Thursday, January 22, 2026

Kuetiau goreng

Jumaat, 16 Januari 2026 - Saya berkebun, macam biasa. Sama macam semalam, sama saja kehidupan saya. Tiada apa benda menarik nak saya ceritakan. Tapi saya bersyukur kerana dapat buat apa yang saya suka dan hidup aman damai, punya rumah berlindung dari panas dan hujan, makan cukup rezeki dari Allah dan ada keluarga dan anak-anak. Alhamdulillah. Walaupun ada ketika kita diuji dengan masalah atau cabaran yang menduga keimanan dan kesabaran, berhentilah sejenak untuk mensyukuri apa yang kita ada, sekecil mana pun benda itu. 

Bunga ros kuning
Dua tona warna kuning bunga ros

Saja saya ambil gambar bunga ros kuning ini. Untuk tunjukkan perbezaan warna antara bunga ros baru kembang dan bunga ros yang sudah lama kembang dan warnanya mulai pudar. 

Kuetiau goreng tanpa sayur
Kuetiau goreng tanpa sayur

Selesai berkebun, saya masuk dapur pula. Pada hari itu, saya cuma goreng kuetiau. Seperti biasa, cuma letak kek ikan dan telur. Takde taugeh dan kucai. Anak-anak memang suka makan macam ni. Hafizan pula balik hujung minggu hari Jumaat, dan pada hari Ahad, suami akan hantar semula ke Ipoh. 

Goreng telur mata.

Makan bersama kuetiau goreng. Ringkas saja lauk kami. Hari Jumaat ada pasar malam di Bukit Permata. Jadi, boleh cari makan malam sana saja. Kalau malas ke pasar malam, beli burger tepi jalan pun orait juga.

Hari ni, kome makan apa? Kongsi dalam komen ya. Boleh kita tukar-tukar idea nak masak apa.

Jumpa lagi. 💗

26 comments:

  1. cantiknya bunga tu kuning tu jarang jumpa. seronok jadi surirumah pagi2 dah boleh berkebun. kita yang bekerja ni pepagi duk la menekan2 keyboard. hihi. macam tu la kehidupan kita kan bersyukur seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan, Cie.
      Betul, surirumah ke, bekerja ke, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Alhamdulillah, atas rezeki masing-masing.

      Delete
  2. Bila kita pandang hal kecil yang membahagiakan, memang banyak yang perlu disyukuri. Mungkin nampak tak menarik di mata orang, tapi ia kebahagiaan buat kita.

    Cantik bunga Ros kuning tu. Saya aritu beli ros kuning tapi rupa berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat apa Ujie cakap tu.
      Iya, bunga ros ni pun ada banyak jenis. Nanti share ya, kat blog, pokok ros Ujie.

      Delete
  3. Tak bleh tahan tengok rose kuning...bila la SA nak ada sepokok dua bunga rose ni...tanam asyik mati je...betul tu..diusia kita sekarang memang nak tenang2 aje...cuma ntah bila la nak pencen.. nak berhenti anak masih belajar, rumah blom habis bayar...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ya, SA. Insya-Allah, kepenatan hari ni, ada ganjaran untuk kita esok lusa.

      Delete
  4. alhamdulillah...rezeki hari tu...lawa bunga ros nya

    ReplyDelete
  5. cantiknya rose kuning...segar mata mandang
    saya pun kalau hari ada pasar malam memang gantung kuali,nak makan berdua je kadang masak pun tak habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawa kan, Afzan...
      Betul. Lain la anak balik, boleh la memasak.

      Delete
  6. Selalu bersyukur, In Sha Allah hati kita akan tenang.
    Cantiklah ros kuning

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH!
      Cantik, kan... tak jemu mandang.

      Delete
  7. cantiknyaaaaa ros kuninggg tu!!! segar mata memandangggg ha.. anak buah ana sulung lelaki pon mmg suka k.teow goreng xde sayurrr ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan, Ana.
      Hehe... budak-budak kurang suka sayur, yek.

      Delete
  8. semalam pun saya makan burger utk makan malam!

    ReplyDelete
  9. Betul syukur saya ada masa lapang, boleh tengok siaran agama dan macam-macam.
    Nur suka telur kuning masak penuh ya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... banyak nikmat kecil-kecil tak terhitung ye, NA.
      Ha ah. Jarang-jarang la makan kuning tu cair.

      Delete
  10. Kadang kadang saya makan sarapan pagi kuetiau goreng..wife tak berpa suka,,dia suka mee halus goreng..berbeza selera orang ni kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Cikgu. Lain orang, lain citarasa.

      Delete
  11. Saya tak pandai buat kuetiau. Kalau tak tawar, mesti masin. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. biasa tu. Akak biasa goreng nasi pun, tawar jer, sampai sekarang. Bila suami test rasa, dia suruh tambah garam atau serbuk perasa. Kena ada tester la, bila kita memasak, BK.

      Delete
  12. anak-anak xberapa suka keutiaw ni, tapi favorite sha ni, so kalau nak masak kena bagi dengan jiran sikit..hihi hari ni beli makanan dekat luar ja sebab gas dapur habis hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ya, Sha, kuetiau goreng. Gitu, takpe, kongsi rezeki dengan jiran. Haha.. gas habis pulak..

      Delete
  13. orang ada bakat berkebun... ammi ni benih yang Nur bagi haritu dah tanam tapi krik krik je tak tumbuh2. Dimana salahku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. takde rejeki la tu, Ammi. 😊 Biasa la tu, saya pun kadang tanam, tak jadi pokok pun. Memang gitulah, lumrah alam.

      Delete