Skip to main content

Briskwalk pagi Jumaat

 Assalamualaikum, semua.. harap pembaca sekalian sihat-sihat belaka hari ini.

Entri hari ni, saya nak kongsikan tentang aktiviti briskwalk pada pagi Jumaat, 17 Oktober 2025 yang lepas. Semalam, cerita berjalan petang. Kali ini, waktu pagi pula.

Saya dan suami pergi jalan di Padang Astaka, Sitiawan, lagi, macam hari sebelumnya, selepas anak bongsu, Sulaiman, pergi sekolah. Sulaiman pergi sekolah naik motor. Dia sudah ada lesen masa Tingkatan 4. Senang sikit dengan budak Sulaiman ni, sebab dia berdikari. Walaupun ada hari hujan, saya offer nak menghantar ke sekolah naik kereta, Sulaiman tetap naik motor, pakai baju hujan. Jarak ke sekolah tak jauh pun, lebih kurang 1 kilometer saja. Itu la, lain anak, lain perangai. 

Berbalik kepada cerita briskwalk.

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan
Gambar 7.26 pagi

Pemandangan di padang pada awal pagi itu. Langit mendung. Kami jalan santai-santai saja.

Rumah tinggal tepi Padang Astaka, Sitiawan
Rumah tinggal tepi padang.

Macam rumah hantu. 👻 Saya rasa macam lama sangat nak siapkan 10 ribu langkah. Dulu masa muda, rasa sekejap je. Cuaca pula sudah mulai panas walaupun ada awan mendung berarak kelabu.

Rekod aktiviti briskwalk menggunakan aplikasi Garmin Connect
1 jam 20 minit briskwalk, jarak 6.37 km.

Dalam gambar di atas, boleh nampak bangunan apartment paling tinggi di Lumut.

Papan tanda huruf di Padang Astaka, Sitiawan.
Astaka, Sitiawan.

Haa... kan dah panas. Alhamdulillah. Rezeki dapat berjalan, keluarkan peluh sambil jamu mata tengok pemandangan. 
Saya bukannya rajin sangat nak briskwalk di luar ni. Ada benda, kita rasa malas nak buat. Tapi kita buat juga, sebab nanti di masa akan datang Insya-Allah dan juga sekarang pun, badan kita akan dapat manfaat dari apa yang kita usahakan hari ini.
Jumpa lagi, ye. 💗

Comments

  1. Apt yang paling tinggi tu, dulu² Linda duduk situ..masa kerja dekat Manjung..bila angin kuat, bunyi macam bunyi bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul lah..hahaha..yang hala teluk batik tu ke kak?

      Delete
    2. Ni apartment yang depan Aeon tu, Linda. Apartment yang Linda duduk tu, yang on the way ke pekan Lumut tu ke? Ke, yang atas Bukit Maju tu?

      Delete
  2. Orang kata, anak ketiga ni sama ada dua aje, lebih matang dari anak sebelumnya atau lebih manja. Bestnya dapat brisk walk selalu.

    ReplyDelete
  3. kak nur nampak kurus cantik la..

    ReplyDelete
  4. Ehhh...sama pulak entri kita! Riadah pagi pada 17hb lalu.
    Ya, kena rajinkan diri demi kesihatan sendiri.

    ReplyDelete
  5. cantik2 gambar nya... tenang je rasa kan

    ReplyDelete
  6. Hampir tak perasan Nur berdiri dekat tulisan tu hihi... Sy pun kadang malas nak keluar brisk walk, tapi bila keluar dan berpeluh tu rasanya puashati sangat.

    ReplyDelete
  7. Lama tak ke Lumut. Last masa ke Pangkor dulu je. Lama tak pergi rumah kakak Cie kat Manjung Point belakang AEON.

    ReplyDelete
  8. Selalu nak contohi Nur, rajin keluarkan peluh. Tapi tak jadi juga. Ada jew alasan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...