Khamis, 22 Januari 2026 - Kami check-out Swiss-Belhotel, Kuantan, pukul 11 pagi. Seterusnya, kami ikut jalan biasa tepi pantai untuk ke Terengganu. Kami lalu Jalan Persekutuan, melalui Balok, Cherating, simpang ke Pelabuhan Kuantan, kawasan perindustrian Kuantan, Chukai, dan Kerteh.
Anak sulung saya, Amirul, belajar di Uitm Dungun. Wassap dia, tanya dia nak kirim apa-apa barang tak. Dia kirim minyak rambut. Itu yang singgah Mesra Mall.
![]() |
| Singgah Mesra Mall |
![]() |
| Ruang luar tepi Mesra Mall |
Tempat parking pun banyak di luar. Atau mungkin sebab kami singgah di hari orang bekerja kot, jadi tak ramai orang. Baju-baju kat dalam tu, lawa-lawa. Nasib baik saya tak terbeli. Berkenan juga ada baju muslimah yang set blouse dan kain. Tapi kena sabor, simpan duit, perjalanan jauh lagi.
Dari luar memang nampak kecil saja Mesra Mall ni. Tapi mall ini ada panggung wayang, pusat bowling, gelanggang skuasy dan futsal, medan selera dan banyak kedai barang jenama yang biasa kita jumpa di mall biasa. Sejarahnya, mall ini dibangunkan oleh KLCC Holdings, melalui dua anak syarikatnya, pada tahun 2008, untuk kemudahan orang ramai dan kakitangan Petronas pada waktu itu untuk membeli-belah. Hasil carian google.
Selesai beli kopi Zus, kami pun teruskan perjalanan.
![]() |
| Kompleks Operasi Petronas |
![]() |
| Lagi tempat api keluar |
![]() |
| Ruang solat muslimat |
Tak ada orang. Waktu saya masuk, ada seorang muslimat baru keluar. Waktu itu, sudah pukul dua lebih. Besar juga masjidnya, dan sangat selesa.
![]() |
| Ini gambar masjid kami singgah solat. |
Luas, sesuai untuk orang dalam musafir. Pondok-pondok rehat juga ada disediakan di perkarangan kawasan masjid. Apa nama masjid ni?
![]() |
| Masjid Taman Hadhari, Paka, Terengganu. |
Alhamdulillah, kami selamat tiba Kuala Dungun pukul 3.30 petang. Konsep roadtrip kami, tiada reservation, tuju saja hotel banyak-banyak tepi laut di Kuala Dungun itu. Jalan pula ikut jalan biasa, tidak guna lebuhraya dan tol. Cerita hotel dalam entri seterusnya.
Jarak roadtrip dari Kuantan ke Kuala Dungun yang direkodkan oleh meter kereta adalah 140km. Dari Pahang, sampai dah, Ganu kiter... kita tengok penyu telur.. 🎵
Sambung lain hari. Jumpa lagi. 💗








SA hari tu masa bawak Pak Zain sampai Kemaman aje..pas tu patah balik Kuantan..x dan nak ke Kuala Terengganu...walau dari Kemaman tu amik masa 2 jam kata waze...hahaha...
ReplyDeleteAlaaa rindunya 12 tahun di Kerteh. Mesra Mall tu memang tempat lepak kami.
ReplyDeleteJauh tu berjalan dari utara menjelajah pantai timur.
ReplyDeleteanak yg study di UiTM Dungun tu balik study leave. meme study leave sungguh! Asyik tdo n main game memanjang.
ReplyDelete