Friday, January 23, 2026

# Road Trip

Roadtrip Pantai Timur: Manjung Kuantan

 Rabu, 21 Januari 2026 - Suami ambil cuti. Sudah lama nak pergi jalan-jalan naik kereta. Sulaiman tak mahu ikut, sebab dia ada kerja hari Sabtu. Lagi pun, anak-anak kurang suka ikut perjalanan jarak jauh ni, walaupun kami banyak kali ajak. Amirul dan Hafizan tu takpe la, sebab bukan sedang cuti, ada tugasan dan kelas. Budak Sulaiman ni pun, kami cakap nanti tak ada peluang nak jalan jauh, kot nanti sambung belajar. Bapak budak bukan selalu dapat apply cuti banyak hari. Dia kata, takpe. Sudah janji dengan kawan, ada kerja hari Sabtu. 

Ok ler. Jadi kami pun berangkat berdua, roadtrip bulan madu pengantin tua. Pagi hari, masukkan bagpack dalam kereta. Suami kata, beg saya berat macam bawa pakaian untuk sebulan. Biasa, orang pompuan kan. Untunglah orang lelaki tak perlu pakai tudung, pakaian inner, stoking bagai. Nasib baik naik kereta. Dia pernah ajak pusing Malaysia naik motor. Mana nak letak pakaian saya yang macam sebulan tu. Letak tong kiri kanan belakang motor pun tak cukup kot. Huk huk! 

Padi menguning di Seberang Perak
Padi menguning di Seberang Perak

Syukur Alhamdulillah. Kami bertolak dari rumah pukul 8 pagi. Setelah tinggalkan pesanan sebakul pada Sulaiman, jaga rumah, jaga diri, jangan buat party kat rumah, basuh kain, siram pokok, kemas bilik dan sebagainya. Macam nak tinggal lama padahal tak sampai seminggu rancangnya. 

Tengok pemandangan sangat best dan cantik sepanjang perjalanan. Tiada reservation, jalan saja.

Apam Balik Batang Kali yang rangup
Apam balik Batang Kali 3 biji RM5

Keluar ikut exit Tanjung Malim di Lebuhraya Utara Selatan, ikut jalan Batang Kali untuk ke Timur.

Apam balik tu, macam makan roti tisu dekat mamak tu. Rapuh dan berterabur dalam kereta. 😁

Papan tanda ke Genting Highland
Jalan Batang Kali - Genting Highland

Turunkan tingkap bila sampai kawasan Goh Tong Jaya itu, sebab berkabus dan sejuk udaranya. Itu baru situ, belum naik Genting lagi, mesti lagi sejuk.

Cable car ke Genting nampak dari jalanraya
Nampak cable car

Nampak pula cable car lalu semasa kereta melalui kawasan situ. Sudah nak buat tol pula jalan di situ. 

Lemang Tok Ki 2
Lemang To'ki 2

Kami makan tengahari di Lemang To' ki cawangan kedua. Pertama kali ni, kami nak mencuba.  

Makanan tengahari saya
Nasi saya, lauk ikan masam manis

Ikan besar. Rasa macam ikan siakap. Alhamdulillah, sedap.

Makanan tengahari suami
Nasi suami

Banyaknya suami ambil lauk. Ulam kacang botor dia letak dalam pinggan saya seketul. Ikan masin bulu ayam pun dia bagi saya seketul. Sayur kerabu tu, ada kerang dalam, dia bagi saya rasa sikit. Semua sedap. 😋

Set lemang

Haruslah, kan, mencuba lemangnya. Lembut. Rendang daging pun sedap. Terus terasa macam Hari Raya pula. Selamat Hari Raya! Maap zahir batin! 😋

Gambar depan Lemang To'Ki 2
Gambar kenangan sekeping

Orang laki la, cukup terer amik gambar kita bagi nampak gemuk, kan.

Masjid Temerloh
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Temerloh. 

Lepas tu, kami ada singgah Zus Taman Prima Bentong, pick-up kopi. Lepas tu, kami masuk jalan felda. Saya double check suami letak waze tu pergi Kuantan ke, pergi Kelantan? Betul, betul. Saya check dengan google maps. Lalu Mempaga, Felda Lakum, perkampungan orang asli, Lanchang, Mentakab. Kami tidak masuk highway. Ikut jalan biasa. 
Singgah solat di masjid yang cantik di atas.

Ruang solat muslimat Masjid Temerloh
Ruang solat muslimat

Selesanya carpet dia. Rasa macam nak tidur je. Mujur ingat yang perjalanan masih jauh. Lalu titik tengah semenanjung tau, di Temerloh.
Eh, sebelum tu, suami saya buat lawak masa di masjid. Selesai solat, saya nampak suami sudah duduk bawah salah satu pondok di kawasan masjid. Saya minta kunci kereta, nak masuk kereta dulu, nak pakai sunscreen. Masa dalam kereta, saya toleh belakang, suami sedang berjalan ke arah kereta. Lagi sekali toleh belakang, suami saya dah hilang. Uit, mana orang tua tu? Laa.. dia terduduk atas jalanraya. Orang belakang yang ada duduk di kerusi tak jauh dari situ siap bertanya suami,"Kenapa tu encik?" Suami jawab, dia tersadung tunggul. 
Saya ada nampak tunggul tu, sebab saya jalan tunduk bawah. Suami tak nampak kot. Tu la, jalan lagi sambil tengok hamdphone (tapi dia menafikan dia tengok handphone). Tapi antara tunggul dengan tempat dia landing atas jalanraya tu, agak jauh. Siap ada longkang selepas tunggul tu. Adakah suamiku buat sommersault berpusing atau sebagainya? Masuk dalam kereta sambil tergelak-gelak, dia cerita, dia hilang balance lepas tersadung tunggul, kemudian sempat fikir camana nak jatuh tanpa kena kaki kiri dia yang pernah operate lutut dulu tu. Itu yang jatuh jauh tu. Ish ish ish.. tak tahu saya nak gelak ke, nak kesian. Tangan luka calar, lutut kanan pun, jari tangan kiri pun, skrin handphone pun pecah sikit. Allahuakbar. Tapi nasib baik, syukur la, tak effect pada kaki kiri dia yang OKU tu. Suami pernah operate ACL, MCL dan PCL beberapa tahun lepas sebab jatuh motor. Alhamdulillah, lakiku ok. Kecian dia. Jatuh pula. Huuu...

Simpang ke UiTM Jengka
Simpang ke UiTM Jengka

Saya ada di Jengka dari Disember 1996 hingga 1999. Diploma in Computer Science. Tidak masuk ke Jengka. Lain kali la. Kesian suamiku luka, mesti nyut nyut rasa tempat jatuh. 
Alhamdulillah, check-in hotel di Kuantan 5:30 petang. Syukur selamat sampai.
Jarak perjalanan 460km, hari pertama. Pengsan! Saya pula sakit kepala, saya ingat sebab pakai tudung lama tak buka-buka. Itu yang masa berhenti solat tu, rasa lega je. Rupanya sebab spek mata kena tukar baru. Sebab bila saya pakai spek dan tengok handphone lama mengadap handphone untuk taip entri ni, terasa-rasa macam nak sakit kepala ha. Aiyaa.... 
Ok. Sekian cerita perjalanan hari pertama. Sambung nanti ya. Jumpa lagi. 😊

4 comments:

  1. dari lemang toki tu nak exit highway dah dekat. kalau ikut bentong-temerloh jalan dalam tu jauh sikit la.

    ReplyDelete
  2. Wahh best nya. Lemang Toki tu lalu banyak kali simpang nya tapi tak pernah pergi pun.

    ReplyDelete
  3. Wah, inilah road trip yang Nur cakap hari tu. Nasib baik betul tu, halanya ke Kuantan. Kot la tiba-tiba tukar haluan balik kampung suami pulak. Part nak jatuh tu, sempat lagi pulak fikir nak landing macam mana ya, kelakar pulak, kesian pun ada. Kita mula pelik, kenapa makan nasi pergi kedai lemang. Nasib ada lemangnya. Kat situ ada jual durian jugak, kan.

    ReplyDelete
  4. SA teringin nak bawak PZ pi makan kat Lemang To'Ki tu...tapi tu la ntah bila nak bawak...kena pi jugak nanti ni...

    ReplyDelete