💜 Rabu, 24 September 2025 💜
Intermittent fasting (IF) 19 jam. Makan lepas zohor, lebih kurang pukul 2 petang. Mula berhenti makan hari sebelumnya, pukul 7.30 malam.
Kalau nak senang kira berapa lama kita IF, boleh guna app, banyak yang free, boleh download dari Playstore.
Untuk permulaan, boleh cuba 16 jam dulu. Saya sudah bertahun-tahun buat IF, cuma tidak konsisten. Cuma semenjak dua menjak ni saja, Alhamdulillah, hari-hari. Eh, bukan hari-hari. Seminggu, ada satu hari tanpa IF. Kalau datang bulan pun, saya tak IF.
Sejarah
Saya tahu IF ni bagus, sebab badan pernah rasa. Man jadda wa jadda. Barang siapa yang bersungguh-sungguh, maka ia akan berhasil. Anda buat, anda dapat. Menerusi IF jugalah saya berjaya turun berat waktu alami berat plateau dulu, waktu nak pecah tembok angka 6 di depan tu, nak turun ke angka 5 di depan.
![]() |
Gambar 14 Jun 2015. Berat 80+kg waktu ni. |
Besar saya waktu ni. Sudah lupa, berapa berat sebenar. Dalam 86 kg ke, berapa entah. Waktu tu, saya tak suka naik mesin penimbang tu. Saya tak suka lihat diri sendiri dalam cermin. Saya rasa saya hodoh. BMI obese. Saya juga tidak sihat. Pernah merasa hilang upaya. Hadapi masalah untuk berus gigi, tak boleh angkat tangan dan buat kerja berulang, contoh macam menumbuk guna lesung itu. Itu la breaking point bagi saya. Saya decided untuk berubah. Untuk sihat.
Lama perjalanan saya. Sebab saya tidak kuat. Saya tidak cukup berdisiplin. Tapi bolehlah saya simpulkan perjalanan saya, slow and steady. Perlahan-perlahan saya lebih sihat dan fit. Alhamdulillah. Semuanya, atas izin Allah. Saya nikmati hidup. Saya suka makan sedap-sedap. Berat saya naik dan turun. Tapi, saya set limit, kalau berat naik melebihi 62 atau 63 kg, kembali semula la ke pangkal jalan.
Kembali kepada cerita entri ini, apa yang berlaku pada tarikh di atas.
![]() |
First meal of the day. |
Kadang tu, letih nak memikir masak apa. Tambahan pula, ada urusan di luar pula. Maka, kita pergi kedai nasi campur, tunjuk-tunjuk lauk je la, senang. Telur rebus memang saya sudah kukus dalam pengukus elektrik.
Pada hari itu, saya buka IF dengan makan telur rebus 2 biji, sayur taugeh (lauk tunjuk) dan ayam gulai dua ketul (panaskan lauk masak semalamnya). Ayam potong kecil. Tengkuk pun kira satu ketul juga, kan.
Sudah 2-3 hari saya tak makan nasi.
Saya keluar dengan anak sulung, Amirul, pagi pukul 9. Pick-up kopi di Zus.
Kemudian, beli roti di 7-Eleven dan FamilyMart. Dalam 7-E tu, macam-macam makanan ada. Mainan pun ada. Ralit dok tengok apa benda dekat rak.
Pusing pekan Lumut.
Pergi Restoran Cek Yah, beli lauk tunjuk, iaitu ikan keli berlada seekor, ayam goreng berempah 2 ketul, ayam masak merah 3 ketul dan sayur taugeh 3 ringgit. Total belanja lauk tunjuk RM30.50.
Akhir sekali, singgah kedai beli telor gred A sepapan, tomato sebungkus dan sabun mandi.
Progress
Dulu, saya banyak buat IF 16 jam. Pukul 6 petang sudah berhenti makan. Dinner pukul 5 petang. Esoknya, sarapan pukul 10 pagi. Tiga kali makan.
Sekarang, saya cuba untuk makan paling akhir pukul 7 malam. Hidangan pertama pukul 12 atau 1 tengahari. Makan dua kali sehari. Tiada sarapan. Ambil makan tengahari dan malam saja. Ini, saya ikut Formula Dr. Mani.
![]() |
Tarikh 5-10 Oktober 2025, hari-hari IF. |
Tarikh 9 Oktober paling lama, 23 jam. Lepas 10 haribulan, hilang terus. Mula semula 15 Oktober, hari entri ini di-publish.
Saya ada terbaca, jika kita buat 72 jam IF, umpama kita factory reset badan kita. Ada penjelasan saintifik dalam benda ni, tapi saya tak tahu nak terangkan dalam bahasa mudah. Lebih kurang macam sel-sel baik akan makan sel-sel tak baik dalam badan la, bila kita tak makan sampai 72 jam tu.
Bagi orang yang pernah tidak sihat macam saya, di sini saya nak tulis kebaikan buat IF ni.
Dulu sebab saya berlari, walau pun saya buat IF, saya tak cut sugar. Semua benda saya makan semasa window eating time. Tapi sejak saya stop gula, asthma dah hilang. Ada beza, badan boleh rasa. Ada 2 benda jahat yang tak elok untuk kita ambil, iaitu gula dan tepung. Badan rasa lebih ringan. Lebih senang buat kerja berat.
Saya buat semua ni, untuk diri sendiri. Banyak benda dalam dunia ni, kita kena buat pilihan, dari sekecil-kecil tindakan seperti nak masukkan apa dalam mulut kita, sampai benda besar yang boleh beri kesan pada keluarga kita. Kalau tak sihat, macamana nak jaga anak-anak, jaga makan pakai suami, nak sembahyang, nak jaga orang tua, dan banyak lagi la.
Kena sayang diri sendiri la. Takde orang lain yang akan sayang kita, kecuali Allah. Suami pun tak sayang kita sangat. Kalau suruh suami pilih antara kereta dia dengan isteri, mesti suami pilih kereta dia lagi. Betul tak, pembaca lelaki yang sedang baca entri ni? Hehe...
Jangan buat demi orang lain. Buat untuk kita sendiri. Kalau muka kita jadi lebih comel dan baju lama pun boleh muat, itu bonus la. Siapa yang tak happy, kan. Tapi tak kekal juga, semuanya beransur hilang semakin kita berusia.
Itu la sikit cerita pasal IF. Kalau berminat, boleh lah buat carian atau bacaan lanjut, yang kome boleh jumpa info lebih bagus dari apa yang saya cerita di sini. Terpulang lah masing-masing, ambil tindakan baik untuk kesihatan diri sendiri. Sihat itu, nikmat paling mahal. Syukur Alhamdulillah.
Jumpa lagi, ye. 💗
Menarik...tapi SA blom kuat nak buat lagi...takut jadi macam hari tu..cuba buat 12 jam..lepas tu badan terkejut..terus tak sihat...kena slow2...ni berat SA 67.7kg(September), 59.5kg (August) dah hari ni...58.5kg...yeayyyy..turun semula....SA had kan pengambilan nasi je...lepas ni kena start balik jadi kambing makan salad
ReplyDeleteSo inspiring...nak istiqomah tu susah...huhu
ReplyDeletesaya sokong sis sue...banyak saya baca cerita inspiring...tapi tu la, diri sendiri nie asyik nak ngapp je.. hahaha
ReplyDeletethanks for sharing kak, inspirasi sangat ni!
ReplyDeletesepanjang IF kan kita tak boleh makan apa2 dan boleh minum air kosong je. tapi kalau na minum air lemon + madu boleh ke?
Sayapun makan 2 kali sahaja. Sarapan dan makan petang kecuali puasa makan sekali.
ReplyDeleteIkutlah kemampuan badan.
lama tak buat IF.
ReplyDeleterasanya lebih 3 bulan . nak join please. ada group tak.. takda semangat la nak buat sensorang
Sy pun on off IF... Tp mlm masih makan sbb this is the only time dapat makan bersama satu keluarga. Mgkn kena tukar menu lebih sihat mcm sup je utk dinner.
ReplyDeleteMacam tak sangka pulak Tot pernah sebesar itu, tapi masih join lari tu nampaknya. Itulah sy kagum tengok Tot ni, dah kurus, berlari dan buat IF lagi. Sy harap boleh tinggalkan tepung sebab tepung gandum sy baru habis hari tu, hihi.
ReplyDeleteWak kerja berat setiap hari
ReplyDeletekalau buat IF boleh pengsan agaknya