Jumaat, 23 Januari 2026 - Lepas check-out dari hotel, kami teruskan perjalanan roadtrip ke Kuala Terengganu (KT). Kali terakhir saya sampai KT adalah masa saya sekolah rendah, bercuti dengan keluarga. Jadi, memang sudah bertahun-tahunlah tak datang. Kami ikut Laluan Persekutuan 3, iaitu jalanraya tepi pantai.
Excited, sebab berpuluh tahun tak sampai. Tapi sebab hari Jumaat, banyak kedai sepanjang perjalanan yang tutup.
![]() |
| Lalu Jambatan Kuala Dungun |
Lalu banyak resort-resort tepi pantai. Laut di Terengganu paling cantik, dengan warna laut yang hijau dan ombak yang kuat. Cantik sangat pemandangan sepanjang perjalanan.
Ada perasan beberapa buah kedai keropok lekor segar. Tapi kami tak berhenti. Lalu Rantau Abang, pun tak berhenti juga. Tapi bila sampai Marang, kami berhenti la sekejap, tengok laut.
![]() |
| Rasanya ini dinding tandas awam, tapi tutup waktu kami berhenti. |
Trafik ada banyak kenderaan, tapi ok jer, berjalan.
![]() |
| Pantai Rekreasi Kelulut |
Kedai yang celup tepung semua tutup, hari Jumaat. Lain kali nak lalu sini, jangan hari Jumaat, ya. Hehe..
![]() |
| Sampai dah, Kuala Terengganu. |
Roadtrip paling pendek la, jarak pada hari itu cuma 77 kilometer.
Dekat saja rupanya Dungun dengan Kuala Terengganu itu. Kalau tahu, kami lepak-lepak dulu di Dungun, petang baru bertolak.
Saya lepak di Pantai Batu Buruk, sementara suami tunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Tak boleh check-in hotel lagi, waktu masih awal. Nak ke tandas awam pun, tandas awam tutup hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, beratur orang nak masuk tandas awam. Tu dia... takpelah, saya pergi tandas stesen minyak saja.
Saya cerita tentang hotel kami check-in dalam entri seterusnya.
Hari ni, waktu saya taip entri ini, rumah saya ada bekalan gangguan air, sampai esok pagi, dalam notis makluman. Kami dah siap simpan air beberapa tong. Saya bangun pukul 3 pagi, masak, sebab gangguan mula 7 pagi. Tudia.... awal bebenor dia nak tutup air.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗




Nak tau x suami SA cakap sempat lagi ni sebelum puasa kalau nak abwak abah jalan Kuala Terengganu...hahahaha....kali ni pi tetap ikut Kuantan pas tu terus shoot Kuala Terengganu...pi 3 hari katanya..eh..eh...pakcik tu bukan main plan...
ReplyDeleteLama juga tak ke KT ni. Abang ke3 duduk sana.
ReplyDeleteAwalnya Nur bangun masak 🫡
ReplyDeleteSy suka KT, banyak makanan sedap dan murah, macam KB juga. Lepas tu ada laut, best !