Pada 31 Disember 2025 yang lepas, saya dan suami pergi sarapan di Capati Kari Kambing Bota. Saja, jalan jauh sikit. Keluar daerah Manjung, masuk daerah Perak Tengah.
![]() |
| Saya pesan capati sekeping. |
Menahan diri untuk tidak pesan dua keping. Sebab kalau datang sini, memang saya selalunya pesan dua keping capati, kome. Azam tahun baru, berhenti makan sebelum kenyang. Bukan dah gendut, baru berhenti.
![]() |
| Kari kambing |
Makin lama, makin sikit pula kambing yang diberi dalam mangkuk kecil ini. Tapi kuah karinya memang terbaiklah, antara banyak-banyak kedai kari kambing yang saya pernah rasa. Kambingnya lembut, karinya sedap, cukup rasa. Macam tukang masak masak lama, karinya.
![]() |
| Ini sarapan suami saya |
Dia ambil nasi lemak, dengan dua sambal, iaitu sambal paru dan sambal tumis ikan bilis. Ada telur goreng mata juga. Sambal paru memang sedap! Saya test rasa sesudu. 😋
![]() |
| Pagi-pagi, boleh tahan ramai |
Tapi masih ada tempat duduk. Kakitangan kedai pun ramai. Jadi, tidaklah tunggu lama untuk capati kita sampai.
Kome suka makan capati tak?
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗




Nampak sedapnyer.
BalasPadamSelamat menjamu selera
Terima kasih, Wak.
PadamCuya suka capati. Biasa memang makan dua. Ala capati mana ada menggemukkan kak.. kan tepung dia lain hehe
BalasPadamYe ke? Tapi masih tepung la, Cuya. Karbo juga.
PadamSA x berapa pergi kalau capati...roti canai takpe..hahaha....tp nampak sikit la isi kambing tu kan Nur?
BalasPadamHehe... roti canai pun sedap juga, SA. Betul, tak puas makan kambingnya, 5 ketul je dia bagi, huk huk.
PadamWahhh..Jauh brsarapan tu..Sy suka kari kambing cicah cheese nan =)
BalasPadamSedapnya, nan cheese. Nanti nak cari la kat mamak.
Padamsemalam pun tengok blog ada sambal paru, hari ni pun ada sambal paru. sedapnya nasi lemak sambal paru.
BalasPadamHehe.. memang sedap, Cie.
PadamCapati Linda boleh makan sekeping je...roti canai boleh 2 keping .tapi, jenuh nak perabih..solutionnya, beli sekeping je
BalasPadamHehe... kalau roti canai melayu boleh kot dua keping, sebab biasanya nipis je, kan.
Padamsedapnya nengok ni. nasi lemak paru tu sangat menggoda ye!
BalasPadamselalu ramai orang ke kedai ni?
Selalu akak lalu, memang sentiasa ramai orang, tapi takdelah bersesak.
PadamAntara capati dengan tosai...saya suka lagi tosai
BalasPadamTosei pun sedap ya, Encik. Cicah dengan chutney.
PadamMenggoda perut yang sedang lapar. Hmm... Nyummi
BalasPadamIya, Mas, memang enak sekali.
PadamSarapan saya lagi suka makanan berkuah macam soto, laksa. Capati memang tidak ada dalam senarai untuk dimakan. Hehe sedap tengok kari kambing itu.
BalasPadamOoo... Gitu... Saya baru haritu sarapan soto, NA.
PadamCapati selalu datang dua set, boleh aje sebenarnya minta satu aje rupanya. Sedap pulak tu cicah kari kambing. Adakah jadi sikit sebab capatinya sekeping aje. Nasi lemak memang sedap jika ada sambal paru bagi penggemarnya, kan.
BalasPadamAgaknya, yek. Saya tak terfikir pula camtu. Biasa order dua keping, takde la kambing sikit camtu.
PadamMakan Capati cicah Kari Kambing tu memang terbaikkkk
BalasPadamAlhamdulillah, Encik. 😋
PadamPernah melalukan kedai ni tapi tak daya hendak singgah sebab baru sudah makan. Lepas baca blogpost Tot terasa menyesal pula tak singgah🥲
BalasPadamSinggah la sekali, merasa KSarie. Lembut je kambing dalam kuah kari tu.
PadamRezeki tuan kedai. Menu sedap, pasti ramai datang.
BalasPadamBetul BK, sini memang sentiasa ada ramai orang.
PadamSukaaaa. Tp kalau dibanding roti telur, saya lebih suka roti telur kak.
BalasPadamSetujuuuu, stop makan sebelum kenyang. Saya pun skr dah betul2 strict soal makan. Nasi hanya sedikit ambil. Dah usia segini, kita dah harus aware dengan kesehatan kan
Roti telur bagus juga sebab ada telur, sumber protein, kan, Fanny.
PadamBetul, betul! Semoga kita kuat untuk jaga pemakanan kita. We are what we eat.