli dua cawan kopi
Muffin percuma hari itu.

Sudah ada makluman kedai untuk disewa. Ada nombor telefon tuan kedai. Ada nota muffin atau pie percuma jika beli dua cawan kopi.

Awalnya ada dua cawangan Richiamo di Manjung. Yang pertama di Stesen Shell berdekatan Aeon Mall Seri Manjung. Satu lagi di Stesen Petronas Teluk Muruh. Yang di Stesen Shell tutup dulu. Terbaru yang di sini pun ditutup juga. Sedih pula rasa. Tak dapat rasa salted egg croissant buat kali terakhir. 
Terima kasih, Richiamo Coffee.


Share lagu Untuk Terakhir Kali oleh Marsha. 

Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Sedih pula rasanya, lagilah dah selalu datang. Ada kenangan.

    ReplyDelete
  2. Kenapa ye. Sayangnya. Agaknya kos jualan tidak dapat menampung kos sewa kedai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi saya baca, di bandar besar seperti di KL masih ada, kak.

      Delete
  3. di tempat saya pun dah tutup juga..semalam saya baru tertanya2 kenapa Richiamo tutup sedangkan ramai je yang keluar masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, sana ramai pergi ya, Afzan. Tempat akak, kurang sikit. Ada customer, tapi tak ramai.

      Delete
  4. Samalah, Richiamo di Seremban 2 pun dah tutup dan tak silap ada beberapa outlet di Negeri Sembilan ni pun bakal ditutup.. Tak tahu kenapa tiba-tiba tak beroperasi lagi padahal menu semua sedap..

    ReplyDelete
  5. Sedihnyaaaaa....banyak dah outlet Richiamo ni tutup...

    ReplyDelete
  6. Persaingan terlalu sengit. Kedai kopi macam ni lebih elok buat apps untuk orang collect point & buat order, sediakan standard recipe yang rasa makanan sama je semua tempat. Lipis ni ada tapi makanan failed. Kopi pun jarang beli sebab lebih prefer order Zus & Tealive boleh order thru apps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ke... sana makanannya failed, ya. Betul la, sekarang ramai yang nak cepat, order thru apps.

      Delete
  7. Sedih, kan. Khabarnya banyak jugak cawangan RC yang telah ditutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Kat Perak ni, banyak sudah cawangan ditutup, SK.

      Delete
  8. Nasib baik cuya pernah merasa salted egg tuu.. taktahu la di tempt Cuya ada lgi ke tk sebab area sini jarang pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ada juga kenangan merasa salted egg croissant tu ya, Cuya.

      Delete
  9. Sayang jugak franchise home grown ni kan?

    ReplyDelete
  10. Sedih dan sayang sbb RC milik bumi. Dekat SG ni pun dah tutup. Tak sempat nak pergi utk kali terakhir pun :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH. Alaaa... sedih juga, tapi di KL masih ada, PH. Cer PH cari cawangan yang masih ada.

      Delete
  11. Mcm byk jugak baca dr blogger lain cawangan RC ni tutup.. sayangkan sbb RC ni milik org kita... tp di kch ni masih ada lg bukak 1, yg 1 lg dh tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha... orait tu, kakmim. Masih ada satu cawangan yang dibuka.

      Delete
  12. alaa port ngopi kak nur takde dah lepas ni.. kesian juga cafe nya banyak dah ditutup. kat area rumah saya ni mcm masih ada lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah, masih ada, Mazni. Akak, kurang satu tempat mengopi yang sejuk.

      Delete
  13. Richiamo yang paling dekat ni macam suram sangat dah.

    ReplyDelete
  14. Sedih lah kalau lihat suatu usaha terpaksa tutup. Semoga saja richiamo ini tutup bukan Krn tak laku, tp mungkin Krn nak pindah lokasi yaa. Blm sempat saya coba richiamo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti, Fanny. Ada baiknya juga jika sedikit cawangan, jadi mereka boleh fokus tingkatkan sales dan perbaiki mana patut dahulu, kan.

      Delete
  15. area rumah ni pun lengang takda orang sangat padahal makanan semua elok je sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke... agak pricey juga, makanan dia, kan.

      Delete
  16. Laaa dah tutup ya?. Apa la sebab tu ya....harganya mungkin tak murah dan ramai juga nak berjimat la mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ezna, sudah tutup. Tak tahulah. Agaknya la, kan.

      Delete
  17. Banyak cawangan RC tutup kan? Makanan hipster dan harga agak mendebarkan jadinya mungkin salah satu faktor tidak boleh sustainable gamaknya ye. Teringat seorang jiran suka betul makan RC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, KSarie. Itu la, boleh jadi juga itu sebabnya.

      Delete
  18. Ehh banyak juga cawangan richiamo tutup .. kat tempat CCL ni pun last operasi ujung nov haritu .. dec dah tutup ..ada sembang dgn staff richiamo.. katanyaa sewa lot kedai naik tinggi ..

    ReplyDelete