Jumaat, 16 Januari 2026 - Saya berkebun, macam biasa. Sama macam semalam, sama saja kehidupan saya. Tiada apa benda menarik nak saya ceritakan. Tapi saya bersyukur kerana dapat buat apa yang saya suka dan hidup aman damai, punya rumah berlindung dari panas dan hujan, makan cukup rezeki dari Allah dan ada keluarga dan anak-anak. Alhamdulillah. Walaupun ada ketika kita diuji dengan masalah atau cabaran yang menduga keimanan dan kesabaran, berhentilah sejenak untuk mensyukuri apa yang kita ada, sekecil mana pun benda itu.
Saja saya ambil gambar bunga ros kuning ini. Untuk tunjukkan perbezaan warna antara bunga ros baru kembang dan bunga ros yang sudah lama kembang dan warnanya mulai pudar.
Selesai berkebun, saya masuk dapur pula. Pada hari itu, saya cuma goreng kuetiau. Seperti biasa, cuma letak kek ikan dan telur. Takde taugeh dan kucai. Anak-anak memang suka makan macam ni. Hafizan pula balik hujung minggu hari Jumaat, dan pada hari Ahad, suami akan hantar semula ke Ipoh.
Makan bersama kuetiau goreng. Ringkas saja lauk kami. Hari Jumaat ada pasar malam di Bukit Permata. Jadi, boleh cari makan malam sana saja. Kalau malas ke pasar malam, beli burger tepi jalan pun orait juga.
Hari ni, kome makan apa? Kongsi dalam komen ya. Boleh kita tukar-tukar idea nak masak apa.
Jumpa lagi. 💗
cantiknya bunga tu kuning tu jarang jumpa. seronok jadi surirumah pagi2 dah boleh berkebun. kita yang bekerja ni pepagi duk la menekan2 keyboard. hihi. macam tu la kehidupan kita kan bersyukur seadanya.
ReplyDeleteCantik kan, Cie.
DeleteBetul, surirumah ke, bekerja ke, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Alhamdulillah, atas rezeki masing-masing.
Bila kita pandang hal kecil yang membahagiakan, memang banyak yang perlu disyukuri. Mungkin nampak tak menarik di mata orang, tapi ia kebahagiaan buat kita.
ReplyDeleteCantik bunga Ros kuning tu. Saya aritu beli ros kuning tapi rupa berbeza.
Betul sangat apa Ujie cakap tu.
DeleteIya, bunga ros ni pun ada banyak jenis. Nanti share ya, kat blog, pokok ros Ujie.
Tak bleh tahan tengok rose kuning...bila la SA nak ada sepokok dua bunga rose ni...tanam asyik mati je...betul tu..diusia kita sekarang memang nak tenang2 aje...cuma ntah bila la nak pencen.. nak berhenti anak masih belajar, rumah blom habis bayar...kan?
ReplyDeleteSabar ya, SA. Insya-Allah, kepenatan hari ni, ada ganjaran untuk kita esok lusa.
Deletealhamdulillah...rezeki hari tu...lawa bunga ros nya
ReplyDeleteLawa, kan... Alhamdulillah...
Deletecantiknya rose kuning...segar mata mandang
ReplyDeletesaya pun kalau hari ada pasar malam memang gantung kuali,nak makan berdua je kadang masak pun tak habis
Lawa kan, Afzan...
DeleteBetul. Lain la anak balik, boleh la memasak.
Selalu bersyukur, In Sha Allah hati kita akan tenang.
ReplyDeleteCantiklah ros kuning
Betul, PH!
DeleteCantik, kan... tak jemu mandang.
cantiknyaaaaa ros kuninggg tu!!! segar mata memandangggg ha.. anak buah ana sulung lelaki pon mmg suka k.teow goreng xde sayurrr ehehehe
ReplyDeleteCantik kan, Ana.
DeleteHehe... budak-budak kurang suka sayur, yek.
semalam pun saya makan burger utk makan malam!
ReplyDeleteSedap kan Mazni, burger. 😋
DeleteBetul syukur saya ada masa lapang, boleh tengok siaran agama dan macam-macam.
ReplyDeleteNur suka telur kuning masak penuh ya,
Alhamdulillah... banyak nikmat kecil-kecil tak terhitung ye, NA.
DeleteHa ah. Jarang-jarang la makan kuning tu cair.
Kadang kadang saya makan sarapan pagi kuetiau goreng..wife tak berpa suka,,dia suka mee halus goreng..berbeza selera orang ni kan,
ReplyDeleteBetul tu, Cikgu. Lain orang, lain citarasa.
DeleteSaya tak pandai buat kuetiau. Kalau tak tawar, mesti masin. 😅
ReplyDeleteHehe.. biasa tu. Akak biasa goreng nasi pun, tawar jer, sampai sekarang. Bila suami test rasa, dia suruh tambah garam atau serbuk perasa. Kena ada tester la, bila kita memasak, BK.
Deleteanak-anak xberapa suka keutiaw ni, tapi favorite sha ni, so kalau nak masak kena bagi dengan jiran sikit..hihi hari ni beli makanan dekat luar ja sebab gas dapur habis hahaha
ReplyDeleteSedap ya, Sha, kuetiau goreng. Gitu, takpe, kongsi rezeki dengan jiran. Haha.. gas habis pulak..
Deleteorang ada bakat berkebun... ammi ni benih yang Nur bagi haritu dah tanam tapi krik krik je tak tumbuh2. Dimana salahku?
ReplyDeleteHuhu.. takde rejeki la tu, Ammi. 😊 Biasa la tu, saya pun kadang tanam, tak jadi pokok pun. Memang gitulah, lumrah alam.
Delete