Wednesday, February 4, 2026

Roadtrip Pantai Timur: Dungun - Kuala Terengganu

 Jumaat, 23 Januari 2026 - Lepas check-out dari hotel, kami teruskan perjalanan roadtrip ke Kuala Terengganu (KT). Kali terakhir saya sampai KT adalah masa saya sekolah rendah, bercuti dengan keluarga. Jadi, memang sudah bertahun-tahunlah tak datang. Kami ikut Laluan Persekutuan 3, iaitu jalanraya tepi pantai.

Excited, sebab berpuluh tahun tak sampai. Tapi sebab hari Jumaat, banyak kedai sepanjang perjalanan yang tutup. 

Atas Jambatan Kuala Dungun
Lalu Jambatan Kuala Dungun

Lalu banyak resort-resort tepi pantai. Laut di Terengganu paling cantik, dengan warna laut yang hijau dan ombak yang kuat. Cantik sangat pemandangan sepanjang perjalanan.

Ada perasan beberapa buah kedai keropok lekor segar. Tapi kami tak berhenti. Lalu Rantau Abang, pun tak berhenti juga. Tapi bila sampai Marang, kami berhenti la sekejap, tengok laut.

Tandas Awam Pantai Rekreasi Kelulut
Rasanya ini dinding tandas awam, tapi tutup waktu kami berhenti. 

Trafik ada banyak kenderaan, tapi ok jer, berjalan.

Pantai Rekreasi Kelulut
Pantai Rekreasi Kelulut

Kedai yang celup tepung semua tutup, hari Jumaat. Lain kali nak lalu sini, jangan hari Jumaat, ya. Hehe..

Sampai dah Kuala Terengganu
Sampai dah, Kuala Terengganu. 

Roadtrip paling pendek la, jarak pada hari itu cuma 77 kilometer. 

Dekat saja rupanya Dungun dengan Kuala Terengganu itu. Kalau tahu, kami lepak-lepak dulu di Dungun, petang baru bertolak.

Saya lepak di Pantai Batu Buruk, sementara suami tunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Tak boleh check-in hotel lagi, waktu masih awal. Nak ke tandas awam pun, tandas awam tutup hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, beratur orang nak masuk tandas awam. Tu dia... takpelah, saya pergi tandas stesen minyak saja. 

Saya cerita tentang hotel kami check-in dalam entri seterusnya.

Hari ni, waktu saya taip entri ini, rumah saya ada bekalan gangguan air, sampai esok pagi, dalam notis makluman. Kami dah siap simpan air beberapa tong. Saya bangun pukul 3 pagi, masak, sebab gangguan mula 7 pagi. Tudia.... awal bebenor dia nak tutup air. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

8 comments:

  1. Nak tau x suami SA cakap sempat lagi ni sebelum puasa kalau nak abwak abah jalan Kuala Terengganu...hahahaha....kali ni pi tetap ikut Kuantan pas tu terus shoot Kuala Terengganu...pi 3 hari katanya..eh..eh...pakcik tu bukan main plan...

    ReplyDelete
  2. Lama juga tak ke KT ni. Abang ke3 duduk sana.

    ReplyDelete
  3. Awalnya Nur bangun masak ๐Ÿซก
    Sy suka KT, banyak makanan sedap dan murah, macam KB juga. Lepas tu ada laut, best !

    ReplyDelete
  4. Oh, sebelum ni Nur hantar anak ke UiTM Dungun tu, tak lajak ke Kuala Terengganu la ya. Memang kalau berjalan ke mana² banyak tempat tutup hari Jumaat, tapi tak sangkalah tandas awam pun tutup ya. Agaknya cuti kot pekerja tandas awam tu di hari Jumaat.

    ReplyDelete
  5. Rindu pulak lama tak ke KT. Sama lah kalau tak ada air, memang awal bangun basuh kain dan masak.

    ReplyDelete
  6. Sy suka KT.. mkn² pun best.. nasib jugak la diorang bgtau awal air nk tutup.. kalau mengejut mmg naya la haru-biru kelam kabut dibuatnya

    ReplyDelete
  7. Indah sekali suasananya disana ya mbak. Muralnya pun bagus sekali, nyaman dipandang mata.

    ReplyDelete
  8. Saya pun dah sekian lama tak ke Kuala Terengganu, lebih 5 tahun rasanya.

    Ooh…tandas awam pun tutup pada hari Jumaat. Kena ingat ni, susah juga kalau ada keperluan kan.

    Minggu lepas ada beberapa hari gangguan bekalan air, tapi tutup lepas pukul 9 pagi, so oklah lepas Subuh sempat basuh baju dan masak.

    ReplyDelete