Khamis, 8 Januari 2026

Sarapan Capati Kari Kambing Bota

 Pada 31 Disember 2025 yang lepas, saya dan suami pergi sarapan di Capati Kari Kambing Bota. Saja, jalan jauh sikit. Keluar daerah Manjung, masuk daerah Perak Tengah.

Sekeping capati
Saya pesan capati sekeping.

Menahan diri untuk tidak pesan dua keping. Sebab kalau datang sini, memang saya selalunya pesan dua keping capati, kome. Azam tahun baru, berhenti makan sebelum kenyang. Bukan dah gendut, baru berhenti. 

Semangkuk kari kambing
Kari kambing

Makin lama, makin sikit pula kambing yang diberi dalam mangkuk kecil ini. Tapi kuah karinya memang terbaiklah, antara banyak-banyak kedai kari kambing yang saya pernah rasa. Kambingnya lembut, karinya sedap, cukup rasa. Macam tukang masak masak lama, karinya.

Nasi lemak sambal paru
Ini sarapan suami saya

Dia ambil nasi lemak, dengan dua sambal, iaitu sambal paru dan sambal tumis ikan bilis. Ada telur goreng mata juga. Sambal paru memang sedap! Saya test rasa sesudu. 😋

Kedai Capati Kari Kambing Bota Perak
Pagi-pagi, boleh tahan ramai

Tapi masih ada tempat duduk. Kakitangan kedai pun ramai. Jadi, tidaklah tunggu lama untuk capati kita sampai. 

Kome suka makan capati tak?
Baiklah. Jumpa lagi, ya. 💗

30 ulasan:

  1. Nampak sedapnyer.
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. Cuya suka capati. Biasa memang makan dua. Ala capati mana ada menggemukkan kak.. kan tepung dia lain hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? Tapi masih tepung la, Cuya. Karbo juga.

      Padam
  3. SA x berapa pergi kalau capati...roti canai takpe..hahaha....tp nampak sikit la isi kambing tu kan Nur?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... roti canai pun sedap juga, SA. Betul, tak puas makan kambingnya, 5 ketul je dia bagi, huk huk.

      Padam
  4. Wahhh..Jauh brsarapan tu..Sy suka kari kambing cicah cheese nan =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya, nan cheese. Nanti nak cari la kat mamak.

      Padam
  5. semalam pun tengok blog ada sambal paru, hari ni pun ada sambal paru. sedapnya nasi lemak sambal paru.

    BalasPadam
  6. Capati Linda boleh makan sekeping je...roti canai boleh 2 keping .tapi, jenuh nak perabih..solutionnya, beli sekeping je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... kalau roti canai melayu boleh kot dua keping, sebab biasanya nipis je, kan.

      Padam
  7. sedapnya nengok ni. nasi lemak paru tu sangat menggoda ye!
    selalu ramai orang ke kedai ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu akak lalu, memang sentiasa ramai orang, tapi takdelah bersesak.

      Padam
  8. Antara capati dengan tosai...saya suka lagi tosai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tosei pun sedap ya, Encik. Cicah dengan chutney.

      Padam
  9. Menggoda perut yang sedang lapar. Hmm... Nyummi

    BalasPadam
  10. Sarapan saya lagi suka makanan berkuah macam soto, laksa. Capati memang tidak ada dalam senarai untuk dimakan. Hehe sedap tengok kari kambing itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... Gitu... Saya baru haritu sarapan soto, NA.

      Padam
  11. Capati selalu datang dua set, boleh aje sebenarnya minta satu aje rupanya. Sedap pulak tu cicah kari kambing. Adakah jadi sikit sebab capatinya sekeping aje. Nasi lemak memang sedap jika ada sambal paru bagi penggemarnya, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya, yek. Saya tak terfikir pula camtu. Biasa order dua keping, takde la kambing sikit camtu.

      Padam
  12. Makan Capati cicah Kari Kambing tu memang terbaikkkk

    BalasPadam
  13. Pernah melalukan kedai ni tapi tak daya hendak singgah sebab baru sudah makan. Lepas baca blogpost Tot terasa menyesal pula tak singgah🥲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singgah la sekali, merasa KSarie. Lembut je kambing dalam kuah kari tu.

      Padam
  14. Rezeki tuan kedai. Menu sedap, pasti ramai datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul BK, sini memang sentiasa ada ramai orang.

      Padam
  15. Sukaaaa. Tp kalau dibanding roti telur, saya lebih suka roti telur kak.

    Setujuuuu, stop makan sebelum kenyang. Saya pun skr dah betul2 strict soal makan. Nasi hanya sedikit ambil. Dah usia segini, kita dah harus aware dengan kesehatan kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti telur bagus juga sebab ada telur, sumber protein, kan, Fanny.
      Betul, betul! Semoga kita kuat untuk jaga pemakanan kita. We are what we eat.

      Padam