Monday, January 26, 2026

# Road Trip

Sarapan di hotel

 Khamis, 22 Januari 2026 - Sarapan pagi di hotel. Penginapan termasuk breakfast. Turun dari bilik agak lambat juga, pukul 8 pagi lebih kurang. 

Pagi udara sejuk dan berangin. Itu yang lain, banding laut di tempat saya, panas dan tidak berangin waktu pagi. 

Ambil gambar kenangan sekeping
Ambil gambar kenangan dulu, tepi laut.

Itulah paling cerah. Sebab matahari kat belakang. Yang lain-lain lagi gelap.

Pinggan pertama suami
Pinggan pertama suami

Tiada nasi lemak. Tapi ada nasi kerabu. Suami ambil. Saya rasa sikit. Sedap. Ayam tu, in between, nak kata ayam percik, ada rasa rendang. Nak kata ayam rendang, ada rasa percik.

Pinggan pertama saya
Pinggan pertama saya

Saya ambil baked beans, sosej, roti bakar, kentang wedges, pastry seketul dan roti bakar sekeping.

Telur omelette
Ambil omelette juga.

Minta tolong suami ambilkan. Dengan sos dia letak.

Kopi hotel
Kopi, haruslah.

Ada 3 mesin kopi, tekan saja mahu kopi apa.

Pinggan kedua saya
Pinggan kedua saya

Ambil roti bun sebiji, nak makan colek ayam rendang tapi ada rasa macam percik itu. Ambil juga tembikai, salad dan baby tomato. 

Meja menghadap laut
Kami makan di luar.

Ada disediakan 2 khemah di luar. Udara sejuk. Tidak panas sangat. Meja mengadap laut. Dalam, ada meja kosong, tapi sengaja duduk luar.

Pinggan ketiga saya
Pinggan ketiga saya

Roti kukus dan kaya. Makan kongsi-kongsi dengan suami.

Hidangan kedua suami. Bubur
Hidangan kedua suami

Ambil bubur dan letak segala rencahnya seperti chili oil, ikan bilis, telur masin hancur, kacang, sambal hitam dan lain- lain. Suami makan separuh, saya makan separuh.

Kucing hotel
Ada budak bulu datang nak bermanja

Kucing hotel. Dia tak mahu makan, bagi dia ayam sikit. Saja nak berkawan.

Kucing nak bergaduh
"Ko jangan berani datang dekat", kata si kucing hitam ni pada kucing nun di hujung sana.

Siap berbunyi-bunyi si citam ni, tunjuk dia abang kawasan situ. Kucing sana tu tertunduk-tunduk jalan slow- slow.

Selfiaq satu
Selpiaq satu!

Alhamdulillah, syukur, dapat makan sedap-sedap. Hotel ni lengkap. Ada kedai runcit di bawah. Angin pun sentiasa bertiup. Hotel yang besar dan tinggi, lokasi tepi laut. Kalau nak bercuti, memang sesuai. Harga sajalah mahal sikit, RM290 semalam. Tapi tengoklah bilik dia besar mana dan kelengkapan yang ada.

Ok la. Sambung entri lain. Jumpa lagi, ye. 😊

6 comments:

  1. view pantai tu yang mahal kat situ.

    ReplyDelete
  2. Nice...Rindu nk breakfast dkt hotel =D

    ReplyDelete
  3. Sy pernah stay sini Nur... Ikut husband outstation. Best hotel ni. Makanan pun sedap²

    ReplyDelete
  4. bau sempat BW..tengok2 kak Nur dah tido hotel.. hihihi

    ReplyDelete
  5. Nampaknya cik abang dah pandai sikit ambil gambar nampak kurus.Tapi, tu gambar sebelum makan kan? Lepas makan ambil gambar tak
    ? Hehehe.

    ReplyDelete