Wednesday, January 28, 2026

Roadtrip Pantai Timur: Kuantan - Kuala Dungun

 Khamis, 22 Januari 2026 - Kami check-out Swiss-Belhotel, Kuantan, pukul 11 pagi. Seterusnya, kami ikut jalan biasa tepi pantai untuk ke Terengganu. Kami lalu Jalan Persekutuan, melalui Balok, Cherating, simpang ke Pelabuhan Kuantan, kawasan perindustrian Kuantan, Chukai, dan Kerteh.

Anak sulung saya, Amirul, belajar di Uitm Dungun. Wassap dia, tanya dia nak kirim apa-apa barang tak. Dia kirim minyak rambut. Itu yang singgah Mesra Mall.

Singgah Mesra Mall
Singgah Mesra Mall

Saya suka la, Mesra Mall ni. Walaupun setingkat saja, tapi lengkap, semua kedai ada. Saya terbeli pakaian dalam di Young Hearts dalam Mesra Mall. Ada offer. Orang pompuan, memang pantang, kan tengok tawaran menarik jualan murah. Pertama kali cuba bra jenama ini. Saja beli lebih, jadi tak perlulah ke dobi nanti untuk cuci pakaian. Aman damai sungguh mall ini. Beli kopi Zus juga di sini, di medan selera mall. 

Ruang luar tepi Mesra Mall
Ruang luar tepi Mesra Mall

Tempat parking pun banyak di luar. Atau mungkin sebab kami singgah di hari orang bekerja kot, jadi tak ramai orang. Baju-baju kat dalam tu, lawa-lawa. Nasib baik saya tak terbeli. Berkenan juga ada baju muslimah yang set blouse dan kain. Tapi kena sabor, simpan duit, perjalanan jauh lagi.

Dari luar memang nampak kecil saja Mesra Mall ni. Tapi mall ini ada panggung wayang, pusat bowling, gelanggang skuasy dan futsal, medan selera dan banyak kedai barang jenama yang biasa kita jumpa di mall biasa. Sejarahnya, mall ini dibangunkan oleh KLCC Holdings, melalui dua anak syarikatnya, pada tahun 2008, untuk kemudahan orang ramai dan kakitangan Petronas pada waktu itu untuk membeli-belah. Hasil carian google.

Selesai beli kopi Zus, kami pun teruskan perjalanan.

Kompleks Operasi Petronas
Kompleks Operasi Petronas 

Bila lalu tempat api-api keluar ni, mercu tanda Kerteh la ya. Luas betul tempatnya, di kiri dan kanan jalan. 

Tempat api keluar
Lagi tempat api keluar

Maaflah, saya ni jakun sikit. Pertama kali sampai ke sini. Tengok api keluar je, ambil gambar. 😁 Memang pelancong betul. Negara kita sendiri, Semenanjung Malaysia, tapi tak pernah sampai. Banyak syarikat Petronas di situ, dari gas, terminal minyak, chemical, dan lain-lain.
Ater, jom la kita singgah masjid dulu, solat jamak.

Ruang solat muslimat Masjid Taman Hadhari Paka
Ruang solat muslimat

Tak ada orang. Waktu saya masuk, ada seorang muslimat baru keluar. Waktu itu, sudah pukul dua lebih. Besar juga masjidnya, dan sangat selesa.

Masjid kami singgah solat
Ini gambar masjid kami singgah solat.

Luas, sesuai untuk orang dalam musafir. Pondok-pondok rehat juga ada disediakan di perkarangan kawasan masjid. Apa nama masjid ni?

Masjid Taman Hadhari, Paka, Terengganu.

Alhamdulillah, kami selamat tiba Kuala Dungun pukul 3.30 petang. Konsep roadtrip kami, tiada reservation, tuju saja hotel banyak-banyak tepi laut di Kuala Dungun itu. Jalan pula ikut jalan biasa, tidak guna lebuhraya dan tol. Cerita hotel dalam entri seterusnya. 

Jarak roadtrip dari Kuantan ke Kuala Dungun yang direkodkan oleh meter kereta adalah 140km. Dari Pahang, sampai dah, Ganu kiter... kita tengok penyu telur.. 🎵

Sambung lain hari. Jumpa lagi. 💗

34 comments:

  1. SA hari tu masa bawak Pak Zain sampai Kemaman aje..pas tu patah balik Kuantan..x dan nak ke Kuala Terengganu...walau dari Kemaman tu amik masa 2 jam kata waze...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letih dan walaupun 2 jam, penat juga, SA. Memang kena bermalam kalau ke KT.

      Delete
  2. Alaaa rindunya 12 tahun di Kerteh. Mesra Mall tu memang tempat lepak kami.

    ReplyDelete
  3. Jauh tu berjalan dari utara menjelajah pantai timur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh. Pengsan, Cie! Tapi enjoy, Alhamdulillah, dapat tengok tempat orang.

      Delete
  4. anak yg study di UiTM Dungun tu balik study leave. meme study leave sungguh! Asyik tdo n main game memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... dah balik campus dah kan, Abe Kie. Semoga berjaya jawap periksa, anak Abe Kie.

      Delete
  5. Pernah singgah kat Mesra Mall dan tengok wayang. Ramai orang waktu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, kat Kelantan tak ada wayang, kan, BK.

      Delete
  6. Seronok road trip gini, santai² je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH. Alhamdulillah. Ada rezeki jalan-jalan cara kami, tengok tempat orang.

      Delete
  7. lama tak ke kerteh. mercu kebanggaan negara, gali minyak kat situ!

    ReplyDelete
  8. Best road trip Pantai Timur ni. Yang penting kena bawa duit banyak², senang nak beli apa² dan nak pilih tempat tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SK. Ya... dapat tempat tidur selesa, Alhamdulillah.

      Delete
  9. Suasananya nampak tenang dan syahdu ya. Terus buat saya rindu zaman dulu, saya pun selalu singgah dari masjid ke masjid. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa tenang lepas selesai urusan wajib ya, Mas.

      Delete
  10. kalau lalu malam lagi jelas apinya.. dekat melaka pun ada je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... kat Melaka pun ada, rupanya. Akak baru tahu. 😊

      Delete
  11. Tidak tahu mengenai Mesra Mall cuma pernah lalu Kerteh.

    ReplyDelete
  12. Oh jaraknya sama dengan Jakarta - Bandung yaaa.

    Biasa kalau ada oil company di suatu kota, memang akan lengkap fasilitasnya. Sama macam saya ketika masih di Aceh. Oil company tempat papa kerja, buat lengkap fasilitas utk semua staff pekerja dan keluarganya yang ditinggal di sana. Semua ada memang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ya, Fanny, kemudahan yang ada, untuk orang ramai.

      Delete
  13. Masa pi terengganu tahun lepas tak lalu paka jadi tak nampak le kerteh malam2 masa balik. Dungun je terus masuk highway nak cepat sampai ke Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak cepat, memang kena masuk highway la, kak. Kami ni, santai-santai jer.

      Delete
  14. besar ya Negeri Terengganu hari tu sha bagitahu suami nak ke kuala terengganu dia bagitahu jauh dalam 2 jam kalau dari kemaman atau (chukai sama tak kawasan nya hihi )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, besar juga. Ambil masa nak sampai, nak pergi KT, bergantung keadaan trafik juga, Sha.

      Delete
  15. Konsep roadtrip Tot sama dengan suami KSarie. Kita jalan je dulu katanya. Kalau terasa letih baru kita cari hotel. KSarie pula jenis suka siasat dulu hotel apa yang ada nak booking awal tak nak pening-pening lalat😂Roadtrip Pantai Timur ni best sebenarnya sebab masih banyak pemandangan alam semulajadi. Nanti nak menghasut suami buat JJCM ke Terengganu😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, KSarie, tak nak terikat sangat dengan jadual. Ikut suka hati kita dan mood apa nak buat. Hehe... kalau bukan cuti sekolah, tak ada masalah, kalau tak book hotel, sebab banyak tempat sebenarnya. Sila, sila, KSarie. Memang best dan enjoy. 😊

      Delete
  16. Wah seronoknya roadtrip tepi pantai...

    ReplyDelete
  17. Roadtrip gini yg best...santai-santai je. Dan sebenarnya ammi pun selalu jarang buat reservation hotel. Tu yang kadang2 dapat hotel tak semenggah je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, tengok rezeki la kan, Ammi. Bila kita tak buat reservation ni. Tak search langsung hotel, pakai masuk je.

      Delete