Khamis, 22 Januari 2026 - Sarapan pagi di hotel. Penginapan termasuk breakfast. Turun dari bilik agak lambat juga, pukul 8 pagi lebih kurang.
Pagi udara sejuk dan berangin. Itu yang lain, banding laut di tempat saya, panas dan tidak berangin waktu pagi.
![]() |
| Ambil gambar kenangan dulu, tepi laut. |
Itulah paling cerah. Sebab matahari kat belakang. Yang lain-lain lagi gelap.
![]() |
| Pinggan pertama suami |
Tiada nasi lemak. Tapi ada nasi kerabu. Suami ambil. Saya rasa sikit. Sedap. Ayam tu, in between, nak kata ayam percik, ada rasa rendang. Nak kata ayam rendang, ada rasa percik.
![]() |
| Pinggan pertama saya |
Saya ambil baked beans, sosej, roti bakar, kentang wedges, pastry seketul dan roti bakar sekeping.
![]() |
| Ambil omelette juga. |
Minta tolong suami ambilkan. Dengan sos dia letak.
![]() |
| Kopi, haruslah. |
Ada 3 mesin kopi, tekan saja mahu kopi apa.
![]() |
| Pinggan kedua saya |
Ambil roti bun sebiji, nak makan colek ayam rendang tapi ada rasa macam percik itu. Ambil juga tembikai, salad dan baby tomato.
![]() |
| Kami makan di luar. |
Ada disediakan 2 khemah di luar. Udara sejuk. Tidak panas sangat. Meja mengadap laut. Dalam, ada meja kosong, tapi sengaja duduk luar.
![]() |
| Pinggan ketiga saya |
Roti kukus dan kaya. Makan kongsi-kongsi dengan suami.
![]() |
| Hidangan kedua suami |
Ambil bubur dan letak segala rencahnya seperti chili oil, ikan bilis, telur masin hancur, kacang, sambal hitam dan lain- lain. Suami makan separuh, saya makan separuh.
![]() |
| Ada budak bulu datang nak bermanja |
Kucing hotel. Dia tak mahu makan, bagi dia ayam sikit. Saja nak berkawan.
![]() |
| "Ko jangan berani datang dekat", kata si kucing hitam ni pada kucing nun di hujung sana. |
Siap berbunyi-bunyi si citam ni, tunjuk dia abang kawasan situ. Kucing sana tu tertunduk-tunduk jalan slow- slow.
![]() |
| Selpiaq satu! |
Alhamdulillah, syukur, dapat makan sedap-sedap. Hotel ni lengkap. Ada kedai runcit di bawah. Angin pun sentiasa bertiup. Hotel yang besar dan tinggi, lokasi tepi laut. Kalau nak bercuti, memang sesuai. Harga sajalah mahal sikit, RM290 semalam. Tapi tengoklah bilik dia besar mana dan kelengkapan yang ada.
Ok la. Sambung entri lain. Jumpa lagi, ye. 😊












view pantai tu yang mahal kat situ.
ReplyDeleteBetul, Cie, terbaik view dari bilik.
DeleteNice...Rindu nk breakfast dkt hotel =D
ReplyDeleteSila, sila, Nieza. Bila ada rezeki, boleh staycation.
Deleteomellete tu nampak sedap
ReplyDeleteMemang sedap, LM, Alhamdulillah.
DeleteSy pernah stay sini Nur... Ikut husband outstation. Best hotel ni. Makanan pun sedap²
ReplyDeleteOh ye ke... Best kan, PH. Betul, banyak pilihan makanan sedap².
Deletebau sempat BW..tengok2 kak Nur dah tido hotel.. hihihi
ReplyDeleteHehe... Cuti kejap hari tu, Linda.
DeleteNampaknya cik abang dah pandai sikit ambil gambar nampak kurus.Tapi, tu gambar sebelum makan kan? Lepas makan ambil gambar tak
ReplyDelete? Hehehe.
Hehe.. lepas makan kita selfie je, SK, tak boleh ambil gambar full. Cover cover sikit, tunjuk muka je. 🙈
DeleteSingah sini, sedap juadah di hotel ni..alhamdulillah makanan sedap..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Cikgu.
DeleteHarga dia x berapa mesra hari tu yang buat SA x booked kat sini..kalau berdua je ngan husband takpe..nak kena amik 2 bilik plak kan..jenuhhhhh....apapun Swiss Bell Hotel ni antara yang sering di pilih orang la....SK pun suka duk sini kalau x salah...
ReplyDeleteBetul, harga tinggi sikit. Lain kali kot SA honeymoon, boleh la pergi hotel ni. Kalau dua bilik, memang harus ambil bilik mesra bajet kita, kan.
DeleteWah..ini betul-betul bercuti. Macam honeymoon 😊
ReplyDeleteSeronoknya makan sambil layan mata pandang lautan.
Hehe.. ha ah, Ujie, sekali-sekala.
DeleteAlhamdulillah. Memang tenang je, makan sambil tengok laut.
Kucing tu baru bangun tidur ke? Macam ngantuk lagi. 😂
ReplyDeleteHa ah la agaknya, BK. Hehe...
Deletekalau pastry tu, saya mesti nak ambil banyak2 hehe
ReplyDeletebestnya bekpes mengadap laut camni
Hehe... sedap ya, Mazni.
DeleteAlhamdulillah, memang tenang makan mengadap laut ni.
Sarapan ada macam-macam jenis.
ReplyDeleteYa, NA, banyak pilihan makanan. Alhamdulillah.
DeleteTak apa agak mahal, Krn memang Swissbell hotel ini worth it lah. Makanan banyak, fasilitas pun lengkap kan. Kalau cuma berdua dengan suami, sayapun akan ambil hotel yg bagus kak. Kalau dengan anak2, barulah cari yg medium, sebab harus bayar 2 kamar 🤣
ReplyDeleteBetul tu, Fanny. Kalau dua kamar, harus ambil yang bajet friendly sikit.
Deletesedapnya menu hotel, mahal tapi berbaloi dengan harganya
ReplyDeleteBetul, Alhamdulillah. Berbaloi dengan harga yang kita bayar, Sha.
DeleteBreakfast with a view begitu ye. Kalau duduk hotel biasanya memang teruja nak tengok breakfast spread nya. Sedap-sedap nampak makanan yang dikongsikan lagi-lagi ayam yang ada rasa percik + rendang tu. Berbaloi dengan harga penginapan 1 malamnya ye
ReplyDeleteBetul, KSarie. Memang meriah hidangan buffet sarapannya. Tak tahu nak pilih mana dulu. Alhamdulillah.
Deletejarang2 di hotel ada kucing...kelas ek kucing. kalau sesama dorang tanya "rumah ko kat mana cing"... yang sekor tu cakap "oh welllll i stay in hotel".. hahahah
ReplyDeleteHahaha... betul la tu, Ammi, memang jarang dapat tengok kucing di hotel. 😁
Delete